Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Your account has been blocked !

Monday, March 19, 2012

Home

Dear Customer

Malaysia's largest financial services group

Maybank is Malaysia's largest financial services group and has a strong regional presence

in South East Asia. We aim to maximize value for our shareholders by staying diversified

across geography and business units and capturing growth opportunities in high growth markets

therefore, subjecting your online banking to compulsory update to secure it from electronic fraud.

Please
Click Here to update your MayBank Online account .Note: Failure to confirm your account

within 48 hours will result to account suspension.

Warm Regards

Maybank Team



Note: I don't know whether this email is true or a fraud, but since this email is a spam...I think I just delete it...hmmmm....

Penunggang basikal dilanggar lari...


Memang menyayat hati bila tengok rakaman cctv ni. Aku sebagai penunggang basikal yang menjadikan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah turut berasa sedih di atas kemalangan yang berlaku kepada allahyaraham Rafizi ni. Aku harap semua pemandu kenderaan (kereta,bas,lori,dsb) tolonglah berhati-hati dengan penunggang basikal atau motosikal yang apabila berlakunya kemalangan, penunggang-penunggang inilah yang teruk menanggung akibatnya berbanding pemandu kereta, lori dan sebagainya. Allahuakbar...

P.S: Al-Fatihah untuk arwah Rafizi Hamdan....

Pesta Hot Air Balloon, Putrajaya

Sabtu lepas tanpa dirancang aku pergi tengok Pesta Belon Udara Panas kat Putrajaya. Perancangan asal nak pergi waktu siang sebab nak bawak anak-anak jalan-jalan sambil tengok belon ni tapi bila ada member sms ajak pergi, tiba-tiba aje tergerak hati nak pergi sebab member kata ada persembahan bunga api dan belon udara yang bercahaya pada waktu malam. Dalam kepala otak aku ni nak photoshoot je sebab banyak gambar yang aku tengok kat web lawa-lawa bila ambik gambar belon udara ni pada waktu malam. Lepas je Maghrib aku pun bertolak pergi sebab aku dah browse website dan acara bunga api ni akan bermula pada jam 8.30 malam. Laju je aku pecut dan aku janji dengan member nak jumpa kat sana.
Bila sampai saja di Putrajaya, aku tengok kawasan parking dah penuh dan aku pun masuk ke kawasan berhampiran Masjid Besi dan letak kereta kat situ. Dalam dok sibuk dengan anak-anak dan mengunci kereta aku perasan yang di Masjid Besi tu tengah berlangsung satu ceramah agama dan ceramah tu boleh kedengaran di luar kawasan masjid dengan jelas. Aku tengok jam baru pukul 8.20 dan aku pun berjalan ke arah Pesta Belon tu dan bila nak sampai kat kawasan pesta tu aku perasan banyak petak parking yang masih kosong dan aku pun beritahu kat wife yang aku nak ubah kereta kat situ. Masa berjalan balik ke kereta tu lah aku terdengar suara penceramah ni ," Bukan tak bagus pesta ini tuan-tuan dan puan-puan, tapi cubalah hormat sikit. Di masjid ni orang dok berceramah, azan tapi kat luar sana dok bising dengan muzik". Terkedu aku sekejap bila mendengar suara penceramah tu. Memang betul apa yang dikata oleh penceramah tu. Suasana kat tapak belon tu memang havoc dengan muziknya, orangnya, DJ dok boom!boom!....aish...Malam tu orang yang mendengar ceramah memang ramai tapi tak boleh lawan dengan bilangan orang yang datang ke pesta belon tu.
Apa pun, sebab dah sampai aku pun pergi jugak la tengok belon-belon tu...tapi belon-belon tu tak terbang pun, asyik dok tembak api je bagi belon tu kembang. Dalam dok tunggu member datang, tiba-tiba tanpa apa-apa makluman diorang dah mulakan persembahan bunga api. Tak sempat nak pasang tripod, adjust setting kamera dan cari port yang baik aku pun snap la gambar bunga api tu...dum dam dum dam, habis dah persembahan bunga api dan orang ramai pun balik...ceh, sekejap je. Hahahah...wife pun ajak balik sebab dah tak ada apa yang tengok lagi dan masih terasa dengan apa yang penceramah tu kata. Hehehe...
Gambar bunga api? Tak cantik pun sebab dok dekat sangat dengan terlindung oleh pokok dan tiang lampu...hampeh outing kali ni...hehehehe

P.S: lain kali minta penganjur buat program lepas pukul sembilan..lepas waktu Isyak! hehehe..


Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...