Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

FB photo zoom!

Monday, September 26, 2011

Rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi laman sosial yang digilai ramai iaitu Facebook ni. Mesti ramai yang ada akaun FB kan? Apa yang aku nak share di sini adalah mengenai aplikasi atau extension menarik iaitu FB photo zoom. Mungkin ramai dah install tapi bagi yang belum apa kata anda google 'FB photo zoom' dan install kat dalam pc atau laptop anda. Hasilnya...memang menarik. Sebelum ni kalau kita nak tengok photo atau prfile kawan biasanya kita akan buka atau klik gambar tu tetapi dengan FB photo zoom hanya d
engan menunjukkan cursor di atas gambar , ia akan membesarkan gambar tersebut dengan sendirinya. Cuba lah...

Technology,technology,technology!

Thursday, September 22, 2011

hey teachers...watch this video...the endless possibilities technology has in the classroom.

Trial

Monday, September 19, 2011
Setiap kali aku masuk kelas aku akan mengingatkan agar semua pelajar menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh tetapi ada juga suara sumbang akan menyampuk yang peperiksaan ini adalah 'cobaan' sahaja (Percubaan SPM) dan kemudiannya akan tersengih-sengih sambil menggaru kepala (tak dapat jawab la tu...hehe) dan ada satu jawapan yang aku membuat aku tersengih sendiri apabila aku menegur seorang pelajar ini yang aku tengok asyik memandang ke kiri dan kanan. "Ridz, kenapa asyik pandang ke kiri dan ke kanan tu?". Dia pun menjawab, " Cikgu cuba tengok kat kertas soalan ni, kan ditulis suruh lihat sebelah? Jadi saya pun tengok sebelah la." Satu jawapan yang rasanya perlu dibalas dengan satu libasan ke pankreas pelajar tu....huhuhuhu....sabar je lah...

Malaysia yang ku sayangi!!!

Wednesday, September 14, 2011


Sekarang ni macam-macam boleh berlaku.Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang membabitkan pokok tumbang menimpa pemandu dan penumpang sebuah van dan juga seorang guru maut dihempap pokok kelapa (Al-Fatihah untuk mangsa kemalangan..). Perlis pula ditimpa musibah banjir dan rasanya dua tiga hari ni pun hujan turun dengan lebatnya dibeberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Kesian buat pelajar yang menduduki UPSR kerana terpaksa meredah banjir untuk ke sekolah. Ramai juga penduduk yang terperangkap dirumah masing-masing menunggu bantuan untuk dipindahkan.
Selain itu, ada juga terbaca berita mengenai laporan seorang mangsa along yang meminjam wang kerana kesempitan dihimpit masalah kerana bunga yang dikenakan melambung tinggi. Pinjam seribu dapat RM300 ja. RM700 duit proses! Huuuu...gila punya bisnes. Mungkin ada yang kata 'padan muka' kepada si peminjam. Tapi kalau kita berada ditempat mangsa bagaimanakah rasanya ya? Mesti berserabut perut memikirkan macamana nak melunaskan hutang tu. Pinjam 1000 dapat 300 tapi kena bayar 1800. Seminggu interest rm450 kalau tak dapat melangsaikan hutang. Memang patut pun along ni dipanggil lintah darat, menyedut kesengsaraan orang dengan perlahan-lahan.
Satu lagi berita yang menarik perhatian ialah seorang pelajar Afrika yang ditangkap orang ramai kerana cuba mencabul seorang jurujual di Selangor. Memang kurang ajar pelajar Afrika ni. Memang bukan semua yang berperangai macam tu tetapi kerana nila setitik, habis semua baju bertukar biru! Itu belum dikira dengan kes 'black money' dan sebagainya. Kita orang Malaysia ni terlalu berlembut sangat kot? Mungkin ramai yang teruja bila tengok pelajar Afrika ni sebab terbayang-bayangkan Drogba, Welbeck dan ramai lagi pemain bola sepak yang terkenal ni. Hehehe...rasanya kita perlu memikirkan semula sikap kita yang terlalu berlembut ni supaya bangsa Malaysia tidak lagi dipijak dan ditipu bulat-bulat oleh mereka ini. Haishh...
Apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita merdeka dari jajahan unsur asing di hati, minda dan perbuatan kita. Ayuh.....

Life is Not a dream!

Monday, September 12, 2011
Life is not a dream where you can't wake up from the dream you want!

Shoot!

Saturday, September 10, 2011
1/160s F9.0 ISO 200 18.00mm
Edit: PS CS5

1/25s F3.5 ISO 3200 50.00mm
Edit: PS CS5

6 peratus!!!!

Friday, September 9, 2011
petang kelmarin sedang aku dok relaks baca surat khabar tiba-tiba aku ada menerima satu mesej dari Maxis Hotlink memaklumkan bahawa bermula 15 September 2011, setiap penambahan nilai atau top-up akan dikenakan caj sebanyak 6% untuk perkhidmatan. Perkhidmatan? Dah sememangnya Maxis menjalankan perniagaan nak dikenakan apa lagi ni? Bukan sepatutnya syarikat yang menanggung kos perkhidmatan tu ka? Aku pun bila top-up akan buat melalui online banking ja. Perkhidmatan apa pulak aku nak kena bayar ni? Pelik betul la...semua syarikat nak charge. Sama ja perangai dengan ASTRO. Mula-mula 60 lebih sebulan kemudian naik sikit, last-last.. bil terbaru dah melambung ke 120 lebih sebulan! Tu pun sebab charge perkhidmatan 6% jugak tu. Kalau tak silap, kabinet kata ASTRO tak boleh naikkan charge tanpa persetujuan kabinet. Apa punya carca marba punya cerita la bisnes kat Malaysia la ni. Aku pun nak berniaga la macam ni, semua kos perniagaan pakat-pakat share dengan pelanggan....baru la untung. Takan rugi punya lah....


Buah hati...

Peringatan!!!!

Thursday, September 8, 2011

Nak share satu video yang diambil dari youtube. Peringatan kepada semua kengkawan, saudara-mara, adik, kakak, abang dan semua la...berhati-hati apabila melepak dikedai-kedai yang ada wifi sebab kemungkinan perkara seperti yang berlaku di atas boleh berlaku pada diri kita, tak kira di mana, masa dan tempat. Yang ada laptop, smartphone dok buka dan main internet ni berjaga-jaga la ye. Dalam video ni ada dua laptop kena samun oleh penyangak samdol ( kerja tak mau...nak menyamun je kerja dia...lahanat!) Nasib baik penyamun ni tak cantas kepala pelanggan kedai mamak ni...kalau tak, tak beraya la jawabnya. Dari tarikh yang tertera kat video tu...diorang ni tengah bersahur ni. Adoiii...apa la nak jadi dengan negara kita ni????

P.S: Ya Allah jauhkanlah perkara sebegini dari terjadi kepada diriku, keluargaku dan semua hambaMu yang masih hidup dimuka bumi ini. Amin....

Kerja oi kerja!

Tuesday, September 6, 2011
Puasa sudah, raya pun sudah. Sekarang dah mula kerja. Bila pi kerja kelmarin macam-macam perasaan ada..heheehe. Biasa la first day kerja selepas seminggu punya dok pulun raya jadi urat malas pun timbul la. Tapi semua tu tak boleh nak layan sangat. Masuk kerja ja kelmarin, bertimbun-timbun kerja dok menunggu. SAPS la, nak pasang komputer la, format la...macam-macam 'la' punya dok ada. Hidung pulak asyik dok sok-sek,sok-sek dok bersin. Haishh..dah dekat lima hari dah dok selsema ngan batuk-batuk ni. Actifast dah dua papan aku telan, dok macam tu jugak. Apa pun, aku dok menunggu budak-budak aku menjawab soalan paper aku esok dan bersiap sedia untuk menanda kertas seberapa pantas yang boleh (selalunya aku yang last...)hehehe...Buat para pelajarku..Selamat menduduki Trial SPM 2011..ganbatte!

P.S: jom kengkawan kita layan trek FRIM Sabtu ni...dah lama tak ride off-road ni...best,best!

D-Beat

Sunday, September 4, 2011

Balik Kampung...hoohoho...balik kampung!

Friday, September 2, 2011


Adoyaii...penat betul hari ni. Perjalanan pulang dari BM ke KL memenatkan...tak boleh nak speed langsung. Jem gila highway hari ni. Ingatkan pulang pada hari raya ketiga dapat drive dengan setenang-tenangnya tapi harammm...ha
hahaha. Ramai yang fikir macam aku juga nampaknya. Kereta dari arah utara ke selatan banyak dan padat, kereta dari selatan ke utara pun sama padatnya. R&R jangan cerita la, parking penuh. Nak guna tandas pun kena beratur panjang. Masa berhenti kat Simpang Pulai tadi alhamdulillah aku dapat parking kereta dekat dengan gerai makan. Tapi yang tak bestnya, makanan pun macam tinggal saki baki ja. Nasi lemak sold out! Yang tinggal pun nasi ayam yang macam hidup segan mati tak mau ja. Ayam sejemput, nasi pun sejemput. hehehe...jalan terbaik layan keropok lekor je la tadi.
Sepanjang perjalanan pulang tadi banyak betul kereta yang tersadai kat tepi highway (ye la..kalau kat tengah higway, jahanam!)yang aku rasa mungkin disebabkan enjin over-heating. Suhu pula mencecah 38 darjah selsius, dengan kereta yang bergerak perlahan, memang jahanam la enjin kereta kalau asyik dok layan aircond je dalam kereta. Aku ada jugak mencilok ikut lorong kecemasan tadi, tapi sekejap je la dan masa tengah mencilok tu aku rasa macam tak syok ja. Aku pun terus masuk balik ke lorong kiri dan tak berapa lama lepas tu, aku tengok kereta Estima kat depan aku dah kena tahan dengan tok anjang (Polis trafik) yang pakai Evo X tu...hehehe. Selamat poket aku. Kalau tak...mau jahanam rm300! Jadi, idea aku yang kononnya balik pada raya ketiga jalan tak jem, musnah sama sekali sebab kebiasaannya perjalanan yang mengambil masa 3 jam bertukar menjadi hampir 7 jam hari ni...huhuu. Apa pun, aku tetap bersyukur kepada Allah swt kerana aku selamat sampai ke rumah dengan selamatnya.....amin!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, August 26, 2011

Hari Raya semakin hampir dan rasanya dah tak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kengkawan yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan blogger, geng mukabuku (FB), band members di Bukit Mertajam (SOLARIS-izan.net,Zam,Ali,etc), band KLGG (Kinto,Bad,xUbiex,Joe,Prebet Jambang,etc),KAPAK (apit,daoh,adam,faizal) rakan-rakan di PPM Gombak,PPM Selangor, rakan-rakan CALT 30&31, ex-classmates di USM, KBTC, HSBM, geng basikal, geng panjat gunung dan sukan ekstrem (Adie Awang, Caffein Guy, xUbiex, akif,miza,aisyah,aizat,etc), wishclubmalaysia.my, my precious students, Farhan474, Muis, Radhi, Demo, rakan-rakan ICT Kuang, rakan-rakan di SMKBG, metformin500, muzik bingit, etc. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

Al-Fatihah

Thursday, August 25, 2011
Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Tuan Hj Rahmat b. Jaa'far (Setiausaha Latihan Negara / Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Bahagian Sumber Dewasa dan Latihan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5 Petang tadi di Hospital Kajang... Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman...amin.

Berlarilah sampai kehujungnya....

Wednesday, August 24, 2011
Runtuhnya Ramadan dilanda tsunami Aidilfitri

HARI ini 21 Ramadan 1432 Hijrah. Sudah masuk 10 hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai dulu ke garisan penamat dan muncul juara.

Laju yang dimaksudkan ialah meningkatkan amal ibadat tambahan sama ada memperbanyakkan membaca dan menghafal al- Quran, bersedekah, solat sunat malam (tarawih, tahajud, tasbih). Rasulullah SAW beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadan dan menjauhkan diri daripada menggauli isteri-isteri baginda.

Di Malaysia, adakah kita umat Islam meningkatkan ibadat pada 10 akhir berpuasa sebagaimana Rasulullah? Atau sudah masuk ke gear rendah dan memperlahankan amal pengabdian kepada Allah SWT?

Semua orang tahu jawapannya. Inilah masanya persiapan untuk menyambut Aidilfitri bertambah ligat. Gedung membeli-belah semakin penuh sendat. Jalan-jalan raya di pusat bandar besar semakin sesak. Bunyi mercun dan bunga api semakin gempita. Kerap kali ledakan mercun bola berhampiran surau memusnahkan kekhusyukkan jemaah yang sedang bersolat tarawih.

Sesungguhnya keghairahan mengimarahkan Ramadan yang amat ketara pada dua minggu pertama mulai lesu apabila Syawal semakin hampir. Lagu-lagu Aidilfitri yang berkumandang di radio dan di pusat-pusat beli-belah turut melonjakkan nafsu untuk beraya dan mengendurkan semangat beribadat yang begitu kental pada awal Ramadan.

Tambahan pula gaji awal dan bonus baru diperoleh. Makin ligatlah otak dan nafsu mencongak jumlah barang yang hendak dibeli. Bukan sekadar kuih-muih, pakaian dan gajet baru, malah ramai juga yang mengintai iklan-iklan kereta untuk pulang ke kampung dengan mobil baru yang mempamerkan peningkatan karier dan kejayaan hidup di kota.

Masing-masing juga telah lama meneliti kalendar, menghitung hari cuti yang layak dipohon. Kerani-kerani yang menjaga rekod cuti juga semakin sibuk melayani permohonan yang bertambah. Bos-bos yang tidak mengatur jadual cuti raya kakitangan mengikut giliran akan pening berhadapan dengan kerenah orang-orang bawah berebut cuti. Yang rambut beruban pun boleh bertukar perangai bagaikan kanak-kanak, sanggup bergaduh kerana berebut cuti.

Berapa orangkah yang memohon cuti untuk memberikan lebih tumpuan kepada ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan?

Tahap kesabaran juga mulai menurun bersama kehampiran Syawal. Bukan sahaja di jalan raya dan gedung beli-belah, malah di masjid juga terserlah perangai sebenar kebanyakan anak Adam.

Barisan saf jemaah solat tarawih mulai menipis. Imam-imam yang memimpin solat juga semakin kerap terlupa ayat al-Quran yang dibaca. Ramai juga yang mempercepatkan bacaan dan pergerakan solat tanpa mengambil kira kecergasan orang-orang tua yang menjadi jemaah setia.

Bersahutan

Makcik-makcik yang bertadarus juga mulai menggesa rakan-rakan mempercepatkan bacaan al-Quran supaya lebih lekas khatam. Ada juga yang mengingatkan rakan-rakan tadarus tentang kumpulan-kumpulan lain yang telah jauh meninggalkan mereka dengan menghabiskan lebih banyak juz. Ketergesaan mengambil tempat kesabaran.

Suasana syahdu menjelang subuh dengan suara-suara merdu bacaan Quran dan tahmid saling bersahutan melalui pembesar suara juga turut lesu bersama tsunami menjelang Aidilfitri. Ada kalanya kita terpaksa menengok jam untuk mendapatkan kepastian tentang waktu subuh kerana mikrofon di masjid dan surau masih membisu walaupun waktu imsak semakin hampir.

Aneh sungguh perangai manusia. Hendak dikatakan pengaruh syaitan, Rasulullah telah menegaskan bahawa syaitan-syaitan dirantai pada bulan Ramadan.

Bukan sahaja syaitan-syaitan di rantai, malah Allah SWT telah menyediakan insentif paling istimewa pada 10 akhir Ramadan, iaitu Lailatul Qadar atau malam penuh kemuliaan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. - Al Qadr 97: 1,2 dan 3

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman bahawa Rasulullah SAW pada hari terakhir bulan Syaaban berkhutbah di hadapan para sahabat yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya kmu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardu di bulan Ramadan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardu di bulan yang lain.

Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah syurga. Ramadan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin. Sesiapa memberi makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa, tanpa sedikitpun berkurang (pahala yang berpuasa).

Betapa keghairahan persiapan untuk menyambut Aidilfitri telah mengenepikan 'bonus besar' yang sepatutnya diperoleh setiap jiwa yang beriman di bulan Ramadan.

Aidilfitri pertama yang berlangsung pada 1 Syawal tahun 2 Hijrah bergema dengan takbir di seluruh Madinah bagi merayakan kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah di Perang Badar. Pada hari-hari Aidilfitri seterusnya, takbir dilaungkan tanda kesyukuran atas kemenangan dalam jihad melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan.

Malangnya pada hari ini, ramai umat Islam terlebih tumpu kepada persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Anehnya peperangan melawan hawa nafsu belum habis, kita lebih sibuk dengan persiapan untuk kononnya merayakan hari kemenangan.

Kemenangan apa jika jihad perjuangan sudah kendur pada hari-hari terakhir Ramadan? Ibarat berlumba lari, kita memperlahankan langkah ketika hendak sampai ke garisan penamat setelah begitu pantas memecut pada awal perlumbaan.

Inilah fenomena umat Islam di Malaysia pada hari ini. Puasa sebulan, beraya pun sebulan. Hadiah kemenangan yang hakiki berupa rahmat dan keampunan daripada Allah belum tentu dapat, tetapi yang bertambah subur ialah nafsu yang dibajai untuk menyambut Aidilfitri.

Dan turut memeriahkan sambutan ialah budaya yang tidak kena mengena dengan syariat agama. Lagu-lagu raya berkumandang lebih lantang daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi mercun menjelang Aidilfitri lebih hebat daripada gema takbir. Pemberian 'angpau' seolah-olah jadi suatu perkara yang wajib.

Astaghfirullah! Marilah kita kembali kepada landasan yang betul. Berlari kencanglah dari awal hingga ke garisan penamat Ramadan. Pasti kita akan merasai betapa syahdunya takbir di ambang Aidilfitri. Hancur luluh jiwa dan perasaan melaungkan takbir mengagungkan nama Allah Yang Maha Agung. Itulah tanda kemenangan sejati.


P.S: ini merupakan rencana yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2011. Satu rencana menarik yang rasanya...macam satu pukulan tepat ke muka kita! hehehe...

HSBM Scorpion U-15 1988

Tuesday, August 23, 2011




















Pagi tadi masa dok belek-belek FB kawan, aku terjumpa gambar aku masa di tingkatan 1. Klasik sungguh gambar ni. Kedai gambar yang cuci gambar ni pun dah tak berapa nak ada dah rasanya..hehehe.

Jujur dan amanah...

Agak tertarik dengan satu berita yang aku baca baru-baru ini dalam sebuah akhbar yang menceritakan bagaimana rakyat Jepun mengembalikan wang yang dijumpai selepas tsunami yang melanda mereka tidak lama dulu. Berjuta-juta ringgit dipulangkan atau diserahkan kepada pihak berkuasa. Hebat! Bukan semua orang boleh ada sikap yang sejujur dan amanah seperti mereka ini. Kalaulah kita terjumpa sedikit wang semasa kita dalam kesusahan, adakah kita akan bersikap seperti orang Jepun ini? Tidak dinafikan masih ramai diluar sana yang masih jujur dan amanah tetapi persoalannya berapa keratkah yang masih tinggal? Hehehe...bila dalam situasi yang sukar dan kesempitan kita mungkin akan menggunakan wang dijumpai itu. Teringat masa kecil-kecil dulu mak aku selalu berpesan supaya jangan mengambil barang orang atau wang yang dijumpai kerana biasanya wang yang diambil tidak seberapa tapi wang sendiri yang hilang selepas itu lebih banyak dari yang dijumpai (mungkin kebetulan kot...).Ada juga yang berpesan supaya menanda tempat wang dijumpai itu supaya kita tidak hilang pula duit sendiri. Kepercayaan kanak-kanak...hahaha. Apa pun, raya pun semakin hampir jadi aku hendak mengucapkan kepada semua rakan-rakan agar sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dan tidak lupa untuk meningkatkan amal ibadat dibulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah....

Raya...yeayyyy!!!!

Sunday, August 21, 2011
Syawal bakal menjelma. Maknanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan puasa pada tahun ni rasanya begitu cepat berlalu. Pejam celik - pejam celik dah nak masuk 21 hari berpuasa(kalau pejam tak celik-celik...heheeheh). Mungkin ramai dah habis shopping untuk persediaan raya. Kedai eksesori kereta pun penuh dengan pelanggan yang mahukan ride masing-masing cantik dan bergaya. Aku pun teringin jugak nak mod kereta aku tapi lain kali kot sebab baru ja repair bumper kereta yang rebeh sebelah dek disebabkan oleh rempitan durjana. Walaupun baru dapat bonus (TQ kepada yang memberi...)banyak benda lain yang nak dibeli untuk hari raya ni. Speaking of raya...macam-macam dugaan yang melanda di bulan puasa ni. Baru-baru ni kereta kena langgar lepas tu kelmarin pulak henfon jatuh dalam longkang yang penuh dengan air! woahhh...naya ooo. Aku cepat-cepat angkat dan matikan henfon tu. Dengan sepantas kilat aku keluarkan bateri dan lap air yang bersisa kat dalam henfon tu. Kemudian aku teringat satu petua bila mengalami keadaan seperti ni. Ada aku terbaca satu cara terbaik bila henfon dimasuki air ialah dengan menyimpan henfon tu dalam tong beras. Apalagi, dengan harapan semoga henfon aku tak rosak ( baru beli der..)aku terus masukkan dalam tong beras dan biarkan selama satu hari satu malam. Hasilnya...tadaaa...setakat ni bila aku on tak ada apa-apa masalah lagi. Harap-harap keadaan tu akan berkekalan la. Kalau tak...kena beli henfon baru la jawabnya...huhuhu. Kopak la poket aku lagi.....ok lah...adiosss!

Kad Raya

Friday, August 19, 2011

Tiba-tiba aku teringat pasal kad raya ni bila aku ada menerima e-kad raya dalam inbox email aku tadi. Sekarang ni dah ramai yang lupakan jasa kad raya ni apabila masukknya bulan Ramadhan kerana kecanggihan teknologi sedia ada semacam menafikan khidmat dan jasa yang telah dicurahkan oleh kad raya yang bersifat 'old-school' ni. Mungkin disebabkan kad raya ni agak membebankan dari segi kosnya kot? Teringat suatu ketika aku membeli sekeping kad raya besar (siap dengan lagu raya bila buka kad tu...)untuk bakal isteri aku 9 tahun yang lalu...huhuhu...dah agak lama tu..harga kad tu ialah...RM20! Mahalkan?...tapi, ada sentimental value ooo...sekarang ni...e-kad raya ni macam tak ada feelingnya...kaku...sebab yang penting dalam kad raya dulu-dulu ialah ucapan tulisan tangan pengirim tu...seronok oo bila dapat kad raya ni...sanggup tunggu posmen tiap-tiap hari...hehehe (yang sebenarnya aku jarang sangat dapat kad raya ni...heheh). Ciri-ciri unik kad raya 'old-school' ini ialah apabila dah habis baca, sesetengah orang akan tampal kad raya tu di ruang tamu. Ada juga yang gantung di pokok-pokok yang dalam rumah. Berseni oo...sekarang cuba la gantung i-pad ka, handphone ka kat pokok-pokok tu...mesti tumbang punya. hahahahaa... Apa pun, aku rasa dah sampai masanya kita hidupkan semula budaya mengirim kad raya ini kembali...meriah ooo! Teringat satu pantun yang biasa kita jumpa dalam kada raya dulu-dulu:

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas!

....hahahahaa.....best ooo...

P.S: untuk makluman, aku bukan ejen Pos Malaysia! Entry aku di atas bukan satu bentuk iklan atau promosi untuk Pos Malaysia ye...heheheheh.

Boleh ka macam ni????

Thursday, August 18, 2011

Jamil: Pak Haji!

Pak Haji: Ada apa Jamil?

Jamil: Anak Pak haji main judi...

Pak Haji: Astaghfirullah!

Jamil: Tapi dia menang...

Pak Haji: Alhamdulillah...

Jamil: ??????


Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...