Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Pt.4)

Thursday, December 4, 2008
Pada saat ini semua peserta dari Gombak telah bangun dan bersiap untuk bertugas menyiapkan sarapan untuk kontijen Selangor. Ketika itu, Fizi masih lagi mamai sementara Murshid dan Che Bad seakan-akan turut bersiap untuk membantu didapur. Aku meminta supaya Fizi menunggu aku sekiranya ingin ke masjid untuk mandi pada pagi itu. Aku masih lagi ingat kata-kata Fizi waktu itu “ Zal, kau bertugas dulu, bila nak pergi masjid nanti gerak aku”. Aku dengan semangat berkobar-kobar terus ke dapur dan membantu apa yang patut. Apa yang menghairankan aku ialah, si Murshid dan Che Bad masih tak sampai-sampai ke dapur walaupun pada ketika itu aku dah menggoreng bihun untuk kali ke dua dah. Tiba-tiba ada seorang peserta datang dan menyerahkan kunci motor Che Bad kepadaku. Rupa-rupanya diorang dah ke masjid bersama-sama Fizi! Celaka…aku dah kena tipu! Hahaha…Hati aku menggelegak seperti mana rencah yang aku sedang sediakan untuk gorengan kali ketiga. Pada masa yang sama hujan sedang mencurah-curah turun dengan lebatnya. Kali pertama sejak kami berkhemah, hujan turun dengan lebatnya. Aku terbayangkan tempat beradu aku dengan geng-geng aku kerana limpahan air seperti tsunami pada ketika itu. Aku hanya sempat meminta seorang peserta untuk menutup atau berbuat sesuatu bagi menyelamatkan barangan yang ada di atas groundsheet. Pada jam 7.30 pagi, Che Bad dan Murshid tiba didapur dengan badan berbau wangi (celaka lagi!) Heheheh…Melaporkan bahawa kawasan khemah kami ditenggelami air separas pinggang (takdelah, paras buku lali ja…). Sedih jugak aku, kerana semua pakaian aku ada dalam backpack aku dan ada yang disidai di kanopi. Apabila aku kembali ke kanopi, uniform aku dan seluar-seluar aku semuanya lencun dan yang paling best ialah bila Che Bad Nampak sepasang seluar yang terlipat elok tetapi submerge dalam air. Dia kata “ Jangan seluar aku sudeh!” tetapi harapannya hancur sebab memang seluar dia pun! Hahahaa…cantik je terlipat dalam air yang agak jernih (terkena tulah aku le tu…). Setelah kemas dan sidai apa yang patut aku pun ke masjid untuk mandi. DI masjid aku terjumpa dengan kawan lama yang mengajar di Johor yang turut menyertai Jambori. Kalau tak salah aku la, dah hampir dua belas tahun tak jumpa. Huhuhu….

Sebelah tengaharinya bila aku sampai ditapak perkhemahan masing-masing dah bersiap-siap untuk ke Tanjung Piai. Masing-masing beruniform penuh. Segak dan bergaya kecuali beberapa orang yang terpaksa memakai seluar yang basah dan agak kusam ke Tanjung Piai. Kami difahamkan bahawa tempat yang akan kami lawati ini merupakan bahagian ter selatan benua asia. Fuyoo…kira cipta rekod jugak ni. Para peserta bergerak mengikut patrol masing-masing dan kami Berjaya menaiki bas yang agak awal ke sana. Namun agak kecewa kerana bas yang kami naiki penghawa dinginnya tak berapa dingin. Macam angin kipas je. Yang lawaknya apabila ditanya kepada pemandu bas dia memberikan alasan bahawa bas baru dihidupkan jadi tak sejuk la lagi aircondnya tapi dah separuh perjalanan pun masih macam tu jugak! Hampir jam 4.30 petang kami sampai di destinasi. Kami dikumpulkan dahulu oleh pekerja pusat tersebut dan diberikan taklimat mengenai peraturan dan maklumat mengenai tempat tersebut. Kemudian kami bergerak secara berkumpulan. Apa yang kami dapat lihat disepanjang laluan yang kami lalui hanyalah pokok dan ketam bakau. Tuan Haji Bustamin memang ‘cool’, sempat di ayat beliau pekerja wanita dipusat tersebut. Hasilnya kami dapat naik pondok peninjau yang orang lain tidak dibenarkan menaikinya. Hehehe…syabas Tuan Haji. Diakhir lawatan kami dibawa ke hujung jeti pusat tersebut yang membolehkan kami melihat Singapura dan Pulau Karimon, Indonesia. Di hujung benua la katakan ! Sebelum pulang kami membeli sijil yang mengesahkan kami telah berada di hujung benua Asia dan sesi bergambar dihadapan pusat tersebut. Memandangkan masing-masing sudah keletihan, apabila naik saja bas untuk pulang, rasa-rasanya hampir semua peserta terus melelapkan mata sehinggalah tiba di Kem Tanjung Labuh. Pada sebelah malamnya aku hanya lepak di bawah kanopi sambil berbaring kerana keletihan. Che Bad dah senyap sunyi didalam khemahnya. Peserta lain kebanyakkannya menyaksikan pertandingan akhir malam kebudayaan di pentas utama Jambori. Pada penamat pertandingan itu kelihatan percikan bunga api di langit. (tak ada la macam sambutan tahun baru..heheh). Kemudian berhuha-huha dengan Kinto dan family dia… dan tanpa disedari zzzzzzzz…..

Hari yang kelima – Para peserta bersiap awal untuk sesi bergambar bersama troop masing-masing. Pengambaran diuruskan oleh jawatankuasa dokumentasi Kontijen Selangor. Setelah selesai para peserta meneruskan aktiviti jambori sementara kami meneruskan aktiviti shopping! Hehehe….membeli buah tangan untuk semua ahli PLD Gombak. Haa…baru aku teringat, aku sebenarnya ditugaskan menjual lencana korobori Gombak, tetapi aku tak dapat menjual banyak kerana kebanyakkan peserta mahu trade-in atau bertukar-tukar lencana dari membeli. Sori boss...Pada hari terakhir aktiviti alhamdullilah semua peserta dari Gombak Berjaya mendapatkan lencana aktiviti masing-masing. Terima kasih kepada si Wahib peserta dari Gombak Setia yang banyak membantu (tapi pelik jugak…si Wahib ni Penolong pemimpin dan juga Kelana) tak kisah la janji dapat lencana. Hehehe… Di hari-hari terakhir ni, kami mengambil kesempatan meronda-ronda tapak jambori dan melawat kontijen-kontijen yang menyertai jambori. (bersambung lagi daa...)

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...