Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Final)

Wednesday, December 10, 2008
(sambungan)...Tak ketinggalan ialah gerai air tebu dan gerai zonice. Aku ada jugak la beli sehelai dua t-shirt buat kenangan. Ada jugak rasa kesalan dihati sebab jambori kali ni tak dapat official t-shirt jambori dan t-shirt yang dijual pun tak ada satu pun bearing logo jambori. Sayang. Dihari-hari terakhir ni pun kami masih sempat dengan aktiviti jalan-jalan cari makan kami. Kali ni Kinto membawa kami ‘ngesop’ di sebuah kedai yang baginya memang amat ‘kick’ dengan siap terajang semua cukup. Hehe..Memang sedap pun! (mana taknya, makan free…huhuhu). Malamnya hujan turun lagi dan membuatkan groundsheet berair dan tidak selesa diduduki. Di tapak kawad acara perasmian penutup sedang berlangsung. Kontijen Selangor ada memenangi beberapa anugerah. Kawad tongkat memenangi tempat ketiga, pameran tempat kedua dan kebudayaan juga ditempat kedua ( eh..ye ke? Aku dah lupa la). Apabila majls penutupan tu tamat, Kinto singgah di kanopi kami dan mengajak kami bermalam dirumahnya. Ajakan Kinto memang menarik apabila melihatkan keadaan khemah dan tempat pembaringan aku dan Fizi. Tapi pada masa tu Fizi dah tidur dan bilangan kami yang seramai empat orang itu memerlukan kereta untuk kesana. Memandangkan hanya Fizi saja yang berkereta jadi aku dan Che Bad menggerak dia bangun untuk kerumah Kinto. Dengan keadaan mata yang masih bertutup, Fizi meminta aku yang memandu keretannya. Aku pun setuju. Pada masa tu hujan masih turun renyai-renyai. CHe Bad menunggu diluar kereta untuk member arahan sebab keadaan gelap sangat. Tiba-tiba bila kau menekan minyak aku rasakan tayar kereta mulai tenggelam di dalam selut. Aku terus berhenti menekan minyak. Kemudian Fizi mengambil alih dan menekan minyak dengan agak kuat yang bertujuan untuk mengeluarkan keretanya dari selut yang mula membuatkan keretanya tersangkut. Namun tindakan Fizi menenggelamkan lagi tayar kereta. Aku mula rasa bersalah apabila Fizi mengatakan bumper dia pecah. Che Bad pun aku tengok ada rasa bersalah jugak tu. Hehehe… Aku dan Che Bad mula mengorek lubang dan mengisinya dengan batu-batu. Dari sebuah kereta Wira, aku rasa kereta Fizi dah bertukar menjadi Jip 4WD. Che Bad kata dia ada terdengar Fizi kata “ Wira, transform!” (hahaha…buat lawak untuk kurangkan rasa bersalah!). Berkat kesabaran dan sedikit perasaan takut, akhirnya kereta Fizi berjaya dikeluarkan! Bila dah berjaya dikeluarkan, apa lagi…kami pun terus kerumah Kinto untuk bermalam disana (jangan la sapa-sapa dari jawatankuasa Kontijen baca post ni..amin!) Sampai disana kami terus menggunakan kemudahan yang ada secara maksimum, mandi sepuas-puasnya dan melayan blog PPM Gombak sambil chatting kat cbox. Murshid terus tidur. Aku pun dalam bercakap-cakap terus tak sedarkan diri. Heheh…letih beb!

Hari keenam- Hari untuk berangkat pulang. Kinto masih tidur masa kami bertolak balik dari rumahnya. Sampai sahaja di tapak perkhemahan, aku beruniform penuh untuk bertugas bagi adat menurunkan bendera. Jambori di Johor ni boleh dikatakan perkhemahan pertama aku selepas 4 tahun bercuti dari dunia pengakap. Dengan suara yang dah serak aku teruskan juga memberi arahan (aku buat silap pulak tu masa memeberi arahan…heheh) Apabial bersurai, aku dapati Che Bad dah bertolak balik dengan motor Kriss hikmatnya tu. Kami pun menurunkan khemah dan kanopi bersiap-siap untuk pulang ke Gombak. Hampir jam 11.30 barulah kami dapat bertolak pulang kerana berpuluh-puluh buah bas beratur untuk mengambil para peserta pulang. Perjalanan pulang pun kami masih disirami air hujan dan tersangkut didalam kesesakan jalanraya. Jam lima lebih kami tiba di Hill Crest.

Berjambori pada kali ini meninggalkan banyak kenangan manis dan mengikat lagi persahabatan yang terjalin. Nampaknya kemasukkan semula aku ke dalam PLD Gombak seperti menggantikan seorang ahli yang aktif dan berpengalaman. Murshid akan berpindah ke Hulu Selangor yang mana memungkinkannya berada di bawah PPM Hulu Selangor pula. Tapi pengalaman aku akan disambung pula dengan plan ke Sabah pula pada tahun depan bersama geng-geng di Gombak. Backpacking trip selama 5 hari 4 malam (ye ke Rosdi si Bentara Hutan?) Heheh………TAMATED!

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Pt.4)

Thursday, December 4, 2008
Pada saat ini semua peserta dari Gombak telah bangun dan bersiap untuk bertugas menyiapkan sarapan untuk kontijen Selangor. Ketika itu, Fizi masih lagi mamai sementara Murshid dan Che Bad seakan-akan turut bersiap untuk membantu didapur. Aku meminta supaya Fizi menunggu aku sekiranya ingin ke masjid untuk mandi pada pagi itu. Aku masih lagi ingat kata-kata Fizi waktu itu “ Zal, kau bertugas dulu, bila nak pergi masjid nanti gerak aku”. Aku dengan semangat berkobar-kobar terus ke dapur dan membantu apa yang patut. Apa yang menghairankan aku ialah, si Murshid dan Che Bad masih tak sampai-sampai ke dapur walaupun pada ketika itu aku dah menggoreng bihun untuk kali ke dua dah. Tiba-tiba ada seorang peserta datang dan menyerahkan kunci motor Che Bad kepadaku. Rupa-rupanya diorang dah ke masjid bersama-sama Fizi! Celaka…aku dah kena tipu! Hahaha…Hati aku menggelegak seperti mana rencah yang aku sedang sediakan untuk gorengan kali ketiga. Pada masa yang sama hujan sedang mencurah-curah turun dengan lebatnya. Kali pertama sejak kami berkhemah, hujan turun dengan lebatnya. Aku terbayangkan tempat beradu aku dengan geng-geng aku kerana limpahan air seperti tsunami pada ketika itu. Aku hanya sempat meminta seorang peserta untuk menutup atau berbuat sesuatu bagi menyelamatkan barangan yang ada di atas groundsheet. Pada jam 7.30 pagi, Che Bad dan Murshid tiba didapur dengan badan berbau wangi (celaka lagi!) Heheheh…Melaporkan bahawa kawasan khemah kami ditenggelami air separas pinggang (takdelah, paras buku lali ja…). Sedih jugak aku, kerana semua pakaian aku ada dalam backpack aku dan ada yang disidai di kanopi. Apabila aku kembali ke kanopi, uniform aku dan seluar-seluar aku semuanya lencun dan yang paling best ialah bila Che Bad Nampak sepasang seluar yang terlipat elok tetapi submerge dalam air. Dia kata “ Jangan seluar aku sudeh!” tetapi harapannya hancur sebab memang seluar dia pun! Hahahaa…cantik je terlipat dalam air yang agak jernih (terkena tulah aku le tu…). Setelah kemas dan sidai apa yang patut aku pun ke masjid untuk mandi. DI masjid aku terjumpa dengan kawan lama yang mengajar di Johor yang turut menyertai Jambori. Kalau tak salah aku la, dah hampir dua belas tahun tak jumpa. Huhuhu….

Sebelah tengaharinya bila aku sampai ditapak perkhemahan masing-masing dah bersiap-siap untuk ke Tanjung Piai. Masing-masing beruniform penuh. Segak dan bergaya kecuali beberapa orang yang terpaksa memakai seluar yang basah dan agak kusam ke Tanjung Piai. Kami difahamkan bahawa tempat yang akan kami lawati ini merupakan bahagian ter selatan benua asia. Fuyoo…kira cipta rekod jugak ni. Para peserta bergerak mengikut patrol masing-masing dan kami Berjaya menaiki bas yang agak awal ke sana. Namun agak kecewa kerana bas yang kami naiki penghawa dinginnya tak berapa dingin. Macam angin kipas je. Yang lawaknya apabila ditanya kepada pemandu bas dia memberikan alasan bahawa bas baru dihidupkan jadi tak sejuk la lagi aircondnya tapi dah separuh perjalanan pun masih macam tu jugak! Hampir jam 4.30 petang kami sampai di destinasi. Kami dikumpulkan dahulu oleh pekerja pusat tersebut dan diberikan taklimat mengenai peraturan dan maklumat mengenai tempat tersebut. Kemudian kami bergerak secara berkumpulan. Apa yang kami dapat lihat disepanjang laluan yang kami lalui hanyalah pokok dan ketam bakau. Tuan Haji Bustamin memang ‘cool’, sempat di ayat beliau pekerja wanita dipusat tersebut. Hasilnya kami dapat naik pondok peninjau yang orang lain tidak dibenarkan menaikinya. Hehehe…syabas Tuan Haji. Diakhir lawatan kami dibawa ke hujung jeti pusat tersebut yang membolehkan kami melihat Singapura dan Pulau Karimon, Indonesia. Di hujung benua la katakan ! Sebelum pulang kami membeli sijil yang mengesahkan kami telah berada di hujung benua Asia dan sesi bergambar dihadapan pusat tersebut. Memandangkan masing-masing sudah keletihan, apabila naik saja bas untuk pulang, rasa-rasanya hampir semua peserta terus melelapkan mata sehinggalah tiba di Kem Tanjung Labuh. Pada sebelah malamnya aku hanya lepak di bawah kanopi sambil berbaring kerana keletihan. Che Bad dah senyap sunyi didalam khemahnya. Peserta lain kebanyakkannya menyaksikan pertandingan akhir malam kebudayaan di pentas utama Jambori. Pada penamat pertandingan itu kelihatan percikan bunga api di langit. (tak ada la macam sambutan tahun baru..heheh). Kemudian berhuha-huha dengan Kinto dan family dia… dan tanpa disedari zzzzzzzz…..

Hari yang kelima – Para peserta bersiap awal untuk sesi bergambar bersama troop masing-masing. Pengambaran diuruskan oleh jawatankuasa dokumentasi Kontijen Selangor. Setelah selesai para peserta meneruskan aktiviti jambori sementara kami meneruskan aktiviti shopping! Hehehe….membeli buah tangan untuk semua ahli PLD Gombak. Haa…baru aku teringat, aku sebenarnya ditugaskan menjual lencana korobori Gombak, tetapi aku tak dapat menjual banyak kerana kebanyakkan peserta mahu trade-in atau bertukar-tukar lencana dari membeli. Sori boss...Pada hari terakhir aktiviti alhamdullilah semua peserta dari Gombak Berjaya mendapatkan lencana aktiviti masing-masing. Terima kasih kepada si Wahib peserta dari Gombak Setia yang banyak membantu (tapi pelik jugak…si Wahib ni Penolong pemimpin dan juga Kelana) tak kisah la janji dapat lencana. Hehehe… Di hari-hari terakhir ni, kami mengambil kesempatan meronda-ronda tapak jambori dan melawat kontijen-kontijen yang menyertai jambori. (bersambung lagi daa...)

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...