Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tuesday, September 23, 2008


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan yang berada jauh dimata. My greeting goes to
: Geng di Bukit Mertajam - Man, Pakcik, Ijan Pak Mat, Ijon, Zam Hetfield, Ijan (adik zam) dan semua ex-classmates High School BM (1988-1994). Geng KBTC (1995-1997): Zulkafli, Syed, Asmadi, Zalela, Yuhaida, Wan Zul, Kamal, Jaei, and geng jahat yang lain (uhh..dah lupa nama kalian). Geng di SK Batu Arang: Kob, Leman, Asri, Ida, Roly, and semua-semua la ( lupa jugak la...aduh). Geng SK Seri Kundang : Lan, Aznul, Shah, Norsal, Saiful, Mat Lat, Riduan and semua yang ada kat sana (still lupa nama lagi). Geng USM PKPG TESOL (2005-2008): Dani, Apit, Ita, Lina, Norehan , Samirah, Balkish, Kak Ju, Rosli, Safiza, Aliya, Wan Sherry, Nana, Wani, Erin, Nani, and the rest of batch 2005/08!

Selamat hari raya and Maaf zahir dan Batin!!!

Yang Boleh dan Tidak Semasa Berpuasa...

Tuesday, September 9, 2008

Qiyam Ramadan

Monday, September 8, 2008
RASULULLAH s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa melakukan qiyam Ramadan, sedangkan dia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka dia akan diampunkan dosanya yang telah lalu." (Hadis Sahih Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

RASULULLAH s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa melakukan qiyam Ramadan, sedangkan dia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka dia akan diampunkan dosanya yang telah lalu." (Hadis Sahih Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)Qiyam Ramadan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah menghayati setiap malam pada bulan Ramadan dengan ibadat sunat, terutama solat sunat Tarawih.
Solat sunat Tarawih adalah solat sunat yang dikhususkan hanya pada Ramadan sebagai buah tangan yang sangat bermakna kepada umat Islam untuk merebut pahala berganda kerana ia tidak boleh dilakukan pada bulan lain, selain Ramadan. Perkataan 'tarawih' ialah kata jamak daripada perkataan 'tarwihah' yang bermakna berhenti rehat kerana orang yang mengerjakan solat Tarawih akan berhenti sebentar pada setiap kali mereka selesai mengerjakan empat rakaat dengan dua salam. Solat Tarawih sunat hukumnya untuk ditunaikan lelaki dan perempuan dan ia boleh dilakukan di rumah dengan seorang diri atau berjemaah, tetapi lebih afdal dikerjakan berjemaah di masjid atau di surau.Mengenai solat Tarawih ada hadis daripada Aisyah r.a., katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w, pada suatu malam (dalam bulan Ramadan) ketika jauh malam keluar lalu solat di masjid, diikuti beberapa orang lelaki sebagai makmum. Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersolat bersama Baginda.Keesokannya terhebah peristiwa itu diperkatakan orang lalu bertambah ramai orang hadir di masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w keluar ke masjid lalu solat, diikuti oleh jemaah.Sampai malam keempat, penuh sesak masjid dengan jemaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh. Selesai solat, Baginda menghadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah Taala dan) mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebabnya Baginda tidak datang ke masjid untuk mengerjakan solat Tarawih bersama), sabdanya:"Amma ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada aku mengenai kedudukan kamu (sebagai orang-orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi aku bimbang (solat Tarawih) itu akan difardukan atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya."Imam al-Zuhri, seorang perawi hadis ini berkata: "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w sedang perkara (solat Tarawih) itu berkeadaan demikian" (tidak dikerjakan dengan berjemaah). (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)Sejak itu solat Tarawih tidak dikerjakan berjemaah di masjid tetapi masing-masing mengerjakannya bersendirian, di rumah atau di masjid. Keadaan ini berterusan sehingga zaman Saidina Umar r.a, baru solat Tarawih dikerjakan berjemaah di masjid menurut seorang imam yang dilantik Umar sendiri seperti yang diterangkan dalam hadis berikut (maksudnya):Daripada Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: "Pada suatu malam dalam bulan Ramadan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti beberapa orang.(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amat baik."Kemudian beliau mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab.Selepas itu, saya mengiringi Saidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka (yang tersebut).(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Amalan ini satu perbuatan bidaah yang baik ..." (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)Menurut huraian ulama, kalimah 'bidaah yang baik' disebutkan Saidina Umar ialah arahannya mengenai solat Tarawih dengan berjemaah selepas beliau menjadi khalifah.Ini kerana ia dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan ijmak oleh sahabat Nabi s.a.w yang ada pada zamannya serta diwarisi umat Islam turun-temurun.Mengenai bilangan rakaat solat Tarawih banyak keterangan berlainan, tetapi menurut yang dipilih dan diamalkan jumhur ulama daripada kalangan mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali ialah 20 rakaat berdasarkan amalan sahabat Nabi dalam zaman Saidina Umar r.a, seperti yang diterangkan dalam hadis berikut, maksudnya:"Daripada Al-Sa'ib bin Yazid r.a, katanya: Mereka (sahabat Nabi) biasanya mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab, sebanyak 20 rakaat..." (Hadis riwayat Baihaqi)Imam Baihaqi r.a, menyebutkan sebuah hadis lagi diriwayatkan Imam Malik dan Yazid bin Ruman katanya: "Biasanya orang ramai mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar r.a., sebanyak 23 rakaat ..." (Hadis Mursal).Dalam ulasannya, Imam Baihaqi berkata: Kedua-dua hadis yang tersebut (tidak bercanggah), malah boleh disatukan kerana mereka mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat (seperti disebut dalam hadis pertama), kemudian mereka mengerjakan solat Witir tiga rakaat (seperti disebut dalam hadis kedua).Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat ialah pilihan mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis terbabit.Dalam mazhab Maliki, pada mulanya solat Tarawih dikerjakan sebanyak 20 rakaat juga, kemudian ditambah 16 rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir - yang menjadikan jumlahnya: 39 rakaat. Tetapi menurut sesetengah ulama, solat Tarawih boleh dikerjakan sebanyak lapan dan 20 rakaat, kerana ada hadis mengenai perkara itu. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir, manakala sahabat nabi mengerjakannya sebanyak 20 rakaat pada zaman Saidina Umar r.a.Ada pula segolongan kecil yang terdorong membidaahkan amalan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat yang termaklum, kerana dakwa mereka, hadis yang menjadi dalilnya bukan hadis sahih. Bagaimanapun, solat Tarawih yang sempurna dan mendapat pahala ialah solat yang dilakukan dengan tenang dan khusyuk, sempurna bacaannya dan sempurna segala-galanya sesuai dengan dasar 'ihsan' iaitu segala amal bakti hendaklah dikerjakan sebaik-baiknya.

Taken from: MyMetro 8 September 2008

Sumpah Orang Minyak...


Semalam sambil-sambil menunggu waktu bersahur, sempat pulak aku melayan cerita lama lakonan allahyaraham Tan Sri P. Ramlee di ASTRO. Sedang aku melayan cerita tu, aku terbayang akan sumpahan orang minyak ke atas kita iaitu kenaikan harga minyak dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter pada pertengahan tahun ini. heheh..Tapi, sumpahan tu tak kekal kerana kita disumpah lagi, setelah ramai yang naik minyak dengan kenaikan harga yang menggila tu. Sumpahan kali ni menurunkan sedikt harga minyak kepada RM 2.55 seliter. Yang mana dah naik minyak tu dah turun sedikit minyaknya. Mungkin kita akan terkena sumpahan lagi sebelum Aidilfitri ni. Ada ura-ura akan diturunkan lagi harga minyak sekiranya harga minyak semakin stabil. Nampaknya kita memerlukan Pak Sheikh atau Tuan Guru Bunian sepertimana di dalam filem itu untuk menangkap orang minyak masuk ke dalam botol ajaibnya semula! Heheeh....


P.S: Jangan naik minyak dengan post aku ni! hehehehe

Ramadan al-Mubarak

Tuesday, September 2, 2008
Dalam masa dua hari kita menyambut dua perkara yang besar. Hari Ahad yang lepas (31 Ogos) kita hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 dan pada Isnin pula kita menyambut 1 Ramadan, permulaan bulan puasa yang disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia (dan juga di dunia). I September juga merupakan harijadi anakku yang kedua yang jatuh pada hari pertama puasa. Semoga semua dapat bermuhasabah dengan setiap apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Apakah kita merdeka sepenuhnya dan adakah kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya? (insyaallah.) Kepada teman-teman, selamat berpuasa dan menjalani ibadah puasa dengan penuh takwa.

Ramadan...

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, "Allahuma bariklana fii rajab wa sya'ban, wa balighna ramadan." Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, "Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha." Maksudnya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.
2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita.
Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, "Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya." Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, "Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh barkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka." (HR. Ahmad).Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. "Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka." [Q.S. Muhamad (47): 21]
6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. "Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui," begitu kata Allah di Al-Qur'an surah Al-Anbiyaa' ayat 7.
7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." [Q.S. An-Nur (24): 31]
8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.
9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba'da sholat subuh dan zhuhur.· membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Taken from:http://www.paksi.net/modules/penulisan_kreatif/article.php?storyid=147

Mayday, mayday mayday!

病毒通知!(Virus Notice) Must forward to everyone!!!Very Important 病毒Virus千萬不要登入 :
Don't enter below website:www.yahoo-photos.net很多人已受害 Many people have been victimized這個訊息非常重要有很多人已領野了 一定要注意 !!! Pay Attention to this website!!這個網址 : www.yahoo-photos.net 千萬不要登入,因為登入以後帳號就會被盜,後果會很嚴重! Do not sign in! or log in because your account would be stolen, the consequences will be serious! It's like a virus and spread. Please tell everyone about this.因為即時通有誰的帳號誰就會被盜,所以千萬不要進入這個網址,也不要登入!它會像是病毒一樣的 … 散開!所以,請大家告訴大家,多傳幾封,把這個消息傳出去! 為了你好,也為了你所有的朋友好!病毒通知!!不轉的人是自私鬼!!再重複一遍:can.exe.bat.pig.的檔案勿開!!
PLEASE DO NOT OPEN THIS FILE: can.exe.bat.pig.
最新強大病毒通知!(中了!電腦就報銷了,無法重灌!)
THE COMPUTER WILL DAMAGE IF THIS VIRUS ATTACK!要小心一封名為「來抽支籤!」(exe檔案)BE CAREFUL OF THE 「來抽支籤!」(exe File)
請勿開啟,並請立即刪除!
DO NOT OPEN AND DELETE IT ASAP.它會將你工作列右下角的圖示都變成〝梅花〞,
It will change the icon at the right corner on the desktop to 'Plum Blossom' 且讓電腦無法關機,還會自行寄給你連絡簿裡的朋友,
The computer cannot be switch off and the virus will direct forward to all your contact搶於第一時間,通知朋友們,希望能來得及!請將這個消息轉寄給在你通訊錄裡的所有人! 
PLEASE FORWARD THIS EMAIL TO ALL YOUR CONTACT AND TELL THEM ABOUT THIS VIRUS AS SOON AS POSSIBLE.真正威力強大的病毒來了喲∼比以往更嚴重! IT'S A POWERFUL VIRUS!!!

P.S: I got this from a friend of mine. I do not know whether it is true or not. Just be alert. Okay?

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...