Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Musibah

Friday, April 24, 2009

Minggu ini aku masih di dalam keadaan terkejut kerana kekasihku sudah mula meragam dan mula demanding. Apa saja permintaan aku akan tidak dipedulikannya. Ini semua kerana si M yang mula masuk jarum meracuni fikiran kekasihku itu. Apakan daya, kejadian ini menyedarkan aku bahawa tiada apa yang dapat melawan kehendak Illahi. Walaupun aku cuba menjaganya dengan begitu rapi tetapi hubungan yang intim dengan kekasihku selama tiga tahun akan terlerai juga akhirnya. Aduh...keadaan ini membuatkan aku mendendami kelibat M. Semoga aku akan mendapat penawarnya bagi meredakan masalah ini. H....aku akan menyelamatkan mu dan hubungan kita ini.....


P.S: Celaka kau Malware (M) corrupt sudah laptop HP (H) aku....hehehe!

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...