Streaming...
Tuesday, October 11, 2011
Baru-baru ni ada member suruh download satu accelerator atau satu software kecil dan ringan yang membantu melancarkan video yang kita tengok secara online kat youtube dan beberapa lagi laman kat internet. Sebenarnya aku tak pernah terlintas yang benda macam ni ada pulak orang menciptanya sebab bagi aku lambat atau laju video tu bergantung kepada pakej yang kita bayar bulan-bulan dan kawasan kita dok streaming tu . Rupanya benda ni ada membantu jugak. Bila aku donwload dan install aku ada rasa perubahan pada kelajuan streaming tu. Walaupun tak la selaju kat US yang kawan aku kata download satu movie hanya 10 minit tapi... boleh la dari tak laju dan kadang-kadang tak jalan langsung tu. Hehehe....so kengkawan, cari speedbit video accelerator kat google dan install okay! enjoy....
Kursus DSLR (asas)
Friday, October 7, 2011

talent: Liza Pak Lie...
Selama ni bila mana aku dok shoot sana shoot sini banyak yang aku main redah ja...ISO lah, Speed lah dan Apperture tak pernah aku ambik berat sangat. Memang la aku tau serba sedikit (hasil ajaran adie awang dan rakan2) tapi adakalanya banyak gambar yang aku ambik atau shoot hasilnya tak memuaskan. Baru-baru ni bila aku ikut satu kursus asas fotografi kat APBM Batu Gajah, baru la aku tau sikit ilmu fotografi ni. Ada sorang mamat ni yang aku tengok pada mulanya biasa-biasa saja tapi bila dia start shoot...perghh, marbeles! Bila sesi suaikenal semua perkenalkan diri dan mengatakan masih baru dalam fotografi tapi semua tu taktik sahaja. Bila masing-masing keluarkan kamera...ada yang pakai D300s lah, D7000 la...kalau yang Canon, 40D ada, 50D ada dan 60D pun ada!
Lens pulak...malas nak cakap...aku yang tau pasal kamera sebesar zarah...rasa macam salah masuk kursus pun ada. APBM patut namakan kursus tu Kursus Advance DSLR...bukan asas lagi..hehehehe. Tapi apapun, semua peserta dan tenaga pengajar memang sporting abiss... Ada dua tiga tips yang aku nak kongsi dengan kengkawan kat sini yang meminati bidang fotografi ni...kata si Mike Dukemane, jangan bazirkan shutter count...mahal tu....$$$$$...sebelum mula photoshoot dah ada idea atau konsep yang nak dibuat bila editing nanti. Baru la jimat...betul jugak kata si Mike tu. Selama ni tak pernah terfikir benda macam tu. Dah hobi dan suka tengok alam yang cantik..snap ja sini sana. Lepas ni kena kontrol....satu lagi mengikut Shahril Simpleclicks (tenaga pengajar) setiap photoshoot perlu diberi penekanan mengenai hasilnya...$$$....beli kamera mahal-mahal, mesti mau tengok hasilnya jugak...hehehe. Jangan sampai masuk angin keluar asap dah la....Sebab, nak buat kerja photoshoot ni banyak benda nak kena buat dan akan bersangkut paut dengan tenaga, masa, dan modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan satu karya yang baik. Bila difikirkan...ada betulnya. Kadang-kadang pernah berlaku, disuruhnya kita ambil gambar...kita edit lepas tu diorang ambil dan jual tanpa pengetahuan si fotografer...sakit hati oo...tapi kalau masih suka snap dan tak kisah dengan $$$....buat je...hehehehe. Sekarang ni ramai yang beli DSLR kemudian terus nak tangkap job ambil gambar orang kahwin...ISO tak tau, white balance tak tau terus cari job...yang dah otai ni kata, semua tu akan menyebabkan bidang fotografi akan menanggung akibatnya bila hasil yang dapat tak sebaik mana ( Ada yang ambik job sampai RM7k untuk satu majlis...). Apapun...aku seronok join kursus tu dan banyak ilmu yang aku dapat yang rasanya akan menajamkan skill aku lagi ke tahap yang lebih baik....insyaAllah....
Aurat....
Friday, September 30, 2011
Apa pun tak boleh!!!
Pelik bin Ajaib! Guru lain mendidik anak murid atau pelajarnya bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan tetapi beberapa buah sekolah di sini menghalang pelajar mereka dari mengambilnya. Walau apa pun alasan atau sebab yang membuatkan mereka mengambil keputusan begitu ( dalam suratkhabar melaporkan guru sekolah tersebut mengatakan murid itu bodoh! MasyaAllah...) peluang untuk murid itu mengambil peperiksaan perlu diutamakan. Kesian kat budak tu..Apa pula perasaan ibu bapa murid tersebut agaknya apabila ada orang mengatakan anak mereka bodoh? Kena siasat ni...semoga perkara sebegini tidak berulang lagi tahu depan.
Saman Parking!!!
Tuesday, September 27, 2011

Baru-baru ini masa aku ke Sri Damansara untuk ke sebuah kedai basikal aku telah di saman oleh MBPJ kerana kesalahan tidak mempamerkan tiket meletak kenderaan. Kalau cara di saman itu mengikut peraturannya, aku taklah rasa nak marah sangat tetapi kereta aku dikompaun ketika aku sedang beratur membeli tiket parking tu. Adoiii...bayangkan la mesin tu agak jauh dari kereta dan pada masa yang sama ada dua orang sedang beratur membeli tiket tu jadi masa yang diambil untuk turun kereta, berjalan ke mesin dan beratur membelinya akan mengambil sedikit masa . Itu tak masuk lagi masa berjalan ke arah kereta semula. Aku tanpa memandang ke arah cermin kereta , aku terus membuka pintu dan meletakkan tiket itu di atas dashboard . Kemudiannya aku pun dok melangut kat kedai basikal tu menunggu tauke kedai tu menukar rim basikal . Aku hanya perasan bila anak sulung aku beritahu aku yang ada sehelai kertas diselitkan di wiper kereta. Bila aku tengok...kompaun! Masa kompaun tu ialah 4.10 petang. Tiket aku pulak...4.11 petang. Apa punya nasib la....sekarang ni tengah tunggu permohonan membatalkan kompaun tu dari MBPJ. harap-harap permohonan aku diterima la...
FB photo zoom!
Monday, September 26, 2011
engan menunjukkan cursor di atas gambar , ia akan membesarkan gambar tersebut dengan sendirinya. Cuba lah...

Technology,technology,technology!
Thursday, September 22, 2011
hey teachers...watch this video...the endless possibilities technology has in the classroom.
Trial
Monday, September 19, 2011
Setiap kali aku masuk kelas aku akan mengingatkan agar semua pelajar menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh tetapi ada juga suara sumbang akan menyampuk yang peperiksaan ini adalah 'cobaan' sahaja (Percubaan SPM) dan kemudiannya akan tersengih-sengih sambil menggaru kepala (tak dapat jawab la tu...hehe) dan ada satu jawapan yang aku membuat aku tersengih sendiri apabila aku menegur seorang pelajar ini yang aku tengok asyik memandang ke kiri dan kanan. "Ridz, kenapa asyik pandang ke kiri dan ke kanan tu?". Dia pun menjawab, " Cikgu cuba tengok kat kertas soalan ni, kan ditulis suruh lihat sebelah? Jadi saya pun tengok sebelah la." Satu jawapan yang rasanya perlu dibalas dengan satu libasan ke pankreas pelajar tu....huhuhuhu....sabar je lah...
Malaysia yang ku sayangi!!!
Wednesday, September 14, 2011

Selain itu, ada juga terbaca berita mengenai laporan seorang mangsa along yang meminjam wang kerana kesempitan dihimpit masalah kerana bunga yang dikenakan melambung tinggi. Pinjam seribu dapat RM300 ja. RM700 duit proses! Huuuu...gila punya bisnes. Mungkin ada yang kata 'padan muka' kepada si peminjam. Tapi kalau kita berada ditempat mangsa bagaimanakah rasanya ya? Mesti berserabut perut memikirkan macamana nak melunaskan hutang tu. Pinjam 1000 dapat 300 tapi kena bayar 1800. Seminggu interest rm450 kalau tak dapat melangsaikan hutang. Memang patut pun along ni dipanggil lintah darat, menyedut kesengsaraan orang dengan perlahan-lahan.
Satu lagi berita yang menarik perhatian ialah seorang pelajar Afrika yang ditangkap orang ramai kerana cuba mencabul seorang jurujual di Selangor. Memang kurang ajar pelajar Afrika ni. Memang bukan semua yang berperangai macam tu tetapi kerana nila setitik, habis semua baju bertukar biru! Itu belum dikira dengan kes 'black money' dan sebagainya. Kita orang Malaysia ni terlalu berlembut sangat kot? Mungkin ramai yang teruja bila tengok pelajar Afrika ni sebab terbayang-bayangkan Drogba, Welbeck dan ramai lagi pemain bola sepak yang terkenal ni. Hehehe...rasanya kita perlu memikirkan semula sikap kita yang terlalu berlembut ni supaya bangsa Malaysia tidak lagi dipijak dan ditipu bulat-bulat oleh mereka ini. Haishh...
Apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita merdeka dari jajahan unsur asing di hati, minda dan perbuatan kita. Ayuh.....
Life is Not a dream!
Monday, September 12, 2011
Life is not a dream where you can't wake up from the dream you want!
6 peratus!!!!
Friday, September 9, 2011
petang kelmarin sedang aku dok relaks baca surat khabar tiba-tiba aku ada menerima satu mesej dari Maxis Hotlink memaklumkan bahawa bermula 15 September 2011, setiap penambahan nilai atau top-up akan dikenakan caj sebanyak 6% untuk perkhidmatan. Perkhidmatan? Dah sememangnya Maxis menjalankan perniagaan nak dikenakan apa lagi ni? Bukan sepatutnya syarikat yang menanggung kos perkhidmatan tu ka? Aku pun bila top-up akan buat melalui online banking ja. Perkhidmatan apa pulak aku nak kena bayar ni? Pelik betul la...semua syarikat nak charge. Sama ja perangai dengan ASTRO. Mula-mula 60 lebih sebulan kemudian naik sikit, last-last.. bil terbaru dah melambung ke 120 lebih sebulan! Tu pun sebab charge perkhidmatan 6% jugak tu. Kalau tak silap, kabinet kata ASTRO tak boleh naikkan charge tanpa persetujuan kabinet. Apa punya carca marba punya cerita la bisnes kat Malaysia la ni. Aku pun nak berniaga la macam ni, semua kos perniagaan pakat-pakat share dengan pelanggan....baru la untung. Takan rugi punya lah....
Peringatan!!!!
Thursday, September 8, 2011
Nak share satu video yang diambil dari youtube. Peringatan kepada semua kengkawan, saudara-mara, adik, kakak, abang dan semua la...berhati-hati apabila melepak dikedai-kedai yang ada wifi sebab kemungkinan perkara seperti yang berlaku di atas boleh berlaku pada diri kita, tak kira di mana, masa dan tempat. Yang ada laptop, smartphone dok buka dan main internet ni berjaga-jaga la ye. Dalam video ni ada dua laptop kena samun oleh penyangak samdol ( kerja tak mau...nak menyamun je kerja dia...lahanat!) Nasib baik penyamun ni tak cantas kepala pelanggan kedai mamak ni...kalau tak, tak beraya la jawabnya. Dari tarikh yang tertera kat video tu...diorang ni tengah bersahur ni. Adoiii...apa la nak jadi dengan negara kita ni????
P.S: Ya Allah jauhkanlah perkara sebegini dari terjadi kepada diriku, keluargaku dan semua hambaMu yang masih hidup dimuka bumi ini. Amin....
Kerja oi kerja!
Tuesday, September 6, 2011
Puasa sudah, raya pun sudah. Sekarang dah mula kerja. Bila pi kerja kelmarin macam-macam perasaan ada..heheehe. Biasa la first day kerja selepas seminggu punya dok pulun raya jadi urat malas pun timbul la. Tapi semua tu tak boleh nak layan sangat. Masuk kerja ja kelmarin, bertimbun-timbun kerja dok menunggu. SAPS la, nak pasang komputer la, format la...macam-macam 'la' punya dok ada. Hidung pulak asyik dok sok-sek,sok-sek dok bersin. Haishh..dah dekat lima hari dah dok selsema ngan batuk-batuk ni. Actifast dah dua papan aku telan, dok macam tu jugak. Apa pun, aku dok menunggu budak-budak aku menjawab soalan paper aku esok dan bersiap sedia untuk menanda kertas seberapa pantas yang boleh (selalunya aku yang last...)hehehe...Buat para pelajarku..Selamat menduduki Trial SPM 2011..ganbatte!
P.S: jom kengkawan kita layan trek FRIM Sabtu ni...dah lama tak ride off-road ni...best,best!
Balik Kampung...hoohoho...balik kampung!
Friday, September 2, 2011

Sepanjang perjalanan pulang tadi banyak betul kereta yang tersadai kat tepi highway (ye la..kalau kat tengah higway, jahanam!)yang aku rasa mungkin disebabkan enjin over-heating. Suhu pula mencecah 38 darjah selsius, dengan kereta yang bergerak perlahan, memang jahanam la enjin kereta kalau asyik dok layan aircond je dalam kereta. Aku ada jugak mencilok ikut lorong kecemasan tadi, tapi sekejap je la dan masa tengah mencilok tu aku rasa macam tak syok ja. Aku pun terus masuk balik ke lorong kiri dan tak berapa lama lepas tu, aku tengok kereta Estima kat depan aku dah kena tahan dengan tok anjang (Polis trafik) yang pakai Evo X tu...hehehe. Selamat poket aku. Kalau tak...mau jahanam rm300! Jadi, idea aku yang kononnya balik pada raya ketiga jalan tak jem, musnah sama sekali sebab kebiasaannya perjalanan yang mengambil masa 3 jam bertukar menjadi hampir 7 jam hari ni...huhuu. Apa pun, aku tetap bersyukur kepada Allah swt kerana aku selamat sampai ke rumah dengan selamatnya.....amin!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Friday, August 26, 2011
Hari Raya semakin hampir dan rasanya dah tak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kengkawan yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan blogger, geng mukabuku (FB), band members di Bukit Mertajam (SOLARIS-izan.net,Zam,Ali,etc), band KLGG (Kinto,Bad,xUbiex,Joe,Prebet Jambang,etc),KAPAK (apit,daoh,adam,faizal) rakan-rakan di PPM Gombak,PPM Selangor, rakan-rakan CALT 30&31, ex-classmates di USM, KBTC, HSBM, geng basikal, geng panjat gunung dan sukan ekstrem (Adie Awang, Caffein Guy, xUbiex, akif,miza,aisyah,aizat,etc), wishclubmalaysia.my, my precious students, Farhan474, Muis, Radhi, Demo, rakan-rakan ICT Kuang, rakan-rakan di SMKBG, metformin500, muzik bingit, etc. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!
Al-Fatihah
Thursday, August 25, 2011

Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Tuan Hj Rahmat b. Jaa'far (Setiausaha Latihan Negara / Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Bahagian Sumber Dewasa dan Latihan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5 Petang tadi di Hospital Kajang... Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman...amin.
Berlarilah sampai kehujungnya....
Wednesday, August 24, 2011
Runtuhnya Ramadan dilanda tsunami Aidilfitri
HARI ini 21 Ramadan 1432 Hijrah. Sudah masuk 10 hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai dulu ke garisan penamat dan muncul juara.
Laju yang dimaksudkan ialah meningkatkan amal ibadat tambahan sama ada memperbanyakkan membaca dan menghafal al- Quran, bersedekah, solat sunat malam (tarawih, tahajud, tasbih). Rasulullah SAW beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadan dan menjauhkan diri daripada menggauli isteri-isteri baginda.
Di Malaysia, adakah kita umat Islam meningkatkan ibadat pada 10 akhir berpuasa sebagaimana Rasulullah? Atau sudah masuk ke gear rendah dan memperlahankan amal pengabdian kepada Allah SWT?
Semua orang tahu jawapannya. Inilah masanya persiapan untuk menyambut Aidilfitri bertambah ligat. Gedung membeli-belah semakin penuh sendat. Jalan-jalan raya di pusat bandar besar semakin sesak. Bunyi mercun dan bunga api semakin gempita. Kerap kali ledakan mercun bola berhampiran surau memusnahkan kekhusyukkan jemaah yang sedang bersolat tarawih.
Sesungguhnya keghairahan mengimarahkan Ramadan yang amat ketara pada dua minggu pertama mulai lesu apabila Syawal semakin hampir. Lagu-lagu Aidilfitri yang berkumandang di radio dan di pusat-pusat beli-belah turut melonjakkan nafsu untuk beraya dan mengendurkan semangat beribadat yang begitu kental pada awal Ramadan.
Tambahan pula gaji awal dan bonus baru diperoleh. Makin ligatlah otak dan nafsu mencongak jumlah barang yang hendak dibeli. Bukan sekadar kuih-muih, pakaian dan gajet baru, malah ramai juga yang mengintai iklan-iklan kereta untuk pulang ke kampung dengan mobil baru yang mempamerkan peningkatan karier dan kejayaan hidup di kota.
Masing-masing juga telah lama meneliti kalendar, menghitung hari cuti yang layak dipohon. Kerani-kerani yang menjaga rekod cuti juga semakin sibuk melayani permohonan yang bertambah. Bos-bos yang tidak mengatur jadual cuti raya kakitangan mengikut giliran akan pening berhadapan dengan kerenah orang-orang bawah berebut cuti. Yang rambut beruban pun boleh bertukar perangai bagaikan kanak-kanak, sanggup bergaduh kerana berebut cuti.
Berapa orangkah yang memohon cuti untuk memberikan lebih tumpuan kepada ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan?
Tahap kesabaran juga mulai menurun bersama kehampiran Syawal. Bukan sahaja di jalan raya dan gedung beli-belah, malah di masjid juga terserlah perangai sebenar kebanyakan anak Adam.
Barisan saf jemaah solat tarawih mulai menipis. Imam-imam yang memimpin solat juga semakin kerap terlupa ayat al-Quran yang dibaca. Ramai juga yang mempercepatkan bacaan dan pergerakan solat tanpa mengambil kira kecergasan orang-orang tua yang menjadi jemaah setia.
Bersahutan
Makcik-makcik yang bertadarus juga mulai menggesa rakan-rakan mempercepatkan bacaan al-Quran supaya lebih lekas khatam. Ada juga yang mengingatkan rakan-rakan tadarus tentang kumpulan-kumpulan lain yang telah jauh meninggalkan mereka dengan menghabiskan lebih banyak juz. Ketergesaan mengambil tempat kesabaran.
Suasana syahdu menjelang subuh dengan suara-suara merdu bacaan Quran dan tahmid saling bersahutan melalui pembesar suara juga turut lesu bersama tsunami menjelang Aidilfitri. Ada kalanya kita terpaksa menengok jam untuk mendapatkan kepastian tentang waktu subuh kerana mikrofon di masjid dan surau masih membisu walaupun waktu imsak semakin hampir.
Aneh sungguh perangai manusia. Hendak dikatakan pengaruh syaitan, Rasulullah telah menegaskan bahawa syaitan-syaitan dirantai pada bulan Ramadan.
Bukan sahaja syaitan-syaitan di rantai, malah Allah SWT telah menyediakan insentif paling istimewa pada 10 akhir Ramadan, iaitu Lailatul Qadar atau malam penuh kemuliaan.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. - Al Qadr 97: 1,2 dan 3
Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman bahawa Rasulullah SAW pada hari terakhir bulan Syaaban berkhutbah di hadapan para sahabat yang bermaksud:
Wahai manusia, sesungguhnya kmu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardu di bulan Ramadan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardu di bulan yang lain.
Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah syurga. Ramadan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin. Sesiapa memberi makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa, tanpa sedikitpun berkurang (pahala yang berpuasa).
Betapa keghairahan persiapan untuk menyambut Aidilfitri telah mengenepikan 'bonus besar' yang sepatutnya diperoleh setiap jiwa yang beriman di bulan Ramadan.
Aidilfitri pertama yang berlangsung pada 1 Syawal tahun 2 Hijrah bergema dengan takbir di seluruh Madinah bagi merayakan kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah di Perang Badar. Pada hari-hari Aidilfitri seterusnya, takbir dilaungkan tanda kesyukuran atas kemenangan dalam jihad melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan.
Malangnya pada hari ini, ramai umat Islam terlebih tumpu kepada persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Anehnya peperangan melawan hawa nafsu belum habis, kita lebih sibuk dengan persiapan untuk kononnya merayakan hari kemenangan.
Kemenangan apa jika jihad perjuangan sudah kendur pada hari-hari terakhir Ramadan? Ibarat berlumba lari, kita memperlahankan langkah ketika hendak sampai ke garisan penamat setelah begitu pantas memecut pada awal perlumbaan.
Inilah fenomena umat Islam di Malaysia pada hari ini. Puasa sebulan, beraya pun sebulan. Hadiah kemenangan yang hakiki berupa rahmat dan keampunan daripada Allah belum tentu dapat, tetapi yang bertambah subur ialah nafsu yang dibajai untuk menyambut Aidilfitri.
Dan turut memeriahkan sambutan ialah budaya yang tidak kena mengena dengan syariat agama. Lagu-lagu raya berkumandang lebih lantang daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi mercun menjelang Aidilfitri lebih hebat daripada gema takbir. Pemberian 'angpau' seolah-olah jadi suatu perkara yang wajib.
Astaghfirullah! Marilah kita kembali kepada landasan yang betul. Berlari kencanglah dari awal hingga ke garisan penamat Ramadan. Pasti kita akan merasai betapa syahdunya takbir di ambang Aidilfitri. Hancur luluh jiwa dan perasaan melaungkan takbir mengagungkan nama Allah Yang Maha Agung. Itulah tanda kemenangan sejati.
P.S: ini merupakan rencana yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2011. Satu rencana menarik yang rasanya...macam satu pukulan tepat ke muka kita! hehehe...

Subscribe to:
Comments (Atom)
Flying with a dream...
lovely...