Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Al-Fatihah buat Adik Dirang

Tuesday, March 13, 2012
Setelah berhari-hari dan pelbagai usaha dijalankan akhirnya nasib Adik Dirang telah diketahui ramai apabila mayatnya telah dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya dalam keadaan terbakar dan rentung! MasyaAllah..syaitan manakah yang tak berhati perut melakukan perkara sebegini? Semoga Allah memberi pembalasan yang lebih berat terhadap pelaku ini...amin. Takziah kepada keluarga Adik Dirang...Al-Fatihah..

P.S: bagi mana-mana ibu bapa yang membaca post ini harap menjaga anak-anak dengan lebih ketat lagi sebab dunia ini dah semakin gila....**sebak....

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA

Kembali ke SSM...SBPA blues!

Thursday, March 8, 2012
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA

Tolong share: Meh pakat tolong cari....


P.S: mari semua panjatkan doa mohon kepada Allah SWT agar diselamatkan adik Nurul ni....amin.

Suka-suka..

Tuesday, March 6, 2012

Acara merentas desa SMKBG 2012..



Sunset @ Jeram, Kuala Selangor

Doa antara dua sujud...

Thursday, March 1, 2012

credit to: syahirul.com

Cameron Highland 2



Tajuk:Di tinggalkan...

OKU

Wednesday, February 29, 2012
Apa yang hendak kita nasihatkan kepada seorang OKU yang bertanyakan soalan bagaimana dia hendak maju seperti orang lain apabila dirinya seorang OKU? Kelu der...aku dengar satu slot program di IKIM FM dan betul-betul terasa sebak bila mendengar soalan tu. Tiba-tiba aku terasa betapa untungnya diri aku ni....sihat dan menjalani kehidupan yang normal. Adehhh...apa nasihat korang eh? Ya Allah aku bersyukur padaMu.....

Cameron Highland

Berus bulu babi!

Tuesday, February 21, 2012

Fakta tambahan: source: wikipedia

The hair of the boar was often used for the production of the toothbrush until the invention of synthetic materials in the 1930s.[40] The hair for the bristles usually came from the neck area of the boar. While such brushes were popular because the bristles were soft, this was not the best material for oral hygieneas the hairs were slow to dry and usually retained bacteria. Today's toothbrushes are made with plastic bristles.

Boar hair is used in the manufacture of boar-bristle hairbrushes, which are considered to be gentler on hair—and much more expensive—than common plastic-bristle hairbrushes. However, among shaving brushes, which are almost exclusively made with animal fibres, the cheaper models use boar bristles, while badger hair is used in much more expensive models.[41]

Boar hair is used in the manufacture of paintbrushes, especially those used for oil painting. Boar bristle paintbrushes are stiff enough to spread thick paint well, and the naturally split or "flagged" tip of the untrimmed bristle helps hold more paint.


P.S: harap semua saudara seIslamku prihatin dengan pembelian barangan yang ada di pasaran sekarang ni...

Batu Belah Batu Konkrit!

Sunday, February 19, 2012

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya

Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya

Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka

Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka

Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka

Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti

Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

P.S: tabik sama Monoloque lah...

Sabtuday = No Plastic Bag Day

Rasanya semua sudah maklum dengan kempen hari tanpa beg plastik ni, kan? Rata-rata kedai tak menyediakan beg plastik untuk pelanggan bila membeli belah pada setiap hari Sabtu dan dinasihatkan pula untuk membawa beg ataupun bakul sendiri. Tetapi, masalahnya beg plastik tetap dijual apabila diminta dengan kadar bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang dijual. Sebenarnya kempen yang dijalankan ini untuk menjaga alam sekitar ke atau hendak memberi keuntungan tambahan kepada pekedai atau tauke pasaraya ini? Ramai akan mencemuh entry ni rasanya...hehehe...tapi aku rasa sepatutnya tauke kedai dan seangkatan dengannya perlu menyediakan alternatif kepada pembeli seperti menyediakan beg kertas untuk membungkus bagi memudahkan pelanggan membawa barangan yang dibeli. Hmmm...entahlah!

Patung/Stuffed Animal + Bumper

Baru ni ada terbaca mengenai satu trend pemandu menggantung patung atau stuffed animal kat bumper belakang kereta mereka. Penulis ni ada menimbulkan satu persoalan yang mudah iaitu "kenapa atau apakah alasan mereka untuk menggantung patung itu?' Mungkin ramai akan mengatakan itu satu perbuatan yang kiut ataupun hendak menunjukkan betapa 'lowered' nya kereta mereka kot? Tetapi ada satu cerita disebalik perbuatan itu. Dari bacaan dan bahan yang terdapat di dalam internet menunjukkan bahawa trend atau perbuatan menggantung patung tu ada sebabnya, dan budaya ini boleh dilihat di Bangkok kerana ramai pemandu teksi di sana melakukannya bagi mengelakkan roh yang yang mati akibat kemalangan di jalan raya tidak akan mengacau pemandu teksi tersebut sebaliknya bermain dengan anak patung yang digantung sebagai 'offering' apabila mereka melalui mana-mana kawasan kemalangan. Kononnya la..itu kepercayaan mereka di sana. Bagaimana pula dengan pemandu di Malaysia yang beragama Islam? Adakah kita juga mempercayai kepercayaan tersebut? Nauzubillah...harap-harap pemandu kita sedar akan hal ini dan tidak menggantung lagi apa-apa patung di kereta mereka lagi...


P.S: kalau tak betul fakta ini sila beritahu ya....

Deadlock

Wednesday, February 8, 2012

Dam dam dum, bunyi mercun.

Tuesday, January 31, 2012
Hahaha..rata-rata yang dok bermuka buku tu sibuk dengan bunyi mercun yang meletup-letup kat luar rumah masing-masing. Hehehe...kan satu Malaysia, tahan ajalah telinga tu. Bunyi ni yang membuatkan Malaysia ni unik. Jangan sampai tangan meletup sudahhhh...

Halal ke tak ni?

Monday, January 30, 2012
Pagi tadi masa dok bersarapan dengan rakan-rakan, terkeluar cerita mengenai halal dan haram dalam penyediaan makanan. Ada berpendapat bagaimana kita hendak menentukan perkara ini kerana apabila di ambil contoh dalam penyediaan apam balik misalnya, kadangkala kita tak pernah pun terfikir mengenai berus yang digunakan untuk menyapu mentega kerana ada dikhabarkan dan bukti menunjukkan ada berus yang bulunya adalah dari haiwan yang mungkin haram bagi seorang muslim untuk menyentuhnya (ba** kot...). Jadi bukan sekadar bahan atau ramuan yang digunakan dalam membuat sesuatu makanan, semua perkara perlu di ambil kira supaya kita tak termakan benda yang haram ini. Mungkin ada yang berpendapat apabila kita tak tahu mengenainya mungkin belum jatuh hukum haram ke atas makanan yang masuk ke mulut kita tu. Tetapi, sampai bila kita nak bersikap tidak peduli, kan? Kita perlu ambil tahu dan perlu sedar akan bahaya mengenai isu ini.

Selain makanan ada juga perkara yang perlu kita ambil berat mengenai halal dan haram ni. Contohnya apabila kita membeli kasut kulit terpakai di kedai-kedai 'bundle' yang mana menjadi trend zaman kini (generasi bundle) pernah tak kita terfikir kulit apa yang disarung dikaki kita tu? Ada member yang pernah terbeli kasut kulit yang diperbuat dari kulit 'ba alif ba ya' tu. Mungkin tauke kedai tu tak perasan atau memang tak mahu ambil tahu barang yang dijualnya dan mungkin juga tauke tu tak terfikir akan masalah ini. Member ni katanya setiap kali pakai kasut tu dia akan rasa tak selesa dan kaki menjadi panas. Apabila diselidiki, memang sah kasutnya diperbuat dari kulit yang haram apabila dia ternampak tiga titik pada kulit tu. Memang susah nak nampak titik tu, tapi cuba la kita selidik kasut atau barangan yang diperbuat dari kulit supaya kita tidak berterusan memakai barangan yang haram ni.


---diambil dari yukino-hinata.blogspot.com

Takut juga ya bila bila memikirkan hal macam ni? So, apa lagi, ayuh kita mula berhati-hati dengan setiap pembelian dan makanan/minuman yang kita akan isikan dalam perut kita tu...

P.S: fikir juga pasal kedai-kedai yang banyak menggunakan tanda halal palsu ni...hehehe...mamak's dan semua kedai fast food yang dah beratus jenis diperkenalkan kat Malaysia ni...




Hutan Simpan Bukit Cerakah



Join geng Pristina Saujana Utama.....hutan dara tu...hehehe.

Cryin'

Lama tak jumpa...

Kelmarin ada terjumpa member lama kat Brinchang masa dok order sarapan. Nampak saja muka dia dan dia nampak muka aku, kami sama-sama hulur tangan bersalaman dan bertukar-tukar ucap selamat. Biasa la bila dah lama tak jumpa, habis dok tanya pasal tinggal di mana dan semua benda yang yang boleh menghubungkan persahabatan yang dah lama terputus. Dia boleh kenal aku pun sebab dia nampak aku pakai jersi ragbi Ireland, yalah, sama-sama rugger dulu kan? Dalam dok bertukar-tukar cerita pasal diri masing-masing, aku sebenarnya masih dok cuba mencari nama member aku ni. Memang kami dulu rapat sebab main satu team dan kalau tak salah kami share position dalam team dulu. Puas aku dok ingat nama dia akhirnya bila tukar no telefon, aku hanya letak 'member ragbi BM' kat phone contact aku! Aku rasa bersalah jugak sebab dia boleh ingat nama aku tapi aku boleh pulak lupa nama dia...aduhhh. Aku memang ada masalah nak ingat nama member-member yang lost contact ni. Samada aku banyak makan semut atau sebab banyak hentak kepala masa main ragbi dulu? Entahlah...semoga aku aku dapat ingat nama member aku ni semula....

Awas lagi!!!

Wednesday, January 25, 2012
Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat.
Cap Ini bermakna

bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan di TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda
dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T



kalau betul ingatan ni...meh la kita pakat-pakat dok ushar lambang ni kat makanan atau coklat yang kita beli....

Awas!!!!



KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.

Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.

Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.

“Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.

“Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

“Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.

“Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal,” katanya.

Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.

Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.

“Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai,” katanya.

Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.

Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat.

Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

“Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

“Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula,” katanya.

Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

“Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.

“Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih,” katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.

Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.

“Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing,” katanya.

Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim.

Kami telah menghubungi PIHAK JAKIM melalui portal Islam GRID, ini adalah jawapannya:

Soalan
Assalamualaikum. saya ingin bertanyakan soalan tentang status kehalalan GULA-GULA JELI . menurut artikel di dalam harian metro 14 November 2007 jika saya tidak tersilap, ada mengatakan bahawaw gula-gula jeli mengandungi gelatin babi. Benarkah harap mendapat maklumbalas secepat mungkin.. terima kasih..

Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah

Mana-mana produk makanan yang dibeli perlu terlebih dahulu dipastikan status kehalalannya. Jika produk tersebut sudah mendapat pengesahan sijil dari Jakim atau jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri atau mana-mana badan dari luar negara yang telah mendapat pengiktirafan dari Jakim ianya halal, maka ia sudah terjamin status halalnya maka ia dibenarkan oleh syarak untuk dimakan.

Berkenaan status gula-gula jeli tersebut, mohon dikemukakan nama/jenama gula-gula tersebut di laman web halal Jakim bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan produk tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php
Sila klik pada pengguna kemudian klik pada direktori dan pilih produk.

wallahua’lam

Harian Metro


P.S: bukan anak-anak, kekadang mak ayah pun suka. Apa tindakan pihak berwajib agaknya dalam hal ni?

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...