Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Kebebasan bersuara @ Free Speech?

Thursday, September 27, 2012
Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni pun tak tahulah. Ada saja pihak yang suka suki nak menghina agama dan mengguris perasaan muslim yang dianuti berbilion-bilion manusia ini. Belum pun habis dengan isu karikatur Rasulullah, kita dikejutkan dengan filem yang menghina Rasulullah pula. Itu diluar negara, di dalam negara juga tak kurang hebatnya. Ada pihak mempertikaikan semangat dan sikap cintakan Rasulullah dengan mengatakan demonstrasi dan tunjuk perasaan oleh orang Islam dinegara ini sebagai membuang masa dan remeh. Perghhh....menyirap darah apabila membaca kenyataan tu. Baru-baru ni ada lagi manusia yang cuba menaikkan darah orang Islam dinegara ini dengan mengeluarkan kenyataan yang betul-betul boleh menimbulkan ketegangan sehinggakan dah ada individu yang membuat satu page " Kami anti ...." lihat disini di laman sosial Facebook. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka ini tidak tahu sensitiviti masyarakat di Malaysia? Setakat ini rasanya tak pernah ada orang Islam mengeluarkan kenyataan menghina agama lain. Inilah hasil dari kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan itu. Tanpa pengawasan dan sekatan perkara sebegini akan berterusan dan akan menjadi bertambah parah. Hillary Clinton juga menegaskan Amerika tidak dapat berbuat apa-apa terhadap Sam Bacile yang dipercayai pengarah filem "Innocent of Muslims" itu kerana kebebasan bersuara yang diamalkan di sana. WTF? Alasan yang rasanya cuba memenangkan rakyatnya dan satu cara bagi menunjukkan sikap Amerika terhadap Islam.

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...