Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Kasih adik kepada abang...

Wednesday, April 25, 2012
Kelmarin bila aku baca satu berita mengenai kasih seorang adik kepada abangnya...fuhhh, sedih jugak woo..Seorang adik sanggup menderma darah dan tulamg sum-sum semata-mata bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapi abang tetapi akhirnya, dirinya pula yang meninggal akibat dari komplikasi pembedahan yang dijalani. Satu pengorbanan yang besar dilakukan siadik kepada abangnya. Walaupun baru berumur 13 tahun, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau adalah menjangkau umurnya yang muda itu. Al-fatihah kepada si adik yang tabah ini....

P.S: semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya, amin.... (Aku pun tak tau kalau aku mempunyai hati dan kekuatan seperti beliau...)



‘Berkorban demi abang’


DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.

Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.

Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.

myMetro 24 Apr 2012

Short Film: New boy

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...