Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Balik Kampung...hoohoho...balik kampung!

Friday, September 2, 2011


Adoyaii...penat betul hari ni. Perjalanan pulang dari BM ke KL memenatkan...tak boleh nak speed langsung. Jem gila highway hari ni. Ingatkan pulang pada hari raya ketiga dapat drive dengan setenang-tenangnya tapi harammm...ha
hahaha. Ramai yang fikir macam aku juga nampaknya. Kereta dari arah utara ke selatan banyak dan padat, kereta dari selatan ke utara pun sama padatnya. R&R jangan cerita la, parking penuh. Nak guna tandas pun kena beratur panjang. Masa berhenti kat Simpang Pulai tadi alhamdulillah aku dapat parking kereta dekat dengan gerai makan. Tapi yang tak bestnya, makanan pun macam tinggal saki baki ja. Nasi lemak sold out! Yang tinggal pun nasi ayam yang macam hidup segan mati tak mau ja. Ayam sejemput, nasi pun sejemput. hehehe...jalan terbaik layan keropok lekor je la tadi.
Sepanjang perjalanan pulang tadi banyak betul kereta yang tersadai kat tepi highway (ye la..kalau kat tengah higway, jahanam!)yang aku rasa mungkin disebabkan enjin over-heating. Suhu pula mencecah 38 darjah selsius, dengan kereta yang bergerak perlahan, memang jahanam la enjin kereta kalau asyik dok layan aircond je dalam kereta. Aku ada jugak mencilok ikut lorong kecemasan tadi, tapi sekejap je la dan masa tengah mencilok tu aku rasa macam tak syok ja. Aku pun terus masuk balik ke lorong kiri dan tak berapa lama lepas tu, aku tengok kereta Estima kat depan aku dah kena tahan dengan tok anjang (Polis trafik) yang pakai Evo X tu...hehehe. Selamat poket aku. Kalau tak...mau jahanam rm300! Jadi, idea aku yang kononnya balik pada raya ketiga jalan tak jem, musnah sama sekali sebab kebiasaannya perjalanan yang mengambil masa 3 jam bertukar menjadi hampir 7 jam hari ni...huhuu. Apa pun, aku tetap bersyukur kepada Allah swt kerana aku selamat sampai ke rumah dengan selamatnya.....amin!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, August 26, 2011

Hari Raya semakin hampir dan rasanya dah tak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kengkawan yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan blogger, geng mukabuku (FB), band members di Bukit Mertajam (SOLARIS-izan.net,Zam,Ali,etc), band KLGG (Kinto,Bad,xUbiex,Joe,Prebet Jambang,etc),KAPAK (apit,daoh,adam,faizal) rakan-rakan di PPM Gombak,PPM Selangor, rakan-rakan CALT 30&31, ex-classmates di USM, KBTC, HSBM, geng basikal, geng panjat gunung dan sukan ekstrem (Adie Awang, Caffein Guy, xUbiex, akif,miza,aisyah,aizat,etc), wishclubmalaysia.my, my precious students, Farhan474, Muis, Radhi, Demo, rakan-rakan ICT Kuang, rakan-rakan di SMKBG, metformin500, muzik bingit, etc. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

Al-Fatihah

Thursday, August 25, 2011
Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Tuan Hj Rahmat b. Jaa'far (Setiausaha Latihan Negara / Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Bahagian Sumber Dewasa dan Latihan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5 Petang tadi di Hospital Kajang... Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman...amin.

Berlarilah sampai kehujungnya....

Wednesday, August 24, 2011
Runtuhnya Ramadan dilanda tsunami Aidilfitri

HARI ini 21 Ramadan 1432 Hijrah. Sudah masuk 10 hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai dulu ke garisan penamat dan muncul juara.

Laju yang dimaksudkan ialah meningkatkan amal ibadat tambahan sama ada memperbanyakkan membaca dan menghafal al- Quran, bersedekah, solat sunat malam (tarawih, tahajud, tasbih). Rasulullah SAW beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadan dan menjauhkan diri daripada menggauli isteri-isteri baginda.

Di Malaysia, adakah kita umat Islam meningkatkan ibadat pada 10 akhir berpuasa sebagaimana Rasulullah? Atau sudah masuk ke gear rendah dan memperlahankan amal pengabdian kepada Allah SWT?

Semua orang tahu jawapannya. Inilah masanya persiapan untuk menyambut Aidilfitri bertambah ligat. Gedung membeli-belah semakin penuh sendat. Jalan-jalan raya di pusat bandar besar semakin sesak. Bunyi mercun dan bunga api semakin gempita. Kerap kali ledakan mercun bola berhampiran surau memusnahkan kekhusyukkan jemaah yang sedang bersolat tarawih.

Sesungguhnya keghairahan mengimarahkan Ramadan yang amat ketara pada dua minggu pertama mulai lesu apabila Syawal semakin hampir. Lagu-lagu Aidilfitri yang berkumandang di radio dan di pusat-pusat beli-belah turut melonjakkan nafsu untuk beraya dan mengendurkan semangat beribadat yang begitu kental pada awal Ramadan.

Tambahan pula gaji awal dan bonus baru diperoleh. Makin ligatlah otak dan nafsu mencongak jumlah barang yang hendak dibeli. Bukan sekadar kuih-muih, pakaian dan gajet baru, malah ramai juga yang mengintai iklan-iklan kereta untuk pulang ke kampung dengan mobil baru yang mempamerkan peningkatan karier dan kejayaan hidup di kota.

Masing-masing juga telah lama meneliti kalendar, menghitung hari cuti yang layak dipohon. Kerani-kerani yang menjaga rekod cuti juga semakin sibuk melayani permohonan yang bertambah. Bos-bos yang tidak mengatur jadual cuti raya kakitangan mengikut giliran akan pening berhadapan dengan kerenah orang-orang bawah berebut cuti. Yang rambut beruban pun boleh bertukar perangai bagaikan kanak-kanak, sanggup bergaduh kerana berebut cuti.

Berapa orangkah yang memohon cuti untuk memberikan lebih tumpuan kepada ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan?

Tahap kesabaran juga mulai menurun bersama kehampiran Syawal. Bukan sahaja di jalan raya dan gedung beli-belah, malah di masjid juga terserlah perangai sebenar kebanyakan anak Adam.

Barisan saf jemaah solat tarawih mulai menipis. Imam-imam yang memimpin solat juga semakin kerap terlupa ayat al-Quran yang dibaca. Ramai juga yang mempercepatkan bacaan dan pergerakan solat tanpa mengambil kira kecergasan orang-orang tua yang menjadi jemaah setia.

Bersahutan

Makcik-makcik yang bertadarus juga mulai menggesa rakan-rakan mempercepatkan bacaan al-Quran supaya lebih lekas khatam. Ada juga yang mengingatkan rakan-rakan tadarus tentang kumpulan-kumpulan lain yang telah jauh meninggalkan mereka dengan menghabiskan lebih banyak juz. Ketergesaan mengambil tempat kesabaran.

Suasana syahdu menjelang subuh dengan suara-suara merdu bacaan Quran dan tahmid saling bersahutan melalui pembesar suara juga turut lesu bersama tsunami menjelang Aidilfitri. Ada kalanya kita terpaksa menengok jam untuk mendapatkan kepastian tentang waktu subuh kerana mikrofon di masjid dan surau masih membisu walaupun waktu imsak semakin hampir.

Aneh sungguh perangai manusia. Hendak dikatakan pengaruh syaitan, Rasulullah telah menegaskan bahawa syaitan-syaitan dirantai pada bulan Ramadan.

Bukan sahaja syaitan-syaitan di rantai, malah Allah SWT telah menyediakan insentif paling istimewa pada 10 akhir Ramadan, iaitu Lailatul Qadar atau malam penuh kemuliaan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. - Al Qadr 97: 1,2 dan 3

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman bahawa Rasulullah SAW pada hari terakhir bulan Syaaban berkhutbah di hadapan para sahabat yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya kmu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardu di bulan Ramadan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardu di bulan yang lain.

Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah syurga. Ramadan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin. Sesiapa memberi makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa, tanpa sedikitpun berkurang (pahala yang berpuasa).

Betapa keghairahan persiapan untuk menyambut Aidilfitri telah mengenepikan 'bonus besar' yang sepatutnya diperoleh setiap jiwa yang beriman di bulan Ramadan.

Aidilfitri pertama yang berlangsung pada 1 Syawal tahun 2 Hijrah bergema dengan takbir di seluruh Madinah bagi merayakan kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah di Perang Badar. Pada hari-hari Aidilfitri seterusnya, takbir dilaungkan tanda kesyukuran atas kemenangan dalam jihad melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan.

Malangnya pada hari ini, ramai umat Islam terlebih tumpu kepada persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Anehnya peperangan melawan hawa nafsu belum habis, kita lebih sibuk dengan persiapan untuk kononnya merayakan hari kemenangan.

Kemenangan apa jika jihad perjuangan sudah kendur pada hari-hari terakhir Ramadan? Ibarat berlumba lari, kita memperlahankan langkah ketika hendak sampai ke garisan penamat setelah begitu pantas memecut pada awal perlumbaan.

Inilah fenomena umat Islam di Malaysia pada hari ini. Puasa sebulan, beraya pun sebulan. Hadiah kemenangan yang hakiki berupa rahmat dan keampunan daripada Allah belum tentu dapat, tetapi yang bertambah subur ialah nafsu yang dibajai untuk menyambut Aidilfitri.

Dan turut memeriahkan sambutan ialah budaya yang tidak kena mengena dengan syariat agama. Lagu-lagu raya berkumandang lebih lantang daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi mercun menjelang Aidilfitri lebih hebat daripada gema takbir. Pemberian 'angpau' seolah-olah jadi suatu perkara yang wajib.

Astaghfirullah! Marilah kita kembali kepada landasan yang betul. Berlari kencanglah dari awal hingga ke garisan penamat Ramadan. Pasti kita akan merasai betapa syahdunya takbir di ambang Aidilfitri. Hancur luluh jiwa dan perasaan melaungkan takbir mengagungkan nama Allah Yang Maha Agung. Itulah tanda kemenangan sejati.


P.S: ini merupakan rencana yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2011. Satu rencana menarik yang rasanya...macam satu pukulan tepat ke muka kita! hehehe...

HSBM Scorpion U-15 1988

Tuesday, August 23, 2011




















Pagi tadi masa dok belek-belek FB kawan, aku terjumpa gambar aku masa di tingkatan 1. Klasik sungguh gambar ni. Kedai gambar yang cuci gambar ni pun dah tak berapa nak ada dah rasanya..hehehe.

Jujur dan amanah...

Agak tertarik dengan satu berita yang aku baca baru-baru ini dalam sebuah akhbar yang menceritakan bagaimana rakyat Jepun mengembalikan wang yang dijumpai selepas tsunami yang melanda mereka tidak lama dulu. Berjuta-juta ringgit dipulangkan atau diserahkan kepada pihak berkuasa. Hebat! Bukan semua orang boleh ada sikap yang sejujur dan amanah seperti mereka ini. Kalaulah kita terjumpa sedikit wang semasa kita dalam kesusahan, adakah kita akan bersikap seperti orang Jepun ini? Tidak dinafikan masih ramai diluar sana yang masih jujur dan amanah tetapi persoalannya berapa keratkah yang masih tinggal? Hehehe...bila dalam situasi yang sukar dan kesempitan kita mungkin akan menggunakan wang dijumpai itu. Teringat masa kecil-kecil dulu mak aku selalu berpesan supaya jangan mengambil barang orang atau wang yang dijumpai kerana biasanya wang yang diambil tidak seberapa tapi wang sendiri yang hilang selepas itu lebih banyak dari yang dijumpai (mungkin kebetulan kot...).Ada juga yang berpesan supaya menanda tempat wang dijumpai itu supaya kita tidak hilang pula duit sendiri. Kepercayaan kanak-kanak...hahaha. Apa pun, raya pun semakin hampir jadi aku hendak mengucapkan kepada semua rakan-rakan agar sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dan tidak lupa untuk meningkatkan amal ibadat dibulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah....

Raya...yeayyyy!!!!

Sunday, August 21, 2011
Syawal bakal menjelma. Maknanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan puasa pada tahun ni rasanya begitu cepat berlalu. Pejam celik - pejam celik dah nak masuk 21 hari berpuasa(kalau pejam tak celik-celik...heheeheh). Mungkin ramai dah habis shopping untuk persediaan raya. Kedai eksesori kereta pun penuh dengan pelanggan yang mahukan ride masing-masing cantik dan bergaya. Aku pun teringin jugak nak mod kereta aku tapi lain kali kot sebab baru ja repair bumper kereta yang rebeh sebelah dek disebabkan oleh rempitan durjana. Walaupun baru dapat bonus (TQ kepada yang memberi...)banyak benda lain yang nak dibeli untuk hari raya ni. Speaking of raya...macam-macam dugaan yang melanda di bulan puasa ni. Baru-baru ni kereta kena langgar lepas tu kelmarin pulak henfon jatuh dalam longkang yang penuh dengan air! woahhh...naya ooo. Aku cepat-cepat angkat dan matikan henfon tu. Dengan sepantas kilat aku keluarkan bateri dan lap air yang bersisa kat dalam henfon tu. Kemudian aku teringat satu petua bila mengalami keadaan seperti ni. Ada aku terbaca satu cara terbaik bila henfon dimasuki air ialah dengan menyimpan henfon tu dalam tong beras. Apalagi, dengan harapan semoga henfon aku tak rosak ( baru beli der..)aku terus masukkan dalam tong beras dan biarkan selama satu hari satu malam. Hasilnya...tadaaa...setakat ni bila aku on tak ada apa-apa masalah lagi. Harap-harap keadaan tu akan berkekalan la. Kalau tak...kena beli henfon baru la jawabnya...huhuhu. Kopak la poket aku lagi.....ok lah...adiosss!

Kad Raya

Friday, August 19, 2011

Tiba-tiba aku teringat pasal kad raya ni bila aku ada menerima e-kad raya dalam inbox email aku tadi. Sekarang ni dah ramai yang lupakan jasa kad raya ni apabila masukknya bulan Ramadhan kerana kecanggihan teknologi sedia ada semacam menafikan khidmat dan jasa yang telah dicurahkan oleh kad raya yang bersifat 'old-school' ni. Mungkin disebabkan kad raya ni agak membebankan dari segi kosnya kot? Teringat suatu ketika aku membeli sekeping kad raya besar (siap dengan lagu raya bila buka kad tu...)untuk bakal isteri aku 9 tahun yang lalu...huhuhu...dah agak lama tu..harga kad tu ialah...RM20! Mahalkan?...tapi, ada sentimental value ooo...sekarang ni...e-kad raya ni macam tak ada feelingnya...kaku...sebab yang penting dalam kad raya dulu-dulu ialah ucapan tulisan tangan pengirim tu...seronok oo bila dapat kad raya ni...sanggup tunggu posmen tiap-tiap hari...hehehe (yang sebenarnya aku jarang sangat dapat kad raya ni...heheh). Ciri-ciri unik kad raya 'old-school' ini ialah apabila dah habis baca, sesetengah orang akan tampal kad raya tu di ruang tamu. Ada juga yang gantung di pokok-pokok yang dalam rumah. Berseni oo...sekarang cuba la gantung i-pad ka, handphone ka kat pokok-pokok tu...mesti tumbang punya. hahahahaa... Apa pun, aku rasa dah sampai masanya kita hidupkan semula budaya mengirim kad raya ini kembali...meriah ooo! Teringat satu pantun yang biasa kita jumpa dalam kada raya dulu-dulu:

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas!

....hahahahaa.....best ooo...

P.S: untuk makluman, aku bukan ejen Pos Malaysia! Entry aku di atas bukan satu bentuk iklan atau promosi untuk Pos Malaysia ye...heheheheh.

Boleh ka macam ni????

Thursday, August 18, 2011

Jamil: Pak Haji!

Pak Haji: Ada apa Jamil?

Jamil: Anak Pak haji main judi...

Pak Haji: Astaghfirullah!

Jamil: Tapi dia menang...

Pak Haji: Alhamdulillah...

Jamil: ??????


Dugaan Ramadhan....

Wednesday, August 17, 2011

Apa la nasib aku hari ni, dalam dok berkira-kira nak upgrade basikal atau eksesori kamera aku tiba-tiba ada sebijik motor hentam belakang kereta aku. Sudah la tengah hujan lebat, kereta yang dok mai pun banyak dan tak sempat aku nak keluar tengok, budak yang langgar tu dah cabut! Sempat jugak aku jerkah kat budak tu suruh tunggu. Tapi budak tu terus pecut motor dia macam nampak hantu pocong.

Celaka betul....punah bumper kereta aku. Nak kejar tak boleh, kereta kat depan aku dok berhenti nak masuk simpang. Melepas la aku nak kejar budak tu. Budak yang langgar aku budak sekolah rendah ja...ada dua orang. Yang bawak motor tu pun kecik je. Pakai baju sekolah agama. Motor kaler biru. Haishh...kalau dapat tadi mau aku cekak kolar baju dia lepas tu angkat dia tingi-tinggi. Geram sungguh. Bila kereta dah boleh bergerak semula budak tu dah hilang. Ada jugak aku cari sekitar kawasan tu. Tapi...batang hidung pun aku tak nampak. Nampak gayanya, terbang la RM aku bulan ni dengan sia-sia. Ya Allah, kuatkanlah imanku dan tetapkanlah kesabaranku...amin.

Tak takut punnn!

Monday, August 15, 2011
Apa agaknya yang dirasakan oleh pelajar Malaysia yang belajar di luar negara ni ha? Sejak peristiwa rusuhan di London dan ada insiden pelajar kita dibelasah dan di 'pau', kemungkinan ada yang berasa gerun dan takut untuk keluar berjalan-jalan di sana ye tak? Tapi aku juga ada perasaan yang sama ketika berjalan-jalan mencari Maxis Center di Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini. Apa yang pasti, suasana di sana umpama aku pergi bercuti di Myanmar atau Bangladesh! Di mana-mana akan kelihatan warga Myanmar dan Bangla ini, bukan setakat bapak budak, mak-mak budak juga turut kelihatan di sana. Anak-anak mereka pula bermain dengan riang dan bergelak ketawa sesama mereka tanpa ada rasa takut atau gusar berada di negara orang. Haihhh...memang multinasional negara kita ini.....

Why some boys need their parents?

Friday, August 12, 2011









































































Kuih oh kuih!

Friday, August 5, 2011


















picture taken from: http://ptjkk.kelantan.gov.my

kuih yang digemari di bulan ramadhan...slurrppp!

Ramadhan Al-Mubarak

pejam celik pejam celik dah lima hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berjalan meninggalkan kita. Cuaca pun okay sehari dua ni. Boleh tahan la Ramadan kali ni. Tapi yang paling mengejutkan aku pada puasa kali ini bila melihat betapa ramainya orang yang mengunjungi pasar ramadan berbanding tahun sebelum-sebelumnya. Pada hari puasa yang pertama, jalan besar depan rumah jem teruk. Satu kilometer dari pasar ramadan dan jem. Fuhhh...gila! Rasanya trend zaman sekarang kot? Ramai yang dah kurang memasak kat rumah dan hanya membeli juadah yang terdapat di pasar ramadan untuk berbuka. Teringat kata seorang sahabat mengenai pengalaman membeli di pasar ramadan pada hari pertama, katanya nak berjalan pun payah, padat dengan manusia. Lauk yang dibeli pula, cantik dilihat tapi rasanya...kurenggg! Mungkin si tukang masak terlupa nak masukkan garam kot? hehehe...Aku macam biasa, dibulan puasa ni aku kena entertain anak-anak yang berpuasa ni. Masuk jam 6.30 diorang dah mula merungut dan buat macam-macam alasan nak berbuka awal. Setakat ni cara yang paling berkesan apabila anak-anak mula merungut, aku akan bawa diorang pusing-pusing dalam kampung naik motor sampai hampir waktu berbuka. Berkesan beb...anak-anak aku seronok, puasa diorang pun selamat! hahaha...aku pun tumpang seronok. Macamana dengan puasa korang pulak ek?

Nota: selamat berpuasa buat rakan-rakan di Bukit Mertajam, geng TESOLIAN, SMKBG, geng basikal dan sependakian, geng jamming dan buat semua pelajarku....

Peace sells....

Saturday, July 23, 2011

one of my favourite songs in 1988....

Punk Rock

Friday, July 22, 2011

Kem Temasya Rimba Templer

Monday, July 18, 2011
























Iron Man & Metallica!

Friday, July 15, 2011


woarghhh...nice cover from Metallica playing one of Sabbath's song.

Yeah...Yuna again...




nice song and very soothing voice...

Iklan terbaik abad ini.

Thursday, July 14, 2011


















Dapat gambar dalam FB dan rasa nak share dengan semua orang....moga insan yang post gambar ni dan juga AJK masjid yang buat banner ni akan dirahmati ALLAH swt hendaknya...amin!

p.s: insaf ooo....

Friendster account deleted!

Tuesday, July 12, 2011
Frust betul pagi tadi bila access akaun Friendster je semua dah hilang...aduhhh. Ingat nak copy foto lama tapi...dah tak ada! Sedih oooo....Blog yang aku mula dari March 2006 pun dah di padam jugak. Banyak betul entry yang aku buat... semua hilang jugak....Blog aku - Karmageddon : The Promise Future Aeons akan jadi kenangan.....

Grunge Re-Visited - Nirvana....yeaaayy!


Agak pelik bila mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Yuna ni. Sound grunge Nirvana hilang terus. Apapun bila dah dengar dua tiga kali, best jugak lagu ni. Hehehe.....Layan jer lah....

P.S: bukan Nirvana yang dekat Semenyih tu ye...hehehe!

Demo...

Sunday, July 10, 2011
Semua dah sedia maklum akan perhimpunan semalam kan? Aku bukan nak buat ulasan tapi aku simpati pada mangsa yang meninggal disebabkan perhimpunan semalam (Al-Fatihah...). Apa yang ada di dalam kepala di kedua-dua belah pihak pun aku tak tau. Yang pasti dah ada kerenggangan dalam hubungan kaum di negara tercinta ini (tidak kira sesama kaum atau dengan kaum yang lain). Bagi yang pro kerajaan, pasti perhimpunan semalam menjadi duri dalam daging dan yang pro kepada perhimpunan tu akan memperjuangkan matlamat mereka sehabis-habisnya.
Tapi yang pastinya, ramai yang teraniaya. Bukan mereka yang berada di tengah ibu kota yang sedang berdemo, tetapi mereka yang tidak ada langsung hubungan dengan perhimpunan tersebut. Ada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan ditengah ibu kota yang anggaran awalnya akan dihadiri 1800 orang, tapi sehingga petang yang hadir hanyalah 200 orang! Satu majlis yang akan akan menjadi pembaziran dan kerugian. Ada juga yang katanya biasa memandu 2 jam dari Ipoh ke Kuala Lumpur menjadi 6 jam semalam. 4 jam tersangkut dalam kesesakan trafik.
Yang untung ialah pasaraya-pasaraya yang menjual makanan runcit kerana sehari sebelum perhimpunan dijadualkan berlangsung pasaraya-pasaraya ini telah diserbu oleh mereka-mereka yang panik jika perhimpunan ini akan bertukar menjadi peristiwa seumpama 13 Mei. Menakutkan, tetapi kata mereka persediaan perlu dibuat. Ada benarnya kan? Kakitangan kerajaan juga telah diberi peringatan supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.
Dari berita yang dibaca dan ditonton di kaca televisyen, 1401 orang telah ditangkap dan ditahan di PULAPOL sebelum diambil keterangan dan dibebaskan pada sebelah malamnya (ada yang belum dibebaskan ke?). Apa akan jadi kepada mereka-mereka ini? Adakah rekod mereka akan tercalar? Ada seorang sahabat berkata, perhimpunan ini memudahkan mereka ketempat kerja kerana jalan lenggang dan lancar perjalanan trafiknya pada sebelah malam selepas perhimpunan berjaya disuraikan.
Apa pun, semoga perhimpunan ini akan menjadi satu catatan sejarah yang tidak perlu dikenang kerana pada dasarnya ia telah memburukan nama negara dipersada dunia. Kalau boleh, segala permasalahan perlulah dibawa ke meja persidangan dan merujuk kepada yang lebih pakar atau kepada yang lebih tinggi kuasanya agar sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

P.S: kepada mereka-mereka yang emo dengan hal ini, kalau boleh janganlah melabel mana-mana pihak dengan kata-kata yang terbeliak mata dan kembang telinga apabila membaca dan mendengarnya! (mohon maaf kalau ada yang terasa dengan post aku kali ni)

KFC

Friday, July 8, 2011
Mungkin ramai yang sudah maklum akan video mengenai pekerja KFC yang mendajalkan ayam semasa penyediaan di dapur dan satu video dari pihak KFC sendiri pun telah di muat naik bagi menjelaskan tindakan yang telah diambil oleh pihak mereka namun yang menjadi persoalan sekarang, adakah pengguna yang suka makan ayam goreng ini akan dapat melupakan insiden tersebut? Hahaha...itu baru satu kes yang kita tahu. Mungkin (sekali lagi) ada lagi kes-kes yang sama kan? F....tindakan yang amat bodoh dari pekerja yang bangang ni. Sudah la mendajalkan makanan , lepas tu pi upload kat youtube. Hahahaha...tak ke bangang namanya tu? Kepada individu yang merakam dan melakukan perbuatan tu bawa bertaubat la....apa rasa anda kalau orang lain pula letak kaki dalam makanan anda? Best kot agaknya...walahuallam.

P.S: kalau jumpa mamat yang buat benda tu meh kita pakat-pakat boh penendang sorang sebijik!

1Murid 1Sukan

Saturday, July 2, 2011
Hari ini boleh dikatakan Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak kerajaan sendiri telah memecah rekod dunia kerana belum ada lagi mana-mana negara yang menganjurkan larian secara beramai-ramai seluruh negara. Walaupun tak semua pelajar yang hadir, tetapi kalau di darabkan dengan jumlah sekolah yang ada di Malaysia ini mahu mencapai jutaan pelajar berlari serentak. Cuaca pun baik hari ni. Alhamdulillah kerana program ini berjalan dengan jayanya dan berakhir tanpa ada apa-apa kemalangan yang berlaku. Ada juga pelajar yang termuntah kerana kepenatan, cikgunya pun ada menunjukkan simptom-simpton nak pitam dan termuntah juga. Hehehe...dah veteran la katakan. Aku, macam biasalah, menjadi jurugambar jadi tak adalah peluang untuk berlari bersama-sama (kalau tak jadi jurugambar pun, aku rasa tak berlari pun...) hehehe. Tetapi yang paling best, hari ni dikira sebagai sekolah ganti. So, terlepaslah satu hari untuk mengganti mana-mana cuti yang akan diambil nanti. hehehe...Apapun, tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian dan tidak lupa kepada guru-guru yang turut sama menjayakan larian ini. Peace...

Tazkirah Jumaat

Friday, July 1, 2011
Tazkirah Jumaat- selembar bulu mataFri Apr 4, 2008
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

Wallahualam. .

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan. "
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."




Nota: jumpa kisah ini di
http://www.mymesra.com.my/.
banyak teladan dan panduan yang boleh kita dapat dari cerita ni....Insyaallah...

Hobi

Monday, June 27, 2011























Lokasi: Gunug Gap & Gunung Ulu Semangkok

Antara hobi aku yang tak dapat dijalankan ketika ini: mendaki gunung. Huhuhu.....

Sibuk 24-7

Saturday, June 25, 2011
Dah lama kau tak update blog ni..mana taknya, asyik sibuk memanjang! hahaha...ada member cakap, kalau setakat masuk kerja pukul 7.30 pagi balik pukul 2.30 petang apa sibuknya? Whoaa..dia ingat kerja yang rasmi tu saja ka? Habis, yang kat rumah ni pulak, yang kat luar tu pulak? Kerja tu bro...ni tak plan lagi nak buat Pengembaraan untu PR peringkat negeri pulak ni. Masa rasanya dah makin suntuk. Tadi PK-Ko dah hint suruh hantar paperwork untuk perkhemahan perdana pulak. Mana satu nak fokus ni? Lab pun semakin teruk. Banyak PC nak di servisnya ni. Aduhhh...mana la nak pi cari duit ni. Kalu ada duit lebih boleh pi bercuti kat mana sambil tenangkan otak. Hahaha....

Tahun 2011

Tuesday, January 18, 2011

Dah lama aku tak update blog ni. Dah masuk tahun 2011 pun. Hehehe....Umur pun semakin meningkat. Tanggung jawab pun dah bertambah sebab tahun ni mengajar form 5...huhuhu. Nak cerita sikit ni...haha, Ahad lepas aku mula mengayuh basikal buruk aku kembali. Setelah hampir 6 bulan berhenti mengayuh, Ahad lepas memang memeritkan bila aku kembali ke trek FRIM. Kengkawan yang sememangnya tak pernah berhenti dari aktiviti berbasikal ni, laju sahaja mendaki bukit. Aku, macam biasa la..tertinggal di belakang..hehehe. Ada ketika aku berhenti agak lama untuk mengembalikan semangat dan tenaga untuk aku mengejar kengkawan yang telah berada di hadapan. Berdesup diorang tinggalkan aku. Sehinggalah aku bertemu rakan-rakan semula di bukit Steroid (untuk yg minat downhill dan kakinya bertulangkan besi). Aku macam biasa la, menjadi pemerhati. Kemudian perjalanan diteruskan lagi sehinggalah berhenti berehat sebentar di kawasan kolah FRIM (aku yang berhenti sebab mata dah berpinar-pinar..heheh) dan yang paling memeritkan aku ialah bila aku jatuh terjunam ke dalam curam @ gaung semasa aku melalui aromatica trail (single track). Nasib baik aku memakai helmet, glove dan menyandang beg air kat belakang. Kalau tak mau masuk hospital aku hari tu. Alhamdulillah...Allah masih menyanyangi aku! Apa pun, aku dah mula kembali mengayuh...itu yang penting. Semoga semangat aku ni akan berpanjangan sepanjang tahun 2011...InsyaAllah.

P.S: Rosdi, Firdaus dan Akiep..terima kasih kerana bersabar dan menunggu aku yang lambat ini...hehehe

Jambanmu virus aka almanahe virus

Thursday, October 14, 2010
Bump into this website which i think is very helpful to those who got infected with this virus. Just follow the instructions and (maybe) you'll solve the problems.

Files changed into shortcuts?

There is a way if we want to solve this problem. Just go to this website :http://www.techjunoon.com/blog/files-on-externalflash-drive-changed-to-shortcuts-virus/
and follow the steps shown in that website. Download the TOEUW.EXE malware and run in your C drive. Goodluck!

Syawal Berlalu Pergi...

Wednesday, October 13, 2010
Puasa sudah, raya pun sudah. Sekarang ni bulan untuk menurunkan berat badan. Sebelum puasa dulu aktif dengan aktiviti berbasikal dan mendaki tapi lepas raya ni, mood untuk berbasikal dah hilang. Hehehe...tapi kena teruskan jugak hobi berbasikal ni untuk membuang excess fat yang dah macam bukit ni (hehehe..). Minggu depan naik Gunung Berembun kat Cameron Highlands. Harap-harap tak ada masalah la. Dah lama betul tak mendaki ni, takut masalah cramp berulang lagi sebab dah lama tak exercise. Bila bercerita bab raya teringat satu kejadian yang mendidihkan darah aku. Tengah orang sibuk-sibuk beraya, anak sulung aku kena 'pau' duit raya dia dengan sorang 'budak besar' masa tengah berjalan pulang ke rumah. Kurang hajar betul budak tu, penat-penat anak aku pusing kampung, sedap-sedap dia rompak duit anak aku! Bila aku dapat tau aku terus pi cari budak tu tapi tak jumpa. Kalau aku jumpa mau aku tinju usus kecil ngan usus besar budak tu. Eiii, geramnya. Hilang dekat RM 40 jugak tu. Last-last aku jugak kena ganti duit dia yang hilang tu. Adoii...Bila balik beraya di Kuang, Sg.Buloh masalah jam pulak berlaku. Setiap hari Sabtu dan Ahad jalan mesti 'jam' gila. Semuanya kerana open house. Sekarang ni kurang dah sikit jalan 'jam' ni. Apa pun, aku harap semuanya akan tenang semula lepas ni...

Ramadan Al-Mubarak

Monday, August 16, 2010
Selamat Berpuasa dan berTarawih untuk semua sahabat di luar sana. Hehehe..rasanya belum terlambat untuk buat ucapan kan? Hari ni dah masuk 6 Ramadan, rasanya tempat yang paling ramai orang tuju sekarang ialah Pasar Ramadan hinggakan berita TV3 turut mempunyai satu slot mengenai pasar Ramadan ni. Bila bercerita bab pasar Ramadan rasanya aku dah macam give up nak ke pasar Ramadan ni. Sebab yang pertama adalah masalah parking. Ada satu hari tu senang pulak aku dapat parking, tapi masalahnya ada pulak sorang mamat ni parking belakang kereta aku. Masa tu dah jam 7.05, kira dah waktu kritikal untuk aku balik, jadi aku pun bunyikan la hon dua tiga kali.Dah hon pun masih tak nampak tuan punya kereta tu. Huhuhu...geram pun ada, tapi memandangkan aku sedang berpuasa dan memimikirkan mamat ni pun tengah terdesak mendapatkan makanan berbuka aku pun tunggu la. Pukul 7.20 baru dia sampai dan alihkan kereta dengan muka sardin. Aduhhh....apala nasib badan..hahahaha. Kedua, aku sekarang ni dah tak tau nak beli apa kat pasar ramadan ni. Hari-hari asyik beli tepung pelita dengan ayam percik (dah naik jemu dah!). Agak-agaknya apa lagi menu berbuka yang best ha?

Interesting quote...

Thursday, July 22, 2010
Example isn't another way to teach, it is the only way to teach.
-- Albert Einstein (1879-1955)

Hmmm..penat

Tuesday, June 29, 2010
Dah dua minggu memulakan semester baru dan semuanya masih sama, kerja masih menimbun-menimbun. Biasa la, kalau tak ada kerja bukan cikgi la namanya. Masih bersemangat hasil dari cuti dua minggu di kampung dan berjaya menyiapkan kerja menanda kertas exam (hehe...terpaksa ambik extra-time jugak), dan memasukkan sendiri markah dalam SAP. Sorry la kepada rakan-rakan yang menunggu bahagian aku untuk menyiapkan mark sheet. Sabtu lepas hari anugerah kecemerlangan berlangsung dengan jayanya dan aku berjaya menjalankan tugas biasa aku (fotografi untuk majalah sekolah) dalam keadaan yang tak selesa kerana gastrik. Pegang kamera pun terketaq-ketaq. Hehehe...ada banyak gambar yang blur kali ni. Nak buek camno ,kan? hehehe..Mungkin photoshop dapat membantu kali ni. Harap-harap la. Paling best minggu lepas, aku berMTB kat Frim dengan Rosdi. Kali ni bukan aku sorang yang cramp (yeah, again) tapi dengan si Rosdi mengalami masalah yang sama. Hahaha....

Minggu lepas juga, Kak Hajar approach aku mintak aku replace drummer band sekolah yang katanya akan menghadiri satu seminar PMR. Mulanya aku bersetuju, tapi bila lagu yang disebut tak masuk jiwa (mungkin tak pandai main kot! hehe..) aku tarik diri sebab aku tengok budak tu pun dah bagus main dram. Sori la kak Hajar, saya akan praktis main dram yang diletakkan dalam bengkel tu (yeaa...).

Esok ada Kempen Keselamatan Jalan Raya, JPJ, JKJR dan Polis trafik akan datang buat pemeriksaan kat sekolah. Apa aku nak buat ni? Motor aku pun takdak roadtax. Kereta aku pulak cermin gelap gila! Aduhhh.....tumpang member la esok..hahaha!

P.S: harap-harap dapat siapkan kertas kerja mendaki Gunung Berembun esok!Berminat? angkat tangan...atau kaki (ikut suka koranglah...)

Dying Song

Sunday, June 20, 2010
Disfrute de esta canción mis amigos.

Lama tak naik feri....

Monday, June 14, 2010


Si abang....



Si Adik...


apa yang dia dok ushar pun aku tak tau...heheehehe!



Penang's ferry in its original colour...pon..pon!

Akhirnya, hajat anak-anak aku tercapai jugak nak naik feri kali ni. Aku bukan apa, bab nak kena tunggu 'turn' nak naik feri tu yang buat aku malas. Tapi apapun, tak sia-sia naik feri hari ni sebab cuaca baik dan angin pun menderu-deru. Syokk woo..hahahah.

P.S: tak sempat nak pekena durian balik pulau. cess...

World Cup 2010 - South Africa

Saturday, June 12, 2010

¡La fiebre ha comenzado! ¿Así pues, que lo hace el equipo usted tienen gusto de la mayoría de los individuos? Mi equipo sería la Argentina. Viva Messi…

Pek bercuti...eheheh...

















On the way balik kampung...somewhere in Perak.

















Hujan lebat di suatu petang...

Untuk beberapa hari ni aku rehat sakan. Shopping sana, shopping sini. Cuma aku terkilan bila mana aku masih tidak berjumpa kedai basikal untuk aku buat window shopping. Lagi satu yang buat aku terkilan bila member aku yang janji nak berbasikal bersama di trek Cherok To' Kun tak bawak basikal dia. Hampeh...hehehe (nanti hang Sonto!)Dua tiga hari ni asyik hujan saja belah petang tapi sempat jugak aku kayuh seround dua sekitar BM ni. Aku masih menunggu kengkawan yang nak 'turun' BM dari Pahang ngan Kelantan. Bila la depa nak mai ni? Hmmm...boleh gak pi meronda Batu Feringghi nanti. Apa cerita aku nak beli nanti ha?

Cuti Sekolah...yeaaaa!

Monday, June 7, 2010
Hahaha...memang aku seronok bila cuti sekolah bermula. Jangan salah faham, walaupun aku bukan budak sekolah lagi tapi aku tetap seronok sebab aku pun turut bercuti sama selama dua minggu.Disebalik kegembiraan yang ditunjukkan oleh pelajar, namun ada juga yang berduka kerana terpaksa bertugas semasa cuti ini. Nak buat macamana, kan? Dah tugas...hehehe. Aku tetap balik kampung aku kat BM (bukan logam hitam haa...). Berbalik hal bertugas waktu cuti ni, Kementerian Pelajaran rasanya dah mengeluarkan sekular mengatakan pengetua-pengetua atau guru besau-guru besau perlu merancang program supaya tidak mengganggu dua hari Sabtu pada setiap bulan. Betul jugak, kerana sebelum ini hampir tiap-tiap Sabtu ada sahaja program yang kena hadir; ladap lah, hari anugerah kecemerlangan lah...itulah, inilah...Hehehe, aku bukan nak membangkang tapi itulah kenyataannya. Anyway, selamat menjalani peperiksaan buat kengkawan yang akan menduduki PTK pada minggu hadapan. Semoga beroleh keputusan 4/4 hendaknya. Aku tak ambil tahun ni (fuhh...boleh cuti panjang la aku).
Sabtu lepas aku terlibat dengan program Kem Jati Diri yang disertai oleh pelajar-pelajar menengah atas di Kem Bumi Jati di Klang. Semasa pendaftaran dan majlis perasmian para pelajar kelihatan sungguh bersemangat untuk menghadiri kem tersebut. Aku berasa hairan juga kenapa para pelajar ni seronok sangat hinggakan ada pelajar yang menawarkan diri untuk mengganti pelajar yang menolak untuk pergi disaat akhir. Heheh..rupa-rupanya, mereka ini tak pernah mendengar mengenai program yang dianjurkan oleh pihak BTN! hahaha...bila sampai di Kem BTN dan menerima tentatif program, ada yang macam nak menangis dan nak balik kerana awal-awal lagi ada pelajar yang dah kena sergah dengan jurulatih-jurulatih BTN. Hehehe..ikut koranglah Labu...
Jadi, Selamat Bercuti buat semua dan ketemu lagi dua minggu dari sekarang.

P.S: Sonto, aku bawak balik basikal aku. Jom kita kayuh kat trek Cherok Tok Kun pulak! hehehe....

SELAMAT HARI GURU 2010

Tuesday, May 18, 2010
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Semoga usaha dan dedikasi yang kita curahkan tidak akan menjadi sia-sia. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengajar aku selama ini. Jadi penghargaan ini kutujukan khas kepada: Guru Tadika yang pernah mengajar aku selama 4 hari di Ampang (masuk hari kelima aku berhenti!), Guru-guru di SRK Sultan Yusof, Taiping (1980-81), guru-guru di SRK. Bandar Baru Bangi, Selangor (1981-83), guru-guru SRK.Taman Ehsan, Kepong Selangor (1984-1987), guru-guru di High School Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1988-1994), pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa Kelantan (1995-1997), rakan-rakan guru di SK. Batu Arang Selangor (1998-2001), rakan-rakan guru di SK.Seri Kundang Selangor (2001-2005), rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Bukit Mertajam & USM Pulau Pinang (2005-2008) dan dari 2008 hingga kini (2010) rakan-rakan sekerja di SMK Bukit Gading - terima kasih.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Minggu yang panas....

Penat.Panas. Beberapa minggu yang lepas sibuk dengan MSSS Takraw 2010. Jadi pengurus pasukan bawah 18thn. Acara berpasukan tempat ketiga. Acara regu Naib Johan. Yeaaa. Balik sekolah, ramai bising. Panas jugak. Tapi panas hati.Hehehe.... Minggu lepas, anak saudara sebelah orang rumah, meninggal dunia sebab eksiden dengan lori pasir. Kemalangan ngeri. Budak baik. Masih bersekolah. Tingkatan 6. Katanya kepada rakan sekelas sebelum meninggal yang dia dah penat dan nak rehat. Betul kata arwah - Semoga dia dan rakan (penumpang belakang) ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin(Al-Fatihah). Jumaat lepas hingga Ahad- aku berjambori di Wetland Putrajaya. Jambori 1Pengakap 1Malaysia sempena hari Belia 2010. Cuaca Panas. Bertambah panas apabila pendaftaran ahli ditolak urusetia kerana katanya kuota Gombak dah dibagi kepada Daerah lain!Panas telinga bila mendengar jawapan si urusetia. Apa ni? Bikin panas la...mana boleh suka suki bagi kuota kat orang lain? hahahaha...akhirnya, jadi pendatang haram la. Walaupun tak bayar, boleh makan jugak! hahahaha....Last day kat Putrajaya, suhu yang dirakam pada jam 12.30 tgh, ialah 40 darjah selsius!!!! Pecah rekod dan ekon kereta aku!!!!

P.S: Tahniah kepada semua peserta dari Gombak kerana berjaya mengharungi kepanasan di Putrajaya. Kepada Ubie...sori bro. Pendaftaran failed sebab aku lambat. Takziah kepada keluarga Abg. Hussin (sedih jugak bila aku teringat kat Amirul ni...aku sampai kat tempat kejadian arwah dah tak bergerak!)Rosdi- Thanx belanja aku McD ( nanti mai ambik sijil kat aku)

Perkhemahan Pengakap Wanita Selangor 2010, Putrajaya

Tuesday, April 20, 2010




Night Ride at Putrajaya





kerenah Pelajar Zaman Ini (Pt.2)

Wednesday, April 14, 2010
(gambar hiasan)

Apa nak jadi dengan pelajar kita sebenarnya? Bila di tegur, mereka akan melenting. Bila dinasihati, mereka akan buat muka sardin sahaja! Inilah yang membuatkan guru-guru naik angin ataupun naik meluat dengan perangai yang ditunjukkan pelajar. Namun, bukan semua pelajar bersikap sebegitu. Hari ini keluar pula berita mengenai pelajar di sebuah sekolah di Jalan Klang Lama yang bersikap biadap dengan menyembur cat ke atas sembilan buah kereta guru dan memecahkan tingkap sisi sebuah kereta. Dari laporan berita yang dibaca, pihak sekolah telah mengenal pasti kumpulan pelajar tersebut dan akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan sekolah. Persoalannya, siapa yang akan menanggung kerugaian yang dialami oleh guru-guru tersebut? Kalau berlaku kemalangan boleh membuat tuntutan insurans tetapi kes ini akan ditanggung oleh siapa? Aduhai...inilah nasib seorang guru.

P.S: Jalan kaki ke sekolah adalah lebih selamat dari sebarang sikap vandalisme pelajar ataupun dibina sebuah kawasan parking khas (berpagar) untuk guru.

1st Trip to Broga Hill

Monday, April 12, 2010







After planning for so long, yesterday me and my friends had the opportunity to climb up broga Hill for the first time. It was a great experience though because I've never climb up a hill with so many people climbing at the same time. Tha path was crowded with people who might had come since 6.00 in the morning. The parking was full and had to make 2-3 rounds around the parking area before I found an empty space to park my car. Some people say it will take 30-40 minutes climb to the peak but to my surprise I managed to climb up to the first peak in just 25 minutes (Rosdi and Bad in 20 minutes). fuyoo..Then I started shooting the view. Superb...You can see all kinds of photographers up here with all kinds of gadgets (from small to big cameras and from 35mm to hundreds mm lenses). It was like a camera fair! Hehehe...Anyway it was a great experience to be there with my buddies...maybe I'll have another trip to Broga someday.

Broga Hill..





Smooth Ride..

Thursday, April 8, 2010

Broga Hill anyone?

Wednesday, April 7, 2010

taken from: www.manmeng.net

Pemantauan ICT

Monday, April 5, 2010

hehehe....patut la tak boleh nak lengkapkan pemantauan ict tu...

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...