Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Awas!!!!

Wednesday, January 25, 2012


KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.

Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.

Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.

“Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.

“Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

“Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.

“Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal,” katanya.

Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.

Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.

“Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai,” katanya.

Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.

Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat.

Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

“Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

“Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula,” katanya.

Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

“Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.

“Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih,” katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.

Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.

“Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing,” katanya.

Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim.

Kami telah menghubungi PIHAK JAKIM melalui portal Islam GRID, ini adalah jawapannya:

Soalan
Assalamualaikum. saya ingin bertanyakan soalan tentang status kehalalan GULA-GULA JELI . menurut artikel di dalam harian metro 14 November 2007 jika saya tidak tersilap, ada mengatakan bahawaw gula-gula jeli mengandungi gelatin babi. Benarkah harap mendapat maklumbalas secepat mungkin.. terima kasih..

Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah

Mana-mana produk makanan yang dibeli perlu terlebih dahulu dipastikan status kehalalannya. Jika produk tersebut sudah mendapat pengesahan sijil dari Jakim atau jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri atau mana-mana badan dari luar negara yang telah mendapat pengiktirafan dari Jakim ianya halal, maka ia sudah terjamin status halalnya maka ia dibenarkan oleh syarak untuk dimakan.

Berkenaan status gula-gula jeli tersebut, mohon dikemukakan nama/jenama gula-gula tersebut di laman web halal Jakim bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan produk tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php
Sila klik pada pengguna kemudian klik pada direktori dan pilih produk.

wallahua’lam

Harian Metro


P.S: bukan anak-anak, kekadang mak ayah pun suka. Apa tindakan pihak berwajib agaknya dalam hal ni?

Allahuakbar!

Monday, January 23, 2012
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya,“Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.

Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAHHU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


High School Bukit Mertajam - 88-94

Sunday, January 22, 2012
Dah mencapai 85 tahun dah umur sekolah aku ni....kelmarin ada game reunion geng ragbi High School ni. Haish...terlepas lagi. Tapi bila aku tengok gambar-gambar ni yang member aku post dalam FB dia...rasa rindu oooo....




For Whom the Bell Tolls

Geng ragbi


sekolah otai ni...


lawaaa....




Rindu wooo....

Friday, January 20, 2012

Tiba-tiba ja pagi ni aku teringat zaman aku budak-budak dulu...hehehehe...zaman takdak cita-cita dan tak tau nak buat apa bila dah tua nanti...heheheh. Ramai kengkawan zaman remaja dulu dah menghilang dan lost contact. Ada juga rakan yang dah dijemput Illahi pun..hmmm. Allah lebih sayang mereka...Mesti ramai yang dok teringat juga masa remaja dulu kan? Zaman dok beli kaset dari band-band kegemaran. Baru ni ada satu artikel (lupa surat khabar mana...) tentang kaitan sebatang pen atau pensel dengan sekeping pita kaset. Remaja zaman sekarang mungkin ada yang tak tau apa kaitannya antara dua benda tu.


Heheeh...sebenarnya zaman kaset ni ramai yang ada walkman, jadi nak save bateri kena la rewind sendiri kaset tu pakai pen atau pensel. Caranya masukkan kepala pen kedalam 'gigi' kaset tu kemudian pusing la laju-laju...hehehe. Nak beli cd mahal gila! Bila cerita pasal kaset teringat kedai Ah Siau ( tengah pekan BM).


Kedai ni la sumber aku ngan abang-abang aku (member2 pun sama...) dok pi borong kaset band-band metal tahun 90an ni. La ni kedai tu dah macam hidup segan mati tak mau dah sebab dah belambak kedai cd haram kat BM ni...hehehehe. Lagipun mana ada orang nak beli dah cd atau kaset ni, mp3 boleh download free kat internet. Dulu ada dekat 1000 lebih kaset pelbagai genre dan artis...bangga ooo. Lagu enigma (kat atas tu...) pun feveret jugak. hehehe..

P.S: miss the old days la....hmmmm.

Apa ada pada nama?

Monday, January 16, 2012
Hehehe...apa ada pada nama? Baru- baru ni aku singgah kat satu gerai yang menjual laksa penang ngan cendol durian. Dengar nama pun dah rasa macam syok gila, jadi aku pun singgah la sebab aku teringin nak rasa cendol durian tu. Iklan kat depan gerai sikit punya sempoi - 'sekali rasa mesti mau lagi'. Aku pun order la 3 bungkus cendol , dua cendol biasa dan satu cendol durian (untuk aku la tu) dan bila sampai rumah anak-anak aku terus ambil bahagian masing-masing dan aku dengan bacaan Bismillah terus menyedut cendol yang dibeli dan....rasanya? Hampeh @ tak sedap langsung...iklan dah best, warna cendol pun menarik tapi rasanya...out! Pelik la orang ni kalau berniaga tu buat la betul-betul ini tak, cendol rasa macam air sejuk ja. Macam biasa la, aku dah pangkah kedai tu terus! hahahaha....terus teringat kat cendol mamak BM....

Satu lagi cerita...sabtu lepas aku bawa basikal aku pergi servis sebab ada masalah dengan gear basikal aku yang tak berapa nak smooth semasa penukaran gear ke sebuah kedai basikal berdekatan dengan rumah aku tu. Sebelum aku bawa basikal ke sana, aku ada bertanya pada tauke kedai samada biasa servis gear mountain bike dan dia kata boleh buat dan pomen dia selalu buat. Jadi aku pun bawa la ke kedai tu sebab nak bawa ke kedai biasa aku pergi tu jauh. Sampai ja basikal aku tu pomen tu pun start adjust sini sana...masa aku tengok di buat tu aku tak berapa konfoden langsung sebab aku tengok gear tu makin problem ada la. lepas tu dia kata siap...aku pun cuba kayuh dan hasilnya...memang seperti aku jangka, semakin jahanam! Hahaha...nak marah pun tak boleh sebab aku juga yang nak hantar ke situ. akhirnya, jalan penyelesaian terpaksa jugak aku bawak ke kedai biasa.

Jadi kesimpulannya, ada nama yang sebenarnya tak mewakili apa yang diiklankan pun, dan ada juga nama yang sebenarnya sama dengan perkhidmatan yang diberikan...so, pilih lah yang terbaik!!!!

Tungguuuuu.....

Friday, January 13, 2012
Panassss....macam-macam berlaku seminggu dua ni. Chong Wei menang, Nicol David menang, Dr Ezani ( Masterchef Malaysia) pun menang dan terbaru DSAI juga turut menang. Terus terang aku kata apa saja keputusan yang dibuat, sepatutnya semua kena terima dengan tenang. Mungkin ada yang tak puas hati dan ada yang bertepuk sorak dengan semua keputusan yang berlaku. Bagi aku, setelah bertahun-tahun menunggu keputusan mahkamah, yang ni betul-betul mengejutkan aku. Sebagai orang Islam, kita mesti mensyukuri dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. So, relakslah sebab aku tengok sejak keputusan tu dibuat beribu-ribu cuba mengeluarkan pendapat mereka dan yang tak bestnya ada yang sanggup mengeji, mencarut dan berkeras menegakkan pendapat masing-masing. Aku sebenarnya macam dah fed-up dengan cerita-cerita politik ni. Ramai yang mungkin sependapat dengan aku dalam hal ni. Selagi tak umum tarikh PRU 13 ni, mungkin ada yang tak dapat tidur dengan tenang sebab memikirkan apa perancangan yang boleh menjatuhkan pihak lawan....bagi aku cara terbaik, tunggu dengan tenang tarikh keramat tu dan bila tibanya hari yang ditunggu-tunggu kita pangkah yang terbaik semoga keamanan dan kesejahteraan yang kita rasai ini akan berterusan tidak kira pihak mana yang memerintah.

P.S: this is only my 2 cents okay...jangan pulak ada yang marah....

Glamorous Sky

Sunday, January 8, 2012

This song reminded me one of my favourite Movie - Nana, sang by Mika Nakashima. Enjoy..

akehanashita mado ni mawaru ranbu no DEEP SKY
AH aoide...

"kurikaesu hibi ni nan no imi ga aru no?"
AH sakende...
tobidasu GO
hakitsubushita ROCKING SHOES
haneageru PUDDLE
FURASSHUBAKKU
kimi wa CLEVER
AH, REMEMBER

ano niji wo watatte ano asa ni kaeritai
ano yume wo narabete futari aruita GLAMOROUS DAYS

"akewatashita ai ni nan no kachi mo nai no?"
AH nageite...
hakidasu GO
nomihoshite ROCK N'ROLL
iki agaru BATTLE
FURASSHUBAKKU
kimi no FLAVOR
AH REMEMBER

ano hoshi wo atsumete kono mune ni kazaritai
ano yume wo tsunaide futari odotta GLAMOROUS DAYS
Mm... glamorous DAYS
nemurenai yo!

SUNDAY MONDAY
inazuma TUESDAY
WEDNESDAY THURSDAY
yukibana... OH...
FRIDAY SATURDAY
nanairo EVERYDAY
yamikumo kieru FULL MOON
kotaete boku no koe ni

ano kumo wo haratte kimi no mirai terashitai
kono yume wo kakaete hitori aruku yo GLORIOUS DAYS

ano niji wo watatte ano asa ni kaeritai
ano yume wo narabete futari aruita GLAMOROUS DAYS

GLAMOROUS SKY...

Awan....

Monday, December 26, 2011

Hitam Putih Kehidupan....hehehehe.



wallpaper XP! hehehe...


Depan rumah member di Kuala Terengganu.

PMR 2011

Saturday, December 24, 2011
Tahniah buat semua pelajar seluruh Malaysia yang berjaya mendapat keputusan cemerlang terutamanya para pelajar yang tidak memliki keadaan fizikal yang baik - ada terbaca dalam surat khabar melaporkan pelajar yang berstatus OKU turut cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Ada palajar yang rabun, tidak bertangan dan ada juga yang hanya berbaring semasa mengambil peperiksaan. Kejayaan mereka ini membuktikan keadaan fizikal mereka tidak menjadi penghalang kepada kejayaan yang dicapai dan bagaimana pula dengan mereka yang normal tetapi gagal mendapat kecemerlangan pula ye? Apa pun, bagi yang kurang berjaya, masih ada dua tahun lagi untuk menebus kegagalan dalam peperiksaan SPM nanti.....

P.S: Kejayaan mereka membuktikan kekuasaan Allah swt...subhanallah!

Krismas....

Pertamanya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakan-rakan yang akan menyambutnya pada 25 haribulan ni.

Tapi hairanlah, kenapa ada juga orang Islam yang turut memakai topi merah tu ye? Kalau pergi ke mana-mana pasar raya tak kiralah yang besar ke atau yang kecil, pemandangan ini akan kelihatan dimana-mana....hmmmm....apa nak jadi eh?


P.S: Teringat zaman bebudak dulu ke Ipoh tengok konsert pada tarikh sebegini....heheheh...

Jambori Malaysia...2011

Sunday, December 11, 2011
Dah lama aku tak update blog aku ni...sebab sibuk sangat dan mungkin juga masa tak permit aku untuk update blog ni. Apapun, awal cuti baru ni aku ada menghadiri Jambori Malaysia kali ke 12 di Telaga Batin, Kuala Terengganu. Apa yang aku boleh kata tentang Jambori ni ialah....hujan! Hahaha...Hari-hari hujan. Hujan Monsun pulak tu. Perghhh...first time aku merasa cuaca sebegini. Tapi aku memang suka musim hujan. Cuma aku kesian kat bebudak yang terpaksa berkehmah dalam hujan dan tidur dalam air...ye, dalam air! Mana taknya, apabila hari-hari hujan, dalam khemah pun...jadi macam kolah la...tak sempat nak keringkan dah hujan semula. Ada satu hari tu bila kami buat spotcheck...bau dalam khemah macam dah...malas nak cakap la. hehehehe...Apa pun aku tengok semua budak macam enjoy kat Jambori ni. Ada sorang budak tu yang sakit tak mau balik walaupun bapa dia dah minta kami hantar anak dia pulang. Mungkin semangat budak tu tinggi nak berpengakap ni.

Satu lagi yang biasa aku tengok yang akan berlaku kat Jambori ni ialah bebudak sibuk nak tukar barang atau lencana dengan peserta dari lain negeri atau negara. Tapi yang tak bestnya....malam terakhir kat situ kami dapat tahu ada peserta dari Indonesia yang disyaki mengalami cacar air la, hepatitis la dan penyakit kuku dan mulut. Mana-mana yang dah trade barang tu terkedu jugak la sebab ada petugas yang meminta barang2 dari peserta dari Indonesia tu diasingkan dan jangan dicampur dengan barang peribadi. Sebagai langkah berjaga-jaga. hehehe...Aku dapat tahu ada peserta yang dah siap bertukar uniform lagi...Huhuhu...nasib baik aku tak berinat sangat dengan bertukar-tukar barang ni. Bukan apa...aku bukan ada barang nak ditukar pun...hehehe.

Peristiwa paling best dalam Jambori ni ialah apabila aku ngan geng aku nak ikut rombongan Jambori ke Kuala Terengganu. Kembara la kononnya. Dengan selamba kami ikut peserta yang dah mula bergerak ke bas. Aku ada kata kat member aku ,"Dari dok menganga kat kem baik ikut bebudak tu"...heheheh. Member aku semua setuju. Tapi yang bestnya berjalan tak sampai 10 minit hujan dah mula turun dan jarak ke tempat bas menunggu bukannya dekat. Hampir dua kila jugak menapak dalam hujan. heheheh...Sampai kat bas, kami tak dapat nak naik bas sebab tak ambil badge kembara yang menentukan bas yang hendak dinaiki. Malu jugak beb...dah la basah lencun dah masa tu. Nasib baik ada bas yang kosong, dapat jugak la kami ikut kembara tu. Tapi apa yang tak dapat dilupakan ialah dari mula kembara hingga la balik semula ke kem hujan tak berhenti-henti. Basah lencun luar dalam..huhuhu...

Dalam dok berjambori tu aku ada jugak berjumpa dengan kawan lama masa belajar dulu. member aku ni dari Kontijen Setiu dan dia ada mengatakan yang tapak subkem Selangor sebenarnya terletak kat kawasan paling 'keras' kat kem tu. Ohhh...patutla ada dua tiga peserta dari Terengganu dok kata yang kami ni hebat...hahahaha. Tapi apa pun, alhamdulillah kontijen Selangor tak mengalami apa-apa masalah. Malam akhir tu kamir terdengar jugak ada beberapa peserta dari subkem lain yang meracau dan histeria sehinggakan pihak urusetia minta semua kontijen mengadakan bacaan Yassin malam tu.

Sepanjang aku berada di Terengganu, aku dapat rasakan betapa bestnya kalau dapat bercuti kat Terengganu ni. Makan sedap, tempat best dan angin kat tepi laut tu...perghhh best gila!

Kuala Kubu Bharu

Monday, November 14, 2011

Nirvana.....

Friday, November 11, 2011

Kampungku...


Gambar ni aku ambik masa aku balik kampung pada raya haji baru ni. Orang lain mungkin dok sibuk tidur lagi, aku dah start motor pi shoot kat area rumah aku...ni dah aku edit sikit.


Sabah...

Tuesday, November 1, 2011

Hujan....

Monday, October 17, 2011


memang suka sangat dengan suasana hujan macam ni....tenang dan nyaman!

Grace...

Friday, October 14, 2011

http://youtu.be/OFGjQj44HfA

Hobi makin menggila...hahahaha!

Baru balik dari kursus...3 hari 2 malam. Orang lain mungkin ke kursus dengan iltizam yang tinggi...sama jugak la dengan aku...tapi aku ada plan lain. Photoshoot! Cuba cari masa terluang nak pi jalan-jalan, tetapi...tak boleh. Jadual penuh. Last-last aku photoshoot dari dalam bilik aku ja. Ni lah hasilnya dari tingkat 15.... (tak edit pun..straight dari kamera...)

Streaming...

Tuesday, October 11, 2011
Baru-baru ni ada member suruh download satu accelerator atau satu software kecil dan ringan yang membantu melancarkan video yang kita tengok secara online kat youtube dan beberapa lagi laman kat internet. Sebenarnya aku tak pernah terlintas yang benda macam ni ada pulak orang menciptanya sebab bagi aku lambat atau laju video tu bergantung kepada pakej yang kita bayar bulan-bulan dan kawasan kita dok streaming tu . Rupanya benda ni ada membantu jugak. Bila aku donwload dan install aku ada rasa perubahan pada kelajuan streaming tu. Walaupun tak la selaju kat US yang kawan aku kata download satu movie hanya 10 minit tapi... boleh la dari tak laju dan kadang-kadang tak jalan langsung tu. Hehehe....so kengkawan, cari speedbit video accelerator kat google dan install okay! enjoy....

Kursus DSLR (asas)

Friday, October 7, 2011

talent: Liza Pak Lie...

Selama ni bila mana aku dok shoot sana shoot sini banyak yang aku main redah ja...ISO lah, Speed lah dan Apperture tak pernah aku ambik berat sangat. Memang la aku tau serba sedikit (hasil ajaran adie awang dan rakan2) tapi adakalanya banyak gambar yang aku ambik atau shoot hasilnya tak memuaskan. Baru-baru ni bila aku ikut satu kursus asas fotografi kat APBM Batu Gajah, baru la aku tau sikit ilmu fotografi ni. Ada sorang mamat ni yang aku tengok pada mulanya biasa-biasa saja tapi bila dia start shoot...perghh, marbeles! Bila sesi suaikenal semua perkenalkan diri dan mengatakan masih baru dalam fotografi tapi semua tu taktik sahaja. Bila masing-masing keluarkan kamera...ada yang pakai D300s lah, D7000 la...kalau yang Canon, 40D ada, 50D ada dan 60D pun ada!
Lens pulak...malas nak cakap...aku yang tau pasal kamera sebesar zarah...rasa macam salah masuk kursus pun ada. APBM patut namakan kursus tu Kursus Advance DSLR...bukan asas lagi..hehehehe. Tapi apapun, semua peserta dan tenaga pengajar memang sporting abiss... Ada dua tiga tips yang aku nak kongsi dengan kengkawan kat sini yang meminati bidang fotografi ni...kata si Mike Dukemane, jangan bazirkan shutter count...mahal tu....$$$$$...sebelum mula photoshoot dah ada idea atau konsep yang nak dibuat bila editing nanti. Baru la jimat...betul jugak kata si Mike tu. Selama ni tak pernah terfikir benda macam tu. Dah hobi dan suka tengok alam yang cantik..snap ja sini sana. Lepas ni kena kontrol....satu lagi mengikut Shahril Simpleclicks (tenaga pengajar) setiap photoshoot perlu diberi penekanan mengenai hasilnya...$$$....beli kamera mahal-mahal, mesti mau tengok hasilnya jugak...hehehe. Jangan sampai masuk angin keluar asap dah la....Sebab, nak buat kerja photoshoot ni banyak benda nak kena buat dan akan bersangkut paut dengan tenaga, masa, dan modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan satu karya yang baik. Bila difikirkan...ada betulnya. Kadang-kadang pernah berlaku, disuruhnya kita ambil gambar...kita edit lepas tu diorang ambil dan jual tanpa pengetahuan si fotografer...sakit hati oo...tapi kalau masih suka snap dan tak kisah dengan $$$....buat je...hehehehe. Sekarang ni ramai yang beli DSLR kemudian terus nak tangkap job ambil gambar orang kahwin...ISO tak tau, white balance tak tau terus cari job...yang dah otai ni kata, semua tu akan menyebabkan bidang fotografi akan menanggung akibatnya bila hasil yang dapat tak sebaik mana ( Ada yang ambik job sampai RM7k untuk satu majlis...). Apapun...aku seronok join kursus tu dan banyak ilmu yang aku dapat yang rasanya akan menajamkan skill aku lagi ke tahap yang lebih baik....insyaAllah....

Aurat....

Friday, September 30, 2011
Ada member post ni kat FB, satu kempen yang aku rasa perlu untuk dikongsi bersama...renung-renungkanlah ye...

Apa pun tak boleh!!!

Pelik bin Ajaib! Guru lain mendidik anak murid atau pelajarnya bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan tetapi beberapa buah sekolah di sini menghalang pelajar mereka dari mengambilnya. Walau apa pun alasan atau sebab yang membuatkan mereka mengambil keputusan begitu ( dalam suratkhabar melaporkan guru sekolah tersebut mengatakan murid itu bodoh! MasyaAllah...) peluang untuk murid itu mengambil peperiksaan perlu diutamakan. Kesian kat budak tu..Apa pula perasaan ibu bapa murid tersebut agaknya apabila ada orang mengatakan anak mereka bodoh? Kena siasat ni...semoga perkara sebegini tidak berulang lagi tahu depan.

Saman Parking!!!

Tuesday, September 27, 2011

Baru-baru ini masa aku ke Sri Damansara untuk ke sebuah kedai basikal aku telah di saman oleh MBPJ kerana kesalahan tidak mempamerkan tiket meletak kenderaan. Kalau cara di saman itu mengikut peraturannya, aku taklah rasa nak marah sangat tetapi kereta aku dikompaun ketika aku sedang beratur membeli tiket parking tu. Adoiii...bayangkan la mesin tu agak jauh dari kereta dan pada masa yang sama ada dua orang sedang beratur membeli tiket tu jadi masa yang diambil untuk turun kereta, berjalan ke mesin dan beratur membelinya akan mengambil sedikit masa . Itu tak masuk lagi masa berjalan ke arah kereta semula. Aku tanpa memandang ke arah cermin kereta , aku terus membuka pintu dan meletakkan tiket itu di atas dashboard . Kemudiannya aku pun dok melangut kat kedai basikal tu menunggu tauke kedai tu menukar rim basikal . Aku hanya perasan bila anak sulung aku beritahu aku yang ada sehelai kertas diselitkan di wiper kereta. Bila aku tengok...kompaun! Masa kompaun tu ialah 4.10 petang. Tiket aku pulak...4.11 petang. Apa punya nasib la....sekarang ni tengah tunggu permohonan membatalkan kompaun tu dari MBPJ. harap-harap permohonan aku diterima la...

FB photo zoom!

Monday, September 26, 2011

Rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi laman sosial yang digilai ramai iaitu Facebook ni. Mesti ramai yang ada akaun FB kan? Apa yang aku nak share di sini adalah mengenai aplikasi atau extension menarik iaitu FB photo zoom. Mungkin ramai dah install tapi bagi yang belum apa kata anda google 'FB photo zoom' dan install kat dalam pc atau laptop anda. Hasilnya...memang menarik. Sebelum ni kalau kita nak tengok photo atau prfile kawan biasanya kita akan buka atau klik gambar tu tetapi dengan FB photo zoom hanya d
engan menunjukkan cursor di atas gambar , ia akan membesarkan gambar tersebut dengan sendirinya. Cuba lah...

Technology,technology,technology!

Thursday, September 22, 2011

hey teachers...watch this video...the endless possibilities technology has in the classroom.

Trial

Monday, September 19, 2011
Setiap kali aku masuk kelas aku akan mengingatkan agar semua pelajar menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh tetapi ada juga suara sumbang akan menyampuk yang peperiksaan ini adalah 'cobaan' sahaja (Percubaan SPM) dan kemudiannya akan tersengih-sengih sambil menggaru kepala (tak dapat jawab la tu...hehe) dan ada satu jawapan yang aku membuat aku tersengih sendiri apabila aku menegur seorang pelajar ini yang aku tengok asyik memandang ke kiri dan kanan. "Ridz, kenapa asyik pandang ke kiri dan ke kanan tu?". Dia pun menjawab, " Cikgu cuba tengok kat kertas soalan ni, kan ditulis suruh lihat sebelah? Jadi saya pun tengok sebelah la." Satu jawapan yang rasanya perlu dibalas dengan satu libasan ke pankreas pelajar tu....huhuhuhu....sabar je lah...

Malaysia yang ku sayangi!!!

Wednesday, September 14, 2011


Sekarang ni macam-macam boleh berlaku.Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang membabitkan pokok tumbang menimpa pemandu dan penumpang sebuah van dan juga seorang guru maut dihempap pokok kelapa (Al-Fatihah untuk mangsa kemalangan..). Perlis pula ditimpa musibah banjir dan rasanya dua tiga hari ni pun hujan turun dengan lebatnya dibeberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Kesian buat pelajar yang menduduki UPSR kerana terpaksa meredah banjir untuk ke sekolah. Ramai juga penduduk yang terperangkap dirumah masing-masing menunggu bantuan untuk dipindahkan.
Selain itu, ada juga terbaca berita mengenai laporan seorang mangsa along yang meminjam wang kerana kesempitan dihimpit masalah kerana bunga yang dikenakan melambung tinggi. Pinjam seribu dapat RM300 ja. RM700 duit proses! Huuuu...gila punya bisnes. Mungkin ada yang kata 'padan muka' kepada si peminjam. Tapi kalau kita berada ditempat mangsa bagaimanakah rasanya ya? Mesti berserabut perut memikirkan macamana nak melunaskan hutang tu. Pinjam 1000 dapat 300 tapi kena bayar 1800. Seminggu interest rm450 kalau tak dapat melangsaikan hutang. Memang patut pun along ni dipanggil lintah darat, menyedut kesengsaraan orang dengan perlahan-lahan.
Satu lagi berita yang menarik perhatian ialah seorang pelajar Afrika yang ditangkap orang ramai kerana cuba mencabul seorang jurujual di Selangor. Memang kurang ajar pelajar Afrika ni. Memang bukan semua yang berperangai macam tu tetapi kerana nila setitik, habis semua baju bertukar biru! Itu belum dikira dengan kes 'black money' dan sebagainya. Kita orang Malaysia ni terlalu berlembut sangat kot? Mungkin ramai yang teruja bila tengok pelajar Afrika ni sebab terbayang-bayangkan Drogba, Welbeck dan ramai lagi pemain bola sepak yang terkenal ni. Hehehe...rasanya kita perlu memikirkan semula sikap kita yang terlalu berlembut ni supaya bangsa Malaysia tidak lagi dipijak dan ditipu bulat-bulat oleh mereka ini. Haishh...
Apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita merdeka dari jajahan unsur asing di hati, minda dan perbuatan kita. Ayuh.....

Life is Not a dream!

Monday, September 12, 2011
Life is not a dream where you can't wake up from the dream you want!

Shoot!

Saturday, September 10, 2011
1/160s F9.0 ISO 200 18.00mm
Edit: PS CS5

1/25s F3.5 ISO 3200 50.00mm
Edit: PS CS5

6 peratus!!!!

Friday, September 9, 2011
petang kelmarin sedang aku dok relaks baca surat khabar tiba-tiba aku ada menerima satu mesej dari Maxis Hotlink memaklumkan bahawa bermula 15 September 2011, setiap penambahan nilai atau top-up akan dikenakan caj sebanyak 6% untuk perkhidmatan. Perkhidmatan? Dah sememangnya Maxis menjalankan perniagaan nak dikenakan apa lagi ni? Bukan sepatutnya syarikat yang menanggung kos perkhidmatan tu ka? Aku pun bila top-up akan buat melalui online banking ja. Perkhidmatan apa pulak aku nak kena bayar ni? Pelik betul la...semua syarikat nak charge. Sama ja perangai dengan ASTRO. Mula-mula 60 lebih sebulan kemudian naik sikit, last-last.. bil terbaru dah melambung ke 120 lebih sebulan! Tu pun sebab charge perkhidmatan 6% jugak tu. Kalau tak silap, kabinet kata ASTRO tak boleh naikkan charge tanpa persetujuan kabinet. Apa punya carca marba punya cerita la bisnes kat Malaysia la ni. Aku pun nak berniaga la macam ni, semua kos perniagaan pakat-pakat share dengan pelanggan....baru la untung. Takan rugi punya lah....


Buah hati...

Peringatan!!!!

Thursday, September 8, 2011

Nak share satu video yang diambil dari youtube. Peringatan kepada semua kengkawan, saudara-mara, adik, kakak, abang dan semua la...berhati-hati apabila melepak dikedai-kedai yang ada wifi sebab kemungkinan perkara seperti yang berlaku di atas boleh berlaku pada diri kita, tak kira di mana, masa dan tempat. Yang ada laptop, smartphone dok buka dan main internet ni berjaga-jaga la ye. Dalam video ni ada dua laptop kena samun oleh penyangak samdol ( kerja tak mau...nak menyamun je kerja dia...lahanat!) Nasib baik penyamun ni tak cantas kepala pelanggan kedai mamak ni...kalau tak, tak beraya la jawabnya. Dari tarikh yang tertera kat video tu...diorang ni tengah bersahur ni. Adoiii...apa la nak jadi dengan negara kita ni????

P.S: Ya Allah jauhkanlah perkara sebegini dari terjadi kepada diriku, keluargaku dan semua hambaMu yang masih hidup dimuka bumi ini. Amin....

Kerja oi kerja!

Tuesday, September 6, 2011
Puasa sudah, raya pun sudah. Sekarang dah mula kerja. Bila pi kerja kelmarin macam-macam perasaan ada..heheehe. Biasa la first day kerja selepas seminggu punya dok pulun raya jadi urat malas pun timbul la. Tapi semua tu tak boleh nak layan sangat. Masuk kerja ja kelmarin, bertimbun-timbun kerja dok menunggu. SAPS la, nak pasang komputer la, format la...macam-macam 'la' punya dok ada. Hidung pulak asyik dok sok-sek,sok-sek dok bersin. Haishh..dah dekat lima hari dah dok selsema ngan batuk-batuk ni. Actifast dah dua papan aku telan, dok macam tu jugak. Apa pun, aku dok menunggu budak-budak aku menjawab soalan paper aku esok dan bersiap sedia untuk menanda kertas seberapa pantas yang boleh (selalunya aku yang last...)hehehe...Buat para pelajarku..Selamat menduduki Trial SPM 2011..ganbatte!

P.S: jom kengkawan kita layan trek FRIM Sabtu ni...dah lama tak ride off-road ni...best,best!

D-Beat

Sunday, September 4, 2011

Balik Kampung...hoohoho...balik kampung!

Friday, September 2, 2011


Adoyaii...penat betul hari ni. Perjalanan pulang dari BM ke KL memenatkan...tak boleh nak speed langsung. Jem gila highway hari ni. Ingatkan pulang pada hari raya ketiga dapat drive dengan setenang-tenangnya tapi harammm...ha
hahaha. Ramai yang fikir macam aku juga nampaknya. Kereta dari arah utara ke selatan banyak dan padat, kereta dari selatan ke utara pun sama padatnya. R&R jangan cerita la, parking penuh. Nak guna tandas pun kena beratur panjang. Masa berhenti kat Simpang Pulai tadi alhamdulillah aku dapat parking kereta dekat dengan gerai makan. Tapi yang tak bestnya, makanan pun macam tinggal saki baki ja. Nasi lemak sold out! Yang tinggal pun nasi ayam yang macam hidup segan mati tak mau ja. Ayam sejemput, nasi pun sejemput. hehehe...jalan terbaik layan keropok lekor je la tadi.
Sepanjang perjalanan pulang tadi banyak betul kereta yang tersadai kat tepi highway (ye la..kalau kat tengah higway, jahanam!)yang aku rasa mungkin disebabkan enjin over-heating. Suhu pula mencecah 38 darjah selsius, dengan kereta yang bergerak perlahan, memang jahanam la enjin kereta kalau asyik dok layan aircond je dalam kereta. Aku ada jugak mencilok ikut lorong kecemasan tadi, tapi sekejap je la dan masa tengah mencilok tu aku rasa macam tak syok ja. Aku pun terus masuk balik ke lorong kiri dan tak berapa lama lepas tu, aku tengok kereta Estima kat depan aku dah kena tahan dengan tok anjang (Polis trafik) yang pakai Evo X tu...hehehe. Selamat poket aku. Kalau tak...mau jahanam rm300! Jadi, idea aku yang kononnya balik pada raya ketiga jalan tak jem, musnah sama sekali sebab kebiasaannya perjalanan yang mengambil masa 3 jam bertukar menjadi hampir 7 jam hari ni...huhuu. Apa pun, aku tetap bersyukur kepada Allah swt kerana aku selamat sampai ke rumah dengan selamatnya.....amin!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, August 26, 2011

Hari Raya semakin hampir dan rasanya dah tak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kengkawan yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan blogger, geng mukabuku (FB), band members di Bukit Mertajam (SOLARIS-izan.net,Zam,Ali,etc), band KLGG (Kinto,Bad,xUbiex,Joe,Prebet Jambang,etc),KAPAK (apit,daoh,adam,faizal) rakan-rakan di PPM Gombak,PPM Selangor, rakan-rakan CALT 30&31, ex-classmates di USM, KBTC, HSBM, geng basikal, geng panjat gunung dan sukan ekstrem (Adie Awang, Caffein Guy, xUbiex, akif,miza,aisyah,aizat,etc), wishclubmalaysia.my, my precious students, Farhan474, Muis, Radhi, Demo, rakan-rakan ICT Kuang, rakan-rakan di SMKBG, metformin500, muzik bingit, etc. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

Al-Fatihah

Thursday, August 25, 2011
Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Tuan Hj Rahmat b. Jaa'far (Setiausaha Latihan Negara / Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Bahagian Sumber Dewasa dan Latihan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5 Petang tadi di Hospital Kajang... Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman...amin.

Berlarilah sampai kehujungnya....

Wednesday, August 24, 2011
Runtuhnya Ramadan dilanda tsunami Aidilfitri

HARI ini 21 Ramadan 1432 Hijrah. Sudah masuk 10 hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai dulu ke garisan penamat dan muncul juara.

Laju yang dimaksudkan ialah meningkatkan amal ibadat tambahan sama ada memperbanyakkan membaca dan menghafal al- Quran, bersedekah, solat sunat malam (tarawih, tahajud, tasbih). Rasulullah SAW beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadan dan menjauhkan diri daripada menggauli isteri-isteri baginda.

Di Malaysia, adakah kita umat Islam meningkatkan ibadat pada 10 akhir berpuasa sebagaimana Rasulullah? Atau sudah masuk ke gear rendah dan memperlahankan amal pengabdian kepada Allah SWT?

Semua orang tahu jawapannya. Inilah masanya persiapan untuk menyambut Aidilfitri bertambah ligat. Gedung membeli-belah semakin penuh sendat. Jalan-jalan raya di pusat bandar besar semakin sesak. Bunyi mercun dan bunga api semakin gempita. Kerap kali ledakan mercun bola berhampiran surau memusnahkan kekhusyukkan jemaah yang sedang bersolat tarawih.

Sesungguhnya keghairahan mengimarahkan Ramadan yang amat ketara pada dua minggu pertama mulai lesu apabila Syawal semakin hampir. Lagu-lagu Aidilfitri yang berkumandang di radio dan di pusat-pusat beli-belah turut melonjakkan nafsu untuk beraya dan mengendurkan semangat beribadat yang begitu kental pada awal Ramadan.

Tambahan pula gaji awal dan bonus baru diperoleh. Makin ligatlah otak dan nafsu mencongak jumlah barang yang hendak dibeli. Bukan sekadar kuih-muih, pakaian dan gajet baru, malah ramai juga yang mengintai iklan-iklan kereta untuk pulang ke kampung dengan mobil baru yang mempamerkan peningkatan karier dan kejayaan hidup di kota.

Masing-masing juga telah lama meneliti kalendar, menghitung hari cuti yang layak dipohon. Kerani-kerani yang menjaga rekod cuti juga semakin sibuk melayani permohonan yang bertambah. Bos-bos yang tidak mengatur jadual cuti raya kakitangan mengikut giliran akan pening berhadapan dengan kerenah orang-orang bawah berebut cuti. Yang rambut beruban pun boleh bertukar perangai bagaikan kanak-kanak, sanggup bergaduh kerana berebut cuti.

Berapa orangkah yang memohon cuti untuk memberikan lebih tumpuan kepada ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan?

Tahap kesabaran juga mulai menurun bersama kehampiran Syawal. Bukan sahaja di jalan raya dan gedung beli-belah, malah di masjid juga terserlah perangai sebenar kebanyakan anak Adam.

Barisan saf jemaah solat tarawih mulai menipis. Imam-imam yang memimpin solat juga semakin kerap terlupa ayat al-Quran yang dibaca. Ramai juga yang mempercepatkan bacaan dan pergerakan solat tanpa mengambil kira kecergasan orang-orang tua yang menjadi jemaah setia.

Bersahutan

Makcik-makcik yang bertadarus juga mulai menggesa rakan-rakan mempercepatkan bacaan al-Quran supaya lebih lekas khatam. Ada juga yang mengingatkan rakan-rakan tadarus tentang kumpulan-kumpulan lain yang telah jauh meninggalkan mereka dengan menghabiskan lebih banyak juz. Ketergesaan mengambil tempat kesabaran.

Suasana syahdu menjelang subuh dengan suara-suara merdu bacaan Quran dan tahmid saling bersahutan melalui pembesar suara juga turut lesu bersama tsunami menjelang Aidilfitri. Ada kalanya kita terpaksa menengok jam untuk mendapatkan kepastian tentang waktu subuh kerana mikrofon di masjid dan surau masih membisu walaupun waktu imsak semakin hampir.

Aneh sungguh perangai manusia. Hendak dikatakan pengaruh syaitan, Rasulullah telah menegaskan bahawa syaitan-syaitan dirantai pada bulan Ramadan.

Bukan sahaja syaitan-syaitan di rantai, malah Allah SWT telah menyediakan insentif paling istimewa pada 10 akhir Ramadan, iaitu Lailatul Qadar atau malam penuh kemuliaan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. - Al Qadr 97: 1,2 dan 3

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman bahawa Rasulullah SAW pada hari terakhir bulan Syaaban berkhutbah di hadapan para sahabat yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya kmu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardu di bulan Ramadan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardu di bulan yang lain.

Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah syurga. Ramadan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin. Sesiapa memberi makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa, tanpa sedikitpun berkurang (pahala yang berpuasa).

Betapa keghairahan persiapan untuk menyambut Aidilfitri telah mengenepikan 'bonus besar' yang sepatutnya diperoleh setiap jiwa yang beriman di bulan Ramadan.

Aidilfitri pertama yang berlangsung pada 1 Syawal tahun 2 Hijrah bergema dengan takbir di seluruh Madinah bagi merayakan kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah di Perang Badar. Pada hari-hari Aidilfitri seterusnya, takbir dilaungkan tanda kesyukuran atas kemenangan dalam jihad melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan.

Malangnya pada hari ini, ramai umat Islam terlebih tumpu kepada persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Anehnya peperangan melawan hawa nafsu belum habis, kita lebih sibuk dengan persiapan untuk kononnya merayakan hari kemenangan.

Kemenangan apa jika jihad perjuangan sudah kendur pada hari-hari terakhir Ramadan? Ibarat berlumba lari, kita memperlahankan langkah ketika hendak sampai ke garisan penamat setelah begitu pantas memecut pada awal perlumbaan.

Inilah fenomena umat Islam di Malaysia pada hari ini. Puasa sebulan, beraya pun sebulan. Hadiah kemenangan yang hakiki berupa rahmat dan keampunan daripada Allah belum tentu dapat, tetapi yang bertambah subur ialah nafsu yang dibajai untuk menyambut Aidilfitri.

Dan turut memeriahkan sambutan ialah budaya yang tidak kena mengena dengan syariat agama. Lagu-lagu raya berkumandang lebih lantang daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi mercun menjelang Aidilfitri lebih hebat daripada gema takbir. Pemberian 'angpau' seolah-olah jadi suatu perkara yang wajib.

Astaghfirullah! Marilah kita kembali kepada landasan yang betul. Berlari kencanglah dari awal hingga ke garisan penamat Ramadan. Pasti kita akan merasai betapa syahdunya takbir di ambang Aidilfitri. Hancur luluh jiwa dan perasaan melaungkan takbir mengagungkan nama Allah Yang Maha Agung. Itulah tanda kemenangan sejati.


P.S: ini merupakan rencana yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2011. Satu rencana menarik yang rasanya...macam satu pukulan tepat ke muka kita! hehehe...

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...