Dua tiga hari ni suasana nak raya tu dah terasa dan kelihatan di mana-mana walaupun kita belum pun lagi menyambut bulan Ramadhan. Banyak supermarket yang dah buat promosi Aidilfitri dan kita juga dapat melihat iklan buah kurma di kaca televisyen kita (kalau yang pakai TV LCD tu bukan kaca dah la...hehehe). Asyik-asyik Yusuf Taiyuuuuubb (dengan bunyi suara macam desiran angin...hehehe). Kelmarin singgah kat Econsave, dah ada jualan lampu lip-lap dah (ingat nak beli satu boh dalam lab nanti...). Fuhhhh...cepat sungguh taktik peniaga-peniaga ini dijalankan tanpa kita sedari yang mana kita akan turut terpengaruh walaupun kita belum mula berpuasa pun lagi...aishhh...
P.S: buat mereka-mereka yang ada tertinggal puasa wajib tahun lepas...cepat la menggantikannya...
Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Thursday, June 21, 2012
Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah —
P.S: teks ini dipetik dari FB kawan....agak menarik untuk dikongsi. Ini link mengenai penulis buku tersebut http://en.wikipedia.org/wiki/Maurice_Bucaille
Tak boleh isi petrol dalam botol ke?
Wednesday, June 20, 2012
Huuuu...dah lama tak update blog. Sibuk betul masa cuti sekolah dengan lepas cuti sekolah ni. Semasa cuti, sibuk berjalan ke sana-sini. Terbang dan ber'backpacking' ke Vietnam dan lepas tu balik kampung pulak. Lepas cuti, sibuk dengan kerja dan kerja-kerja pengkeranian. Haish...selagi dok bernyawa ni, itulah rutin hari-hari. Bila balik dari bercuti ni ada member cerita pasal nasib malang yang menimpanya. Bukanlah besar sangat malangnya tu, tapi bila mendengar cerita member ni rasa kasihan pulak aku kat dia. Dia beritahu yang satu hari tu motor yang ditunggangnya tu kehabisan minyak. Memandangkan kejadian berlaku pada waktu tengahari dan semua kawan-kawan bekerja, jadi menapaklah dia ke stesen minyak yang terdekat dalam kepanasan tengahari. Hampir 15 minit jugak dia menapak ke stesen minyak tu. Sampai sahaja di stesen minyak dia terus mencari botol kosong untuk mengisi minyak. Setelah membayar di kaunter, dia pun pergilah nak mengisi minyak. Baru sahaja isi 50 sen, tiba-tiba pekerja stesen minyak tu mengarahkan member ni berhenti dari mengisi minyak. Dia terpinga-pinga bila diarahkan sedemikian. Kata si pekerja tu, tidak dibenarkan mengisi petrol menggunakan botol plastik dan kalau nak juga, perlu membeli tin yang disediakan oleh stesen minyak itu. WTF? Member kata dia dalam kecemasan, dan perlu minyak tu sebab minyak motor dia kering. Tetapi pekerja tu berkeras juga tak bagi. Kemudian pekerja tu memulangkan baki RM1.50 kepada member tu. Hoh....dah la tak boleh isi lepas tu nak menapak balik ke motor pulak...tragis ooo...So, ada ke peraturan yang mengatakan pembeli tak boleh mengisi minyak kedalam botol ni? Ada yang tahu tak sebabnya?....Member ni terus belah dan terus memangkah stesen minyak tu (kira mcm putus hubungan teruslah...heheh)...kesiaaannn....
Abu Al-Ghazali - Jika Cinta Allah....
Tuesday, May 15, 2012
pernahkan kamu merasa bahagia
di saat kamu ada bersama kekasih hatimu
jauh pun terasa dekat, sakit pun terasa nikmat
hidup pun seperti bersama malaikat
badai hanya serasa seperti hujan
terik matahari seperti sejuk saja
tak ada masalah
reff:
takkan ada gulita bila isi hatimu
penuh dengan rasa cinta, cinta kepada Allah
takkan ada air mata jika isi hatimu
penuh dengan rasa rindu, rindu kepada Allah
pernahkah kamu merasa damai
saat sang kekasih ada selalu di sisimu setiap waktu
caci maki serasa seperti puji-pujian
dan suara sumbang sepertinya merdu
p/s: kalau kita rasa kita susah...ramai yang lebih susah dari kita. Hmmm....bersyukurlah... btw, nice song...
Subhanallah...
Wednesday, May 9, 2012
Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad.
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.
Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.
Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.
Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).
Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.
Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.
Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.
Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).
Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,
Sumber: http://zainurrashid.com/“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”-(Surah al Baqarah ayat 146)
P.S: found this interesting and sharing this would be meaningful too...thanks to zainurrashid!
Panas, panas, panas!
Monday, April 30, 2012
Semua orang dok bercakap pasal demonstrasi sejak dua menjak ni. Bermula dengan demo nak menuntut pelupusan pinjaman dan seterusnya satu lagi demo dengan skala yang lebih besar Sabtu lepas. Kali ni lebih panas (dah la cuaca pun panas...) kereta terbalik, manusia beribu, dari jauh datang dan berdemonstrasi. Perghhh...panas. Ada yang dah simpan kemas-kemas baju kaler kuning dalam gobok-gobok dirumah. Hehehe...Ada yang mula memberi pendapat itu dan ini. Kat FB dan twitter semua dok sibuk buat ulasan. Ada sokong, ada yang tidak sokong. Tapi yang kurang seronoknya apabila ramai menggunakan bahasa yang kasar dalam menegakkan benang masing-masing. Jangan sampai menggunakan perkataan yang boleh mengguris perasaan orang, kaum dan agama lain. Peace....
P.S: PRU 13 kita pangkah yang kita suka...jangan pangkah yang kita tak suka pulak! hahahahaha....
Ibu-Ibu dan isteri-isteri mesti suka tengok poster ni....
P.S: PRU 13 kita pangkah yang kita suka...jangan pangkah yang kita tak suka pulak! hahahahaha....
Ibu-Ibu dan isteri-isteri mesti suka tengok poster ni....
Kasih adik kepada abang...
Wednesday, April 25, 2012
Kelmarin bila aku baca satu berita mengenai kasih seorang adik kepada abangnya...fuhhh, sedih jugak woo..Seorang adik sanggup menderma darah dan tulamg sum-sum semata-mata bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapi abang tetapi akhirnya, dirinya pula yang meninggal akibat dari komplikasi pembedahan yang dijalani. Satu pengorbanan yang besar dilakukan siadik kepada abangnya. Walaupun baru berumur 13 tahun, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau adalah menjangkau umurnya yang muda itu. Al-fatihah kepada si adik yang tabah ini....
P.S: semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya, amin.... (Aku pun tak tau kalau aku mempunyai hati dan kekuatan seperti beliau...)
‘Berkorban demi abang’
DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.
“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.
Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.
myMetro 24 Apr 2012
P.S: semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya, amin.... (Aku pun tak tau kalau aku mempunyai hati dan kekuatan seperti beliau...)
‘Berkorban demi abang’
DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.
“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.
Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.
myMetro 24 Apr 2012
Baju mempunyai jenama Arak?
Saturday, April 21, 2012
Soalan:
Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan ‘Carlsberg’ pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara’iah, Jabatan Hal Ehwal Syara’iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.
Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.
Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-lainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:
عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.
Maksudnya:
“Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.
Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.
Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
ولا تعاونوا على الأثم والعدون
Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. “ (Surah Al-Maidah: 2)
Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.
Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.
Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan
Date Of Issue : 1998
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan
Date Of Issue : 1998
Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/
KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU
Friday, April 20, 2012
Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.
Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
SUMBER: Islam Iman Ihsan
P.S: tersentuh dengan cerita ni....bagaimana sikap kita pulak ye? Subhanallah...
Piermario Morosini, RIP
Monday, April 16, 2012
Selepas empat minggu pemain bolasepak Bolton Wanderers kena serangan jantung, semalam seorang lagi pemain bolasepak kena serangan jantung tetapi kali ini pemain bola tersebut tidak dapat diselamatkan. Satu peringatan buat semua kerana badan yang sihat dan cergas tidak semestinya sihat didalam. RIP bro...
HDR photo
Sunday, April 15, 2012
Mungkin ramai fotografer kat luar sana tu yang meminati gambar HDR tetapi masih baru dengan teknik sebegini (aku pun sama...). Untuk menghasilkan imej HDR, ia memerlukan 3 keping gambar (atau lebih) yang berbeza exposure untuk dicantum menjadi satu. Ada otai mencadangkan agar exposure itu di ubah menggunakan software seperti Photoshop dan sebagainya. Namun bagi mereka yang mempunyai kamera dslr yang canggih, mereka boleh menghasilkan 3 keping gambar yang berbeza exposure dengan sekali klik sahaja. Bagaimana nak membuatnya, ye? Bagi yang memiliki kamera Nikon, mereka boleh menggunakan teknik Auto Exposure Bracketting (AEB) yang boleh di set kan di Custom Setting Menu. Kemudian pergi ke brakecting/flash menu dan pilih opsyen Auto Bracketing. Pilih opsyen Automatic Exposure.
Bila dah selesai dengan pilihan opsyen tu, tekan butang BKT dan pilihlah bagaimana hendak dihasilkan gambar tu. Samada +2F, -2F ataupun 3F. Bagi yang tiada wireless ataupun remote shutter release, setkan kepada self timer. Lepas tu...apa lagi, mula lah projek HDR masing-masing....hehehe. Kalau yang berjaya menghasilkan gambar HDR tu, kongsi-kongsilah dengan saya ni....
contoh gambar. Sumber diambil dari:http://www.soultravelmultimedia.com/2010/09/02/doublemultiple-exposure-photography-tips-tutorials-and-examples/
P.S: untuk kamera canon...hehehe, kena google sendiri le sebab aku nikonian....hehehe
RON95...selamat ke tak?
Saturday, April 14, 2012
Sejak kenaikkan harga petrol dunia, ramai pemandu yang sangat berkira dengan belanja minyak kereta mereka. Masa mula-mula naik harga minyak, ramai yang mula memikirkan mengenai performance kereta masing-masing jika menggunakan minyak RON95 dan apakah kesannya kepada enjin kereta yang dipandu. tetapi sejak kebelakangan ini, pemandu yang mengisi minyak RON95 mula memikirkan mengenai keselamatan diri pula kerana banyak kes kebakaran kereta berlaku sejak akhir-akhir ini. Ramai bijak pandai mula membuat spekulasi mengenai minyak yang digunakan kerana menurut mereka minyak RON95 ini mudah terbakar dan berbahaya apabila berlakunya kemalangan. Betulkah pandangan ini?


Aku sebagai pemandu kereta turut tertanya-tanya mengenai permasalahan ini. Hingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak yang berkaitan mengenai keselamatan menggunakan minyak RON95 ini. Tapi dari bacaan aku, kebanyakkan kereta di Malaysia boleh menggunakan minyak RON95 walaupun kereta import. Hanya Honda Civic Type-R dan Suzuki Swift perlu menggunakan minyak RON97 kerana dikatakan sebagai sebuah jentera yang memerlukan minyak premium bagi meningkatan kekuatan enjin (sumber: http://www.fastmotoring.com/index.php/2009/09/ron-compatible-list-for-your-gasoline-engine/#more-185). Di Jepun, minyak premium mereka adalah RON100! Perghhh...mana nak cari minyak macam ni kat Malaysia. Hehehe...Di Eropah, kebanyakkan kereta mereka menggunakan miyak RON95 ataupun yang gred premiumnya adalah RON98. Ada juga yang mempersoalkan gred 95 kita adakah sama dengan gred 95 di negara luar? Jawapan yang tak dapat dicari sehingga kini.
Berbalik kepada persoalan awal tadi mengenai selamat atau tidak, ramai mengatakan tidak. Baru-baru ini semasa aku meninjau disebuah bengkel kereta, tauke kedai ini telah menerangkan mengenai fenomena kebakaran kereta ini tadi. Katanya, RON95 bukanlah penyebab utama kebakaran kereta sehingga meragut nyawa penumpang dan pemandu kereta. Menurut tauke ini, antara punca-punca kebakaran adalah disebabkan oleh pendawaian oleh mereka-mereka yang tidak bertauliah dikedai-kedai eksesori dan bengkel-bengkel kereta. Pendawaian secara membabi buta boleh menyebabkan litar pintas dan akhirnya menyebabkan kebakaran. Selain itu, kualiti wayar yang digunakan turut menjadi punca kepada permasalahan ini. Wayar yang tidak berkualiti akan menyebabkan ia cepat panas dan terbakar. Pernah tak kita tengok pekerja kedai eksesori ini membuat penyambungan wayar? Selalunya diorang menggunakan tape hitam untuk membalut wayar-wayar yang dipotong. Kadang-kadang pekerja-pekerja ni membuat kerja dalam keadaan yang sangat pantas supaya kerja yang dilakukan itu cepat siap. Lagi satu, pemandu kat Malaysia ni suka sangat pasang lampu tambahan kat kenderaan masing-masing. hehee...
Tauke kedai tu juga mengatakan bahawa sekarang ini ramai pemandu yang terbeli bateri kereta tiruan untuk kereta mereka. Antara ciri-ciri bateri tiruan adalah, ia lebih ringan dari bateri yang ori kerana besi (ye ke?) di dalamnya bila kita lihat adalah separuh dari bateri original. Tak kira jenama bateri tu Yokohama ka, Century ka, banyak bateri tiruan dijual dikedai-kedai di luar sana. Kita bila tengok harga murah saja, terus tersenyum simpul. Bateri tiruan ini lagi bodynya lebih lembut dari bateri ori. Hal ini akan menyebabkan bateri tiruan ini akan mudah pecah dan bocor apabila ada hentaman berlaku pada kereta kita. Apabila bateri ini pecah atau rosak, pintu-pintu kereta yang menggunakan autolock akan tidak dapat dibuka kerana jammed kuncinya. Kata tauke itulah...tapi apabila difikirkan semula, ada betulnya juga. Ye tak? Ada juga bateri kalau kita perhatikan betul-betul dibadannya di tulis made in Japan, tapi diatas penutupnya pula made in Indonesia. Hehehe...dunia-dunia....
So, selamat atau tidak RON95 ini, tepuk poket tanya orang sebelah, minyak mana yang hendak dipilih..hehehehehe. Selamat memandu...
P.S: my two cents only...hehehe...
Tsunami...kononnya!
Rabu lepas bila berlakunya gempa bumi di Aceh ramai mula membayangkan satu lagi malapetaka akan berlaku di negara kita ataupun di negara-negara sekitarnya. Pada masa sama, amaran mengenai tsunami turut dikeluarkan dan masih ramai yang melekat di kaca tv masing-masing untuk mencari maklumat atau berita mengenainya. Yang lebih advance akan mula melayari internet mencari video-video bukti gempa bumi atau tsunami yang berlaku. Pada ketika inilah ramai yang tertipu bila ada seorang hamba yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan kononnya berlaku tsunami di Pulau Pinang. Aku yang menontonnya juga turut tertipu kerana melihatkan tarikh dimuat naik video itu dan tajuk video yang menyatakan kejadian berlaku pada 11 April 2012. Tapi sebenarnya, video itu merupakan footage yang diambil pada tahun 2004! Persoalannya, adakah individu ini tidak sensitif dengan kejadian yang berlaku dan perasaan orang ramai yang menontonnya? Ada satu komen dari warga Singapura yang berasa kesal dengan tindakan individu ini yang menyebabkannya berasa terlalu risau dengan keadaan keluarganya yang berada di Pulau Pinang. Bukankah kita sepatutnya bertanggungjawab dengan berita yang kita sampaikan? Sikap ini sesuatu yang memalukan dan boleh dikatakan sebagai satu tindakan kurang ajar!!! Ptuihh...
Subscribe to:
Comments (Atom)
Flying with a dream...
lovely...



