Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Broga Hill anyone?

Wednesday, April 7, 2010

taken from: www.manmeng.net

Pemantauan ICT

Monday, April 5, 2010

hehehe....patut la tak boleh nak lengkapkan pemantauan ict tu...

farewell and Goodnite

Wednesday, March 31, 2010

Cross country dan XPDC ke LOLO Nuang

Tuesday, March 30, 2010









Hujung Minggu yang Sibuk...

Monday, March 29, 2010
Fuhhh...penat gila dua tiga hari ni. Cuaca pun panas. Jumaat dan Sabtu lepas bantu Cikgu Hafiz kat SMK Lembah Keramat, jadi fasilitaor untuk program perkhemahan. Ahad pulak pergi naik gunung Nuang (tapi sampai Lolo saja la..) sebab nak try cross country dengan basikal gunung aku. Hehe. Mendakinya dekat dua jam lebih, tapi bila turun...35 minit ja! Dahsyat. Laju gila masa menuruni laluan kat situ. Aku hampir-hampir nak masuk gaung. Hehehe...Disebabkan itu, aku rasa aku perlu upgrade sikit lagi basikal aku ni. Mungkin aku perlu menubuhkan satu dana dalam masa terdekat ni untuk memasang brake hidraulic pulak. Hehehe...Apapun, kepada kengkawan sependakian dan sepengkayuhan aku, trip kelmarin memang enjoy dan best gila!!! hahahaa...

Kerenah pelajar zaman kini...

Tuesday, March 23, 2010
Aduh...budak-budak buat hal lagi! Tiga minggu lepas malaun mana tah dah curi helmet KHI aku kat sekolah. Hari ni member aku pulak hilang handphone Nokia E71 yang baru dibeli. Aduhai, budak-budak zaman sekarang dah berani dan tak hormat kepada guru lagi. Barangan guru-guru pun dah di rembatnya. Nak kena pasang cctv ni....

P.S: kalau aku jumpa budak yang rembat ni mau aku bercakap dengan kaki kat diorang ni....heeii

How to remove " Please select the operating system to start".

Friday, March 19, 2010
How do I remove "please select the operating system to start" screen?: "

1. Go to Start > Run and type in: MSCONFIG , and hit enter,
2. Click the BOOT.INI tab.
3. Next, click 'Check All Boot Paths'.
4. This procedure should correct your BOOT.INI file."

Trip ke Sabah lagi...

Tuesday, March 9, 2010
Kalau la trip ni menjadi kenyataan, bermakna aku akan terbang lagi ke Sabah untuk kali ke dua tahun ini. Bulan Februari lepas aku dah panjat Gunung Kinabalu dan kali ni katanya untuk lawatan penanda aras staff sekolah aku ( dan aktiviti heng sana dan heng sini juga. hehehe...). Nak pergi ke tak?Kena mula menyimpan dah ni...huhuhu.



taken from :www.sabah.edu.my

Off-road anyone?

Just started my new hobby: mountain biking. Even though it sounds really extreme, but I've never have the chance to ride my bike off-road! Huh, what a waste. Thought of having my first off-road ride this Saturday, but the plan has gone "kebaboom" when I have to attend one programme at my school this Saturday. *Sigh*. The best thing is, I'm gonna have one week holiday next week and maybe the ride will become a reality. Yeaa.....too excited when I think about it. hehehehe...
pic taken from: www.foesracing.com

P.S: nak cuba buat macam ni..hohooho!

Geng Jahat

Saturday, March 6, 2010

Mi Familia...


hehehe...this application is really nice....go to this site: http://www.freeflashtoys.com/ILEt

P.S: Tasha...thanx!

Kantin oh kantin!

Friday, March 5, 2010
Aduhh...dah empat hari kantin sekolah tutup kerana diarahkan tutup selama dua minggu oleh kementerian kesihatan. hal ini telah menimbulkan beberapa komen nakal dari para pelajar mengenai kes tersebut. Apa pun komen yng diberikan oleh para pelajar, hal ini telah menyukarkan aku untuk mendapatkan (beli la...) air yang sejuk dikala musim kemarau ini. Aduhh...susah betul.

P.S : kena beli peti ais nih..hehehe



Projek mencantikkan meja kantin.

Bleach

Thursday, March 4, 2010

I've fulfilled my dream...yeaahhh!!!

2.00 pagi sebelum mendaki ke puncak dari Gunting Lagadan Hut. Huuh, macam nak mendaki Gunung Everest. hehehe...
Di atas puncak- Lowest Peak, bersama-sama rakan sependakian! (bangga oo..)
Pemandangan Laban Rata Hut pada jam 6.00 ptg. Amat cantik dan sejuk (10 darjah celsius) Kejayaan menawan puncak tak dapat digambarkan dengan kata-kata...(sebab terlalu penat nak berkata-kata...hehehe)

Crash Boom Bang


Aduhhh...macamana la aku nak mengajar ICTL bila komputer kat lab aku ni asyik crash boom bang je hari-hari? Ni la bahana apabila masih lagi menggunakan pc yang diterima pada tahun 2002. Dah masuk lapan tahun tu dan ram pun hanya 128mb, jadi macamana nak beroperasi dengan efektif? Kehadiran pelajar pun macam air laut, sekejap pasang sekejap surut. hehehe...pening jugak memikirkannya apabila menjadi penyelaras makmal ni.Hmmm....semoga permohonan pelupusan diluluskan dan akan menerima komputer yang baru secepat mungkin, Amin! Selasa lepas Kementerian baru sahaja menghantar perlatan untuk setup wifi untuk digunakan seluruh sekolah. Harap-harap kemudahan wifi ini akan membuka satu dimensi baru dalam budaya penggunan ICT di SMKBG.

Gunung Datuk, N9.

Saturday, January 23, 2010



Finally.....

Selamat Tahun Baru...2010 !!!

Saturday, January 2, 2010
Selamat Tahun Baru buat semua kengkawan yang berada di luar sana. Semoga apa yang kita rancang dan mejadi azam yang baru akan terlaksana pada tahun ini. Amin.

Defraggler

Monday, November 16, 2009
Download Defraggler from FileHippo.com
One cool defragmentation tool!

Raya...yeaaaa!

Wednesday, September 9, 2009

Hari ni dah 19 hari kita berpuasa. Zakat fitrah pun tak bayar lagi. Shopping pun tak habis lagi. Sekarang sibuk pulak dengan gerak gempur PMR. Lepas raya, Pra PMR. Nak kena buat soalan lagi ( tapi download dari internet la...hehe). Banyak kerja ni yang nak kena buat ni. tapi yang paling best, tengah merancang satu program berbasikal ke utara untuk budak-budak Form 4 and alumni SMKBG (tapi bukan la kayuh dari Sg. buloh ke Alor Setar..tu dah jadi le tua d' langkawi tu..heheh). Budak-budak ni akan naik keretapi lepas tu baru berbasikal. hehehe..


Apa pun, nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua kengkawan yang berada diseluruh pelusuk Malaysia : Geng-geng di PPM Gombak & PLD Gombak ( dan geng yang dah pindah ke HUSEL), member-member di SMKBG (terutama yang selalu dok melepak kat Makmal aku & bengkel MPV), my dearest friends from PKPG TESOLIAN's community, member-member lama di SKSK dan SKBA, geng-geng IES, member-member di Facebook, friendster dan myspace, friends in wishclubmalaysia dan yang terpenting, mi familia in BM and also in Kg. Gajah (My big bro) & my sis in Ampang.


P.S: bahasa apa yang aku taipkan ni...konfius...

Musim hujan...syokkk ooo!!!

Thursday, September 3, 2009
Haha..habis je cuti terus pergi kursus. Bila memikirkan musim hujan ni, rasanya lepak rumah lagi best. Member aku si Dani pun fikir macam tu. Tapi apakan daya, apabila 'saya yang menurut perintah' ni...kursus aje la. Seminggu aku balik kampung. Puasa pertama kat kampung memang best beb! hehehe...Tapi sepanjang posa kat BM ni, hari-hari hujan. Kira posa tak terasa la letih sangat tahun ni. Pasar Ramadan merata ceruk. Di sana-sini ada jualan murah. Fuuhh..habis jugak la RM kali ni. Seminggu dua ni aku asyik hunting dslr camera. Aku dok berkenan dengan Nikon D60 ( nak beli Canon 50D macam Rosdi tak mampu oo..) tapi bila aku pi tanya kat Mines shopping complex, toke kedai tu kata aku patut tunggu Nikon D3000 yang akan launch bulan ni. Huuuh, dah tak sabar ni. Hehehe. Terpaksa pecah tabung la nak beli kamera idaman ni. Walaupun D3000 baru entry level, tapi kira oklah tu. Nampaknya mountain bike T-Bolt terpaksa tunggulah dulu. Esok nak pi Pertama survey kamera and pouch deuter (and maybe plus 15l deuter backpack), harap-harap tak hujan sebab bila hujan-hujan ni, seriau nak masuk KL. Jam gila. Bulan sepuluh ni ada satu lagi trip ke Sabah (harap2 jadila..). Boleh la pulun snorkeling lagi and ronda-ronda KK ( Di, bagi jadi wei..heheh). Oklah, chow dulu. (nampak tak gambaq kat bawah ni? Gua nak tidoq dulu..heheh)

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...