Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

A reminder for all

Tuesday, March 10, 2009
Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and Nakeer(names of two special Angels), come in the grave and try to separate this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is my companion, he is my friend. I will not leave him alone in any case. If you are appointed for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him admitted into Paradise '.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Kecoh!

Friday, February 27, 2009

Nampaknya politiking di Malaysia ini semakin menyesakkan. Kadang-kadang apabila membaca berita mengenai suasana politik di negara kita umpama menonton drama atau telenovela asing yang sendat dengan suspens dan kontroversi. Sebelah pihak mengatakan itu dan sebelah pihak yang lain akan mengatakan ini, tapi kebenarannya kedua-dua belah pihak masih mempunyai masalah dalaman sendiri yang belum tentu kesudahannya. Sebagai rakyat atau pembaca berita, keadaan sebegini menyesakkan lagi kepala kerana banyak hal lain yang perlu difikirkan. Namun apa yang boleh dilakukan,selagi kedua-dua pihak masih mahu bercakaran, terpaksalah kita mendengar dan membacanya... (maaf sekiranya post ini menyinggung mana-mana pihak)

Polemik Politik di Perak

Wednesday, February 11, 2009

Polemik lompat melompat ini semakin menjadi barah kepada rakyat terutamanya yang berada di Perak. Rasanya cukuplah pertelingkahan ini kerana tiada seorang rakyat pun akan mendapat keuntungan darinya. Tahanan yang ditangkap pada hari demontrasi diadakan tidak akan mendapat apa-apa selain jaminan dipenjarakan untuk satu jamgka masa yang belum ditentukan. Apakah nasib mereka-mereka ini akan dibela oleh para pemimpin yang bertelingkah ini? Rakyat umpama sang kancil yang berada ditengah-tengah perjuangan sang gajah. Terhimpit dan lemas. Terhimpit kerana tidak tahu pihak yang mana satu betulnya dan lemas dengan permainan politiking yang cukup rumit dan jelak untuk dijelaskan. Anak-anak yang ayahnya ditahan akan menunggu dirumah dengan seribu harapan dan merenung masa hadapan yang tak pasti. Bukanya mahu bias di sini tapi cukuplah dipermainkan perkataan rakyat ini. Itu rakyat ini rakyat. Tapi apabila memandu Toyota Camry, hanya asap dapat dihidu rakyat. Bukan bermakna setiap rakyat perlu dihadiahkan dengan Toyota Camry tapi cukuplah dengan pesanan kepada rakyat agar menjaga adab dan sopan. Adab menjadi taruhan ketika ini apabila Institusi Raja disanggah dan diugut dengan saman. Sekiranya J.W.W Birch boleh bangun dan berkata-kata mungkin si penjajah ini akan meminta kita hidup aman damai dan jangan diganggu Institusi Raja lagi. Semoga tiada lagi warisan Datuk Maharajalela untuk mempertahankan kedaulatan Sultan supaya kekecohan tidak berpanjangan. Yang pastinya beberapa persatuan dan NGO-NGO sudah mula bersuara namun adakah suara-suara mereka ini akan berpanjangan? Hanya masa akan menentukan. Semoga tiada satu lagi peristiwa hitam berlaku di tanah air tercinta ini kerana kita akan mewariskannya kepada anak-anak dan cucu cicit kita nanti. Buka mata dan mendengar dengan bijak bukan buka mulut dan mengangkat tangan sambil melaungkan kata-kata nista! Wallahualam….
P.S: Berita serangan di GAZA pun dah tak dapat melawan berita di Perak!

Lompat-Melompat

Thursday, February 5, 2009
Aduhh...pening-pening! Banyak sungguh aktiviti lompat-melompat ni. Lompat ke kirilah, lompat kekananlah. Apa yang nak jadi ni? Yang dah lompat keluar, lompat masuk balik pun ada! Pening-pening. Yang penting (bukan kerjasama ha...) semua yang melihat aktiviti lompat-melompat ni tak berpusing kepala dan naik minyak sudah....

Zaman sekarang yang gila....

Wednesday, February 4, 2009
Banyak perkara yang bermain di dalam kepala aku ketika ini. 26 Januari lepas ada aku terbaca satu artikel dimana editor sebuah surat khabar menulis mengenai remaja melayu yang ramai terlibat dalam pemujaan syaitan melalui muzik. Tulisannya yang bersandarkan kepada kajian yang dibuat oleh sekumpulan cendakiawan dari UIA mendapati remaja melayu sekarang terlalu obses dengan perkara-perkara yang hitam dan gelap ini. Muzik yang dikaitkan adalah jenis yang hitam juga. Black Metal. Apa yang ada di dalam kepala anak muda kita ini? Muzik adalah muzik, jangan terikut-ikut dengan kehidupan si pemuzik ini. Aku pernah terbaca satu komen yang di buat oleh seorang penyanyi black metal yang berasal dari Norway (dari kumpulan Gorgoroth) mengatakan bahawa segala jenis fahaman atau apa-apa yang berkaitan dengan satanisme adalah gimik semata-mata kerana baginya untuk bermain muzik yang keras, isinya perlu keras juga! Fikirlah wahai remaja sekalian. Keduanya apabila aku terbaca satu luahan yang dibuat oleh seorang perempuan yang beragama Islam yang mengatakan beliau telah diberhentikan hanya kerana beliau bertudung semasa kerja. Yang menjadi masalahnya disini ialah hal berkaitan tudung ini diungkit dan dipersoalkan oleh seseorang yang beragama Islam juga! Apa nak jadi ni? Haru biru betul....Semalam pula aku ada masuk satu blog yang betul-betul menyakitkan hati apabila profile penulisnya menggunakan nama Nabi Muhammad SAW! Astaghafirullah...semua penulisanya menghina Rasulullah dan Islam. Yang menjadi kemusykilan ialah penulis ini menggunakan Bahasa Melayu untuk penulisannya dan mengaku dirinya adalah murtad! Nauzubillah.....Dah gila gamaknya dunia sekarang ni?

Selamat Bercuti dan Happy Chinese New Year

Saturday, January 24, 2009
Pertamanya, selamat bercuti kepada rakan-rakan semua tidak kira rakan-rakan dari PPM Gombak, geng-geng PKPG, member-member lama di SK Seri Kundang dan SK Batu Arang dan yang terbaru di SMK BUkit Gading. Semoga percutian akan menenangkan minda yang berserabut dan menguatkan iltizam untuk berbakti kepada anak bangsa. To my chinese friends...Happy Chinese New Year and may this year becomes the most prosperous one to you guys!!!!! Hurrah.....

P.S: Tarikh keramat semakin menghampiri......

SIGN UP NOW for IRONMAN Competition!!!

Friday, January 23, 2009



Got this from Nana..HAHAHAHAHA!

Contoh Surat

Name,
Address.
__________________________________________________________

Kementerian Pelajaraan Malaysia
Bahagian Tajaan Pendidikan
Aras 12-13, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62640, Putrajaya.
(U.P: Pn.Nor Azimah Abas)


Puan,
Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

Saya, ****(NO KP. *****), Pegawai Perkhimatan Pendidikan Lepasan Diploma telah mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) ambilan 2005/2006 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

2. Saya ingin memohon pengurangan sebanyak 75% daripada pinjaman pelajaran PKPG yang berjumlah RM **** berdasarkan syarat-syarat kelayakan. Saya berjaya memperolehi CGPA sebanyak *** iatu purata mata gred terkumpul hasil daripada pengajian saya di sini.

3. Saya menyertakan salinan kelulusan cuti belajar yang telah disahkan, transkrip keputusan peperiksaan dari semester 1 sehingga semester 6 yang telah disahkan serta skrol pengijazahan yang telah disahkan.

Saya amat berharap pihak puan akan mempertimbangkan permohonan saya ini. Kerjasama dan pertimbangan pihak puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
……………………………………..
(****)


P.S: Kepada kawan-kawan ku, cepatlah hantar surat permohonan sebab dikhabarkan pemotongan akan mula dibuat pada tahun ini. This sample is taken from tesolian hotspot. Thank you.

Boikot ke tak ni?

Nampaknya masalah pemboikotan barangan buatan Amerika ni sudah menjadi masalah nasional pula. Ditengah kekalutan ekonomi dan kegawatan peluang pekerjaan, tindakan memboikot ini umpama telah backfired kepada kita di tanah tercinta ini. Mengikut perangkaan terbaru, hampir 200,000 orang akan diberhentikan dari pekerjaan. Paling teruk terjejas ialah mereka-mereka yang bekerja di sektor perindustrian. Satu persoalan telah timbul, boikot atau tidak? Kawan aku memberikan satu alasan yang berbeza dimana dia berpendapat bahawa tidakan memboikot ini akan merugikan kita rakyat Malaysia kerana kebanyakkan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang Amerikan ini diisi oleh anak bangsa kita juga. Jika kita boikot, apa yang akan terjadi kepada anak bangsa kita ini?( Itupun setelah dia datang ke mesyuarat dengan segelas large Coke dari McDonald!) Apapun, kita perlu bertindak dengan bijak. Tapi...apakah kita masih boleh dikatakan memboikot apabila handphone kita masih lagi dipenuhi dengan lagu-lagu penyanyi dari Amerika? hahahaha....fikirlah beb!

A vacation @ Bacpacking Trip to Sabah

Saturday, January 17, 2009
Sabah...here we come. This will be my first backpacking trip and I can't wait for the trip to be true. I always heard about how good to go for a backpacking trip from my friends ( I heard Arul has gone until Cambodia for backpacking trip) and this March my dream will come true. Even though the plan doesn't include Mount Kinabalu,but it still enough for the first trip (might be going again to conquer Mount Kinabalu). Thanks to Bentara Rimba for planning such trip and include me in.Huhuhhu....

Kemusnahan Merata-rata!

Tuesday, January 13, 2009

Tiada apa yang dapat digambarkan apabila melihat berita dunia yang menunjukkan kerakusan askar yahudi laknat mengganyang penduduk Palestine. Perasan sedih dan takut menyelubungi diri. Pertama kerana melihatkan betapa murahnya nyawa orang Islam ditindas dan diperkotak-katikkan oleh satu bangsa yang hanya tahu 'seek and destroy' itu! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! Seluruh dunia ketika ini melaung-laungkan kemarahan dan kegusaran agar Israel Laknat menghentikan serangan. Kita di Malaysia tidak dapat membantu dari segi fizikal dan ketenteraan tapi kita masih boleh membantu dengan memboikot apa yang boleh bagi memberi sedikit kesan kepada bangsa setan ini! Boikkot jangan tak boikot! Amerika umpama anjing yang duduk menunggu arahan dari tuannya dan akan menyerang apabila tuannya diserang. Apakah yang akan terjadi? Semoga Allah swt akan memberi kemenangan kepada iman rakyat Palestine yang ketika ini masih bingung dan panik menyelamatkan diri....Allahuakbar!

gambaq...

Sunday, January 11, 2009

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Final)

Wednesday, December 10, 2008
(sambungan)...Tak ketinggalan ialah gerai air tebu dan gerai zonice. Aku ada jugak la beli sehelai dua t-shirt buat kenangan. Ada jugak rasa kesalan dihati sebab jambori kali ni tak dapat official t-shirt jambori dan t-shirt yang dijual pun tak ada satu pun bearing logo jambori. Sayang. Dihari-hari terakhir ni pun kami masih sempat dengan aktiviti jalan-jalan cari makan kami. Kali ni Kinto membawa kami ‘ngesop’ di sebuah kedai yang baginya memang amat ‘kick’ dengan siap terajang semua cukup. Hehe..Memang sedap pun! (mana taknya, makan free…huhuhu). Malamnya hujan turun lagi dan membuatkan groundsheet berair dan tidak selesa diduduki. Di tapak kawad acara perasmian penutup sedang berlangsung. Kontijen Selangor ada memenangi beberapa anugerah. Kawad tongkat memenangi tempat ketiga, pameran tempat kedua dan kebudayaan juga ditempat kedua ( eh..ye ke? Aku dah lupa la). Apabila majls penutupan tu tamat, Kinto singgah di kanopi kami dan mengajak kami bermalam dirumahnya. Ajakan Kinto memang menarik apabila melihatkan keadaan khemah dan tempat pembaringan aku dan Fizi. Tapi pada masa tu Fizi dah tidur dan bilangan kami yang seramai empat orang itu memerlukan kereta untuk kesana. Memandangkan hanya Fizi saja yang berkereta jadi aku dan Che Bad menggerak dia bangun untuk kerumah Kinto. Dengan keadaan mata yang masih bertutup, Fizi meminta aku yang memandu keretannya. Aku pun setuju. Pada masa tu hujan masih turun renyai-renyai. CHe Bad menunggu diluar kereta untuk member arahan sebab keadaan gelap sangat. Tiba-tiba bila kau menekan minyak aku rasakan tayar kereta mulai tenggelam di dalam selut. Aku terus berhenti menekan minyak. Kemudian Fizi mengambil alih dan menekan minyak dengan agak kuat yang bertujuan untuk mengeluarkan keretanya dari selut yang mula membuatkan keretanya tersangkut. Namun tindakan Fizi menenggelamkan lagi tayar kereta. Aku mula rasa bersalah apabila Fizi mengatakan bumper dia pecah. Che Bad pun aku tengok ada rasa bersalah jugak tu. Hehehe… Aku dan Che Bad mula mengorek lubang dan mengisinya dengan batu-batu. Dari sebuah kereta Wira, aku rasa kereta Fizi dah bertukar menjadi Jip 4WD. Che Bad kata dia ada terdengar Fizi kata “ Wira, transform!” (hahaha…buat lawak untuk kurangkan rasa bersalah!). Berkat kesabaran dan sedikit perasaan takut, akhirnya kereta Fizi berjaya dikeluarkan! Bila dah berjaya dikeluarkan, apa lagi…kami pun terus kerumah Kinto untuk bermalam disana (jangan la sapa-sapa dari jawatankuasa Kontijen baca post ni..amin!) Sampai disana kami terus menggunakan kemudahan yang ada secara maksimum, mandi sepuas-puasnya dan melayan blog PPM Gombak sambil chatting kat cbox. Murshid terus tidur. Aku pun dalam bercakap-cakap terus tak sedarkan diri. Heheh…letih beb!

Hari keenam- Hari untuk berangkat pulang. Kinto masih tidur masa kami bertolak balik dari rumahnya. Sampai sahaja di tapak perkhemahan, aku beruniform penuh untuk bertugas bagi adat menurunkan bendera. Jambori di Johor ni boleh dikatakan perkhemahan pertama aku selepas 4 tahun bercuti dari dunia pengakap. Dengan suara yang dah serak aku teruskan juga memberi arahan (aku buat silap pulak tu masa memeberi arahan…heheh) Apabial bersurai, aku dapati Che Bad dah bertolak balik dengan motor Kriss hikmatnya tu. Kami pun menurunkan khemah dan kanopi bersiap-siap untuk pulang ke Gombak. Hampir jam 11.30 barulah kami dapat bertolak pulang kerana berpuluh-puluh buah bas beratur untuk mengambil para peserta pulang. Perjalanan pulang pun kami masih disirami air hujan dan tersangkut didalam kesesakan jalanraya. Jam lima lebih kami tiba di Hill Crest.

Berjambori pada kali ini meninggalkan banyak kenangan manis dan mengikat lagi persahabatan yang terjalin. Nampaknya kemasukkan semula aku ke dalam PLD Gombak seperti menggantikan seorang ahli yang aktif dan berpengalaman. Murshid akan berpindah ke Hulu Selangor yang mana memungkinkannya berada di bawah PPM Hulu Selangor pula. Tapi pengalaman aku akan disambung pula dengan plan ke Sabah pula pada tahun depan bersama geng-geng di Gombak. Backpacking trip selama 5 hari 4 malam (ye ke Rosdi si Bentara Hutan?) Heheh………TAMATED!

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Pt.4)

Thursday, December 4, 2008
Pada saat ini semua peserta dari Gombak telah bangun dan bersiap untuk bertugas menyiapkan sarapan untuk kontijen Selangor. Ketika itu, Fizi masih lagi mamai sementara Murshid dan Che Bad seakan-akan turut bersiap untuk membantu didapur. Aku meminta supaya Fizi menunggu aku sekiranya ingin ke masjid untuk mandi pada pagi itu. Aku masih lagi ingat kata-kata Fizi waktu itu “ Zal, kau bertugas dulu, bila nak pergi masjid nanti gerak aku”. Aku dengan semangat berkobar-kobar terus ke dapur dan membantu apa yang patut. Apa yang menghairankan aku ialah, si Murshid dan Che Bad masih tak sampai-sampai ke dapur walaupun pada ketika itu aku dah menggoreng bihun untuk kali ke dua dah. Tiba-tiba ada seorang peserta datang dan menyerahkan kunci motor Che Bad kepadaku. Rupa-rupanya diorang dah ke masjid bersama-sama Fizi! Celaka…aku dah kena tipu! Hahaha…Hati aku menggelegak seperti mana rencah yang aku sedang sediakan untuk gorengan kali ketiga. Pada masa yang sama hujan sedang mencurah-curah turun dengan lebatnya. Kali pertama sejak kami berkhemah, hujan turun dengan lebatnya. Aku terbayangkan tempat beradu aku dengan geng-geng aku kerana limpahan air seperti tsunami pada ketika itu. Aku hanya sempat meminta seorang peserta untuk menutup atau berbuat sesuatu bagi menyelamatkan barangan yang ada di atas groundsheet. Pada jam 7.30 pagi, Che Bad dan Murshid tiba didapur dengan badan berbau wangi (celaka lagi!) Heheheh…Melaporkan bahawa kawasan khemah kami ditenggelami air separas pinggang (takdelah, paras buku lali ja…). Sedih jugak aku, kerana semua pakaian aku ada dalam backpack aku dan ada yang disidai di kanopi. Apabila aku kembali ke kanopi, uniform aku dan seluar-seluar aku semuanya lencun dan yang paling best ialah bila Che Bad Nampak sepasang seluar yang terlipat elok tetapi submerge dalam air. Dia kata “ Jangan seluar aku sudeh!” tetapi harapannya hancur sebab memang seluar dia pun! Hahahaa…cantik je terlipat dalam air yang agak jernih (terkena tulah aku le tu…). Setelah kemas dan sidai apa yang patut aku pun ke masjid untuk mandi. DI masjid aku terjumpa dengan kawan lama yang mengajar di Johor yang turut menyertai Jambori. Kalau tak salah aku la, dah hampir dua belas tahun tak jumpa. Huhuhu….

Sebelah tengaharinya bila aku sampai ditapak perkhemahan masing-masing dah bersiap-siap untuk ke Tanjung Piai. Masing-masing beruniform penuh. Segak dan bergaya kecuali beberapa orang yang terpaksa memakai seluar yang basah dan agak kusam ke Tanjung Piai. Kami difahamkan bahawa tempat yang akan kami lawati ini merupakan bahagian ter selatan benua asia. Fuyoo…kira cipta rekod jugak ni. Para peserta bergerak mengikut patrol masing-masing dan kami Berjaya menaiki bas yang agak awal ke sana. Namun agak kecewa kerana bas yang kami naiki penghawa dinginnya tak berapa dingin. Macam angin kipas je. Yang lawaknya apabila ditanya kepada pemandu bas dia memberikan alasan bahawa bas baru dihidupkan jadi tak sejuk la lagi aircondnya tapi dah separuh perjalanan pun masih macam tu jugak! Hampir jam 4.30 petang kami sampai di destinasi. Kami dikumpulkan dahulu oleh pekerja pusat tersebut dan diberikan taklimat mengenai peraturan dan maklumat mengenai tempat tersebut. Kemudian kami bergerak secara berkumpulan. Apa yang kami dapat lihat disepanjang laluan yang kami lalui hanyalah pokok dan ketam bakau. Tuan Haji Bustamin memang ‘cool’, sempat di ayat beliau pekerja wanita dipusat tersebut. Hasilnya kami dapat naik pondok peninjau yang orang lain tidak dibenarkan menaikinya. Hehehe…syabas Tuan Haji. Diakhir lawatan kami dibawa ke hujung jeti pusat tersebut yang membolehkan kami melihat Singapura dan Pulau Karimon, Indonesia. Di hujung benua la katakan ! Sebelum pulang kami membeli sijil yang mengesahkan kami telah berada di hujung benua Asia dan sesi bergambar dihadapan pusat tersebut. Memandangkan masing-masing sudah keletihan, apabila naik saja bas untuk pulang, rasa-rasanya hampir semua peserta terus melelapkan mata sehinggalah tiba di Kem Tanjung Labuh. Pada sebelah malamnya aku hanya lepak di bawah kanopi sambil berbaring kerana keletihan. Che Bad dah senyap sunyi didalam khemahnya. Peserta lain kebanyakkannya menyaksikan pertandingan akhir malam kebudayaan di pentas utama Jambori. Pada penamat pertandingan itu kelihatan percikan bunga api di langit. (tak ada la macam sambutan tahun baru..heheh). Kemudian berhuha-huha dengan Kinto dan family dia… dan tanpa disedari zzzzzzzz…..

Hari yang kelima – Para peserta bersiap awal untuk sesi bergambar bersama troop masing-masing. Pengambaran diuruskan oleh jawatankuasa dokumentasi Kontijen Selangor. Setelah selesai para peserta meneruskan aktiviti jambori sementara kami meneruskan aktiviti shopping! Hehehe….membeli buah tangan untuk semua ahli PLD Gombak. Haa…baru aku teringat, aku sebenarnya ditugaskan menjual lencana korobori Gombak, tetapi aku tak dapat menjual banyak kerana kebanyakkan peserta mahu trade-in atau bertukar-tukar lencana dari membeli. Sori boss...Pada hari terakhir aktiviti alhamdullilah semua peserta dari Gombak Berjaya mendapatkan lencana aktiviti masing-masing. Terima kasih kepada si Wahib peserta dari Gombak Setia yang banyak membantu (tapi pelik jugak…si Wahib ni Penolong pemimpin dan juga Kelana) tak kisah la janji dapat lencana. Hehehe… Di hari-hari terakhir ni, kami mengambil kesempatan meronda-ronda tapak jambori dan melawat kontijen-kontijen yang menyertai jambori. (bersambung lagi daa...)

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Pt.3)

Thursday, November 27, 2008
Hari kedua – Keadaan tandas dan bekalan air semakin daif dan menyesakkan kepala. Kebanyakkan pemimpin keluar ke masjid berdekatan untuk mandi dan menunaikan hajat besar di sana. Che Bad dan Murshid seawal pagi sudah ke sana. Tinggal aku sahaja yang masih berbungkus. Para peserta kebanyakkanya sudah siap beruniform untuk perhimpunan pagi. Ada peserta memaklumkan bahawa mereka terpaksa mandi ala-ala P.Ramlee kerana ketiadaan air di bilik air. Hal ini berlaku kerana pihak penganjur tidak menjangkakan kehadiran peserta melebihi 4000 orang kerana mengikut pendaftaran awal hanya 3000 orang peserta sahaja. Aku pun turut beruniform setelah keluar menyucikan diri di masjid berdekatan. Pada perhimpunan pagi pertama kami dimaklumkan bahawa aktiviti akan hanya bermula pada keesokkan harinya kerana para peserta akan bersiap sedia untuk majlis perasmian . Menariknya kawasan perkhemahan Gombak turut didiami oleh Pesuruhjaya Daerah Klang, Tuan Haji Bustamin, Raj (ADC Klang) dan Norhafizi (ADC Kapar); kehadiran insan-insan ini memeriahkan lagi jambori yang dihadiri kali ini. Pada sebelah tengahari, kami mula menjengah gerai Zonice yang menjual alat-alat berpengakapan.Che Bad dan Murshid pula sibuk mencari gerai yang menjual peralatan berpengakapan dari Melaka yang kononnya lebih murah dan pelbagai barangan jualannya. Tetapi apakan daya , pencarian kami gagal. Pada waktu yang sama, para peserta dari setiap kontijen sedang menjalani latihan bagi perasmian jambori di tapak perhimpunan. Sekembalinya kami dari rondaan rasmi kami (hehehe), aku telah dimaklumkan untuk mengambil kit jambori dari urusetia kontijen Selangor. Setiap peserta dapat sebuat beg, skaf,buku aktiviti dan lencana jambori yang berbentuk berlian sementara para pemimpin hanya dapat sebuah beg dan lencana sahaja ( hairannya para pemimpin turut membayar jumlah yang sama untuk menyertai jambori ini. Ehmm…) Pengagihan pas/tag jambori juga tidak sama. Ada para pemimpin yang memakai tag participant ( kami panggil parti cipan) dan ada juga yang mendapat tag scout leader dan ada juga yang mendapat secretariat (Kinto..hang la tu). Namun atas semangat berpengakapan tak kisah la apa tag yang dipakai sekalipun, janji ada tag. Pada hari yang sama, kami uga diinfokan bahawa ada beberapa aktiviti yang dipertandingkan di Jambori itu seperti Kawad Tongkat , pidato (cerita-cerita hutan) dan persembahan kebudayaan. Untuk kawad tongkat, peserta dari Gombak menggalas cabaran untuk negeri Selangor sementara untuk persembahan Kebudayaan, peserta dari Kuala Selangor terpilih untuk berentap dengan kontijen yang lain. Pada sebelah malamnya, seperti biasa kami mula menuju ke masjid untuk menyucikan diri. Kinto datang dan mengajak kami keluar untuk mencuba asam pedas yang dikatakan sangat mahsyur di Batu Pahat. Kami juga turut dibawa meronda sekitar kawasan Bandar Batu Pahat (Kinto memang anak jati Batu Pahat). Antara kawasan yang dibawanya kami adalah dataran Batu Pahat yang mempunyai tugunya sendir i (ada batu besar yang sedang dipahat dengan tangan terapung..huhu) dan dia juga menunjukkan kawasan remaja-remaja disitu melepakkan diri dan kawasan di mana insan dua alam sedang mencari ‘mangsa’. ( Hahaha..hairannya si Kinto ni kenal nama-nama insan dua alam ni…hahahah- Ed: Tapi tua la diorang tu Kinto! Badan punya la sasa. Boleh ajak gaduh tu…). Malangnya kedai asam pedas yang dituju sudah hendak ditutup (Penangan si Rambo…tapi, Che Bad bukan hang mintak pusing dua kali ka kat dataran tu?) Akhirnya kami lepak kat kedai mamak. Bila sampai di tapak kem,semua terus zzzzzzzzzzzzzzz…!

Hari Ketiga – Para peserta mula sibuk menyiapkan diri dengan uniform penuh untuk perhimpunan pagi. Kami juga turut sibuk berangkat ke masjid untuk mandi dan solat. Setelah tamat perhimpunan pagi para peserta mula menukar baju untuk memulakan aktivi jambori. Pada hari pertama, Kontijen Selangor hanya akan menjalankan aktiviti Warisan dan Global. Pada mulanya kami mengiringi patrol masing-masing. Tapi apabila ramai yang mahu melakukan aktiviti lain, kami terpisah dengan patrol masing-masing. Cuaca adalah sangat panas dan terik. Kemudiannya Kinto membawa kami ke tapak Lapangan terbang di situ. Sebelah petangnya kami meronda lagi tapak jambori sambil pekena air tebu (heheh! Che Bad..aku rasa kita dah kena guna-guna la dengan toke gerai tu)Malamnya kumpulan kebudayaan mula bertanding diperingkat sub-kem dahulu dan kontijen Selangor akan mewakili Sub-Kem Endau Rompin ke final. Dalam mesyuarat malamnya, Gombak telah diarahkan untuk bertugas di dapur dari jam 6 hingga 9 pagi keesokkan harinya.

Hari Keempat – Beberapa orang peserta yang bertugas malam turut sama lepak di kanopi kami. Kehadiran mereka sedikt sebanyak menyempitkan ruang tidur aku. Pada jam 5 pagi aku terjaga kerana terkena tempias hujan. Nak elak pun tak boleh sebab yang sepatutnya berjaga malam tidur sebelah aku ramai-ramai..aduhhh! Cara terbaik hanya zipkan sleeping beg sampai ke atas. Pukul 6.15 aku dikejutkan pula supaya bertugas di dapur. (bersambung...)

Jambori Antarabangsa Johor (Pt.2)

Setibanya kami di Kem Tanjung Labuh, kami mula menurunkan segala peralatan dan barang-barang peribadi dan menunggu arahan selanjutnya dari petugas yang berada di pintu pagar. Dengan keadaan badan yang agak letih setelah berada lama di atas bas, kami mengikut sahaja arahan yang diberikan dan kemudiannya mula mendaki anak bukit yang merupakan sub kem 1, subkem endau rompin adalah kawasan yang telah ditetapkan untuk kontijen Selangor. Beberapa kontijen telah berada di subkem 1, jadi kami diberitahu bahawa buat sementara waktu kami akan menumpang tapak Kota Tinggi kerana tapak yang sepatutnya kami masuk masih tidak mempunyai lampu (kira terpaksa pasang khemah secara haram dulu la…). Masing-masing dengan perasaan yang berkobar-kobar, mula memasang khemah, akan tetapi ada beberapa orang yang mengambil kesempatan dengan memasang ‘khemah’ di rumah Kinto (hehehe…). Keesokan harinya, kontijen Gombak mulai mencari tapak yang sesuai dan mula berpindah ke tapak yang ‘halal ’ untuk mengharungi perkhemahan selama 7 hari dan 6 malam.


Pada hari pertama, kami dimaklumkan (atau lebih popular dengan perkataan di’infokan’) bahawa hari pertama diperuntukkan kepada setiap kontijen untuk menyiapkan dan menyelesaikan penempatan masing-masing. Kami yang telah selesai dengan tugasan kami mula memasang angan-angan untuk pekena nasi beryani gam yang terkenal di Batu Pahat. Apabila semua peserta dari kontijen Selangor mula menjamah hidangan tengahari kami pun (ajakan Kinto sebenarnya…) memulakan perjalanan kami ke Benteng untuk ke gerai Mat Syah. Masing-masing dengan beryani ayam dan kambingnya terus membelasah sehingga habis sepinggan nasi, dan yang bestnya…kami makan free sebab Kinto sekali lagi membuat kejutan dengan membayar harga makanan kami! ( Kinto: “Bila kat Batu Pahat, ni kira Zon aku”). Terima kasih daun keladi….
Pada sebelah petangnya, kami hanya meneruskan akiiviti kesukaan kami iaitu aktiviti kuak lentang. Namun Tuan Murshid, Ketua kepada ketua troop, agak sibuk pada sebelah petangnya kerana terpaksa bertugas untuk bangsa,Negara dan kontijen! Aku dan Che bad pula mengambil kesempatan meronda-ronda sekitar kawasan jambori dan buat pertama kalinya singgah di gerai menjual air tebu yang mana telah menjadi gerai kesukaan kami sehinggalah berakhirnya jambori ( Geng-geng yang lain pun akan mencari kami di gerai tersebut sekiranya kami tiba-tiba menghilang..heheheh).Kami juga turut mengkagumi ketinggian menara yang didirikan oleh pihak urusetia yang diinfokan ingin mengatasi ketinggian yang telah dicatatkan pada jambori sebelumnya .Pada malamnya pula, kami berkesempatan menonton acara bunga api (semburan api sebenarnya…) dari pihak bomba yang datang untuk menghapuskan sarang penyengat. Terima kasih abang bomba…. Kemudian…zzzzzzzzz

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Pt.1)

Sunday, November 23, 2008
Alhamdulillah setelah tujuh hari dan enam malam berkhemah di kem Tanjung Labuh, akhirnya selamat kembali ke Gombak pada petang Khamis yang lalu. banyak suka dan duka yang dialami bersama-sama peserta dan para pemimpin kontijen Selangor. Banyak gambar diambil sepanjang 7 hari disana namun disebabkan oleh kekangan masa, insyaallah semua gambar yang diambil akan diuploadkan pada minggu hadapan. Pada hari pertama, semua peserta dari kontijen Gombak berkumpul di SMK. Hill Crest pada jam 3 petang dan bertolak selepas menunaikan solat Asar. Seorang pemimpin dari Gombak, Badlishah (tadashi) telak bertolak disebelah paginya dengan bermotor seorang diri (pergh..gila jugak mamat ni!). Sepanjang perjalanan dari Gombak ke kem Tanjung Labuh, kami disirami hujan lebat yang menggila. Bas yang kami naiki juga diikuti oleh Kinto sekeluarga dari belakang dengan Myvi nya. Setelah keras urat dan tulang belakang kami berhenti sebentar di sebuah masjid (tidak diketahui lokasinya) untuk bersolat dan berehat. Kata abang driver, kami akan sampai ke Tanjung Labuh tidak lama lagi dan kami akan berhenti untuk makan malam di Benteng, satu tempat yang terkenal di Batu Pahat untuk menjamu selera. Tuan Murshid memaklumkan bahawa kami akan pekena nasi beryani gam yang terkenal disitu. Tapi, apabila sampai di benteng, yang ada hanyalah gam kasut sahaja. hahahaha....Kedai yang menjual nasi beryani gam dah tutup la. Di Benteng juga kami berjumpa dengan tadashi yang telah sampai pada tengaharinya. (bersambung...)

Cuti Sekolah

Thursday, November 13, 2008
Pejam celik-pejam celik dah masuk minggu terakhir sesi persekolahan tahun ni. Walaupun baru posting 3 bulan, banyak kerja dan bebanan telah diletakkan di atas bahu ini. Tapi, sudah menjadi tanggungjawab untuk melaksanakan semuanya tanpa rungutan. Diakhir-akhir penggal ni semua nak kena disiapkan, dari dokumentasi program-program yang dijalankan sehinggalah kepada penyelenggaraan makmal komputer. Bila menyentuh bab makmal ni, kedudukan sekolah yang terletak di atas bukit ni, kadangkala memeningkan kepala juga sebab setiap kali hujan lebat dan kilat sabung menyabung, makmal akan mengalami kerosakan pendawaian elektrik. hahaha... Agak-agaknya, operator di pejabat JKR elektrik dah boring mendengar suara yang sama membuat aduan perkara yang sama. Selain penyelenggaran makmal dan segala yang ada di dalamnya, baru-baru ini bertanggungjawab pula menyiapkan laporan dan pendaftaran gur-guru dan pelajar-pelajar untuk penarafan sekolah bestari. Berapa bintanglah agaknya akan diberikan kepada sekolah tahun hadapan. Jadi, pada kesempatan ini ingin mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan seperjuangan yang sekarang ini tinggal di merata-rata tempat di Malaysia dan kepada yang yang akan menjalani pembedahan, kuatkan semangat dan semoga cepat sembuh! Tidak lupa kepada yang akan melangsungkan perkahwinan, selamat menempuh alam bahagia ( Bimbala, kemana agaknya ya untuk honeymoon? hahaha...). Untuk bekas rakan serumah (geng jahat) cuti-cuti ni turun la ke kuala Lumpur dan lepak kat rumah aku! Dani, jangan lupa datang rumah aku dan jangan lupa bawak duit banyak sikit sebelum kita shopping kat Low Yat. Apit, jangan lupa burn kan kat aku cerita Gokusen dengan Bleach. Nanti aku bayarkan ongkosnya.

Core 2 Quad

Friday, October 31, 2008
Dani...

Refer to this pricelist before you come down to KL!

http://images.lowyat.net/pricelist/sri.gif

the cheapest core 2 quad is RM 1099!!!! baru cpu tu...

Sharing...

Friday, October 17, 2008
Ni ada tip untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah dengan RAM atau ke 'slow' an komputer atau laptop- laptop. Sebenarnya kita boleh menggunakan memory dari hardisk untuk digunakan pakai sebagai RAM. Tak semua yang tahu bagaimana nak settingkannya dan mungkin ramai yang dah tahu buat. Tak kisah la, janji rock kan? Caranya ialah:

  1. dengan menggunakan mouse, klik kanan apabila cursor berada di My computer.
  2. pilih properties
  3. klik advance
  4. pilih performance
  5. di performance klik setting
  6. kemudian pilih advance
  7. di advance sila pilih virtual memory
  8. di kotak virtual memory klik change
  9. pilih custom size
  10. kemudian set kan initial dan maximum size yang dicadangkan!
  11. Lastly, klik set.
Jadi, memory pc atau laptop anda akan bertambah. Senangkan?

Untuk apa-apa masalah atau pertanyaan, sila komen didalam blog ini. Terima kasih.

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...