Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Kecoh!

Friday, February 27, 2009

Nampaknya politiking di Malaysia ini semakin menyesakkan. Kadang-kadang apabila membaca berita mengenai suasana politik di negara kita umpama menonton drama atau telenovela asing yang sendat dengan suspens dan kontroversi. Sebelah pihak mengatakan itu dan sebelah pihak yang lain akan mengatakan ini, tapi kebenarannya kedua-dua belah pihak masih mempunyai masalah dalaman sendiri yang belum tentu kesudahannya. Sebagai rakyat atau pembaca berita, keadaan sebegini menyesakkan lagi kepala kerana banyak hal lain yang perlu difikirkan. Namun apa yang boleh dilakukan,selagi kedua-dua pihak masih mahu bercakaran, terpaksalah kita mendengar dan membacanya... (maaf sekiranya post ini menyinggung mana-mana pihak)

Polemik Politik di Perak

Wednesday, February 11, 2009

Polemik lompat melompat ini semakin menjadi barah kepada rakyat terutamanya yang berada di Perak. Rasanya cukuplah pertelingkahan ini kerana tiada seorang rakyat pun akan mendapat keuntungan darinya. Tahanan yang ditangkap pada hari demontrasi diadakan tidak akan mendapat apa-apa selain jaminan dipenjarakan untuk satu jamgka masa yang belum ditentukan. Apakah nasib mereka-mereka ini akan dibela oleh para pemimpin yang bertelingkah ini? Rakyat umpama sang kancil yang berada ditengah-tengah perjuangan sang gajah. Terhimpit dan lemas. Terhimpit kerana tidak tahu pihak yang mana satu betulnya dan lemas dengan permainan politiking yang cukup rumit dan jelak untuk dijelaskan. Anak-anak yang ayahnya ditahan akan menunggu dirumah dengan seribu harapan dan merenung masa hadapan yang tak pasti. Bukanya mahu bias di sini tapi cukuplah dipermainkan perkataan rakyat ini. Itu rakyat ini rakyat. Tapi apabila memandu Toyota Camry, hanya asap dapat dihidu rakyat. Bukan bermakna setiap rakyat perlu dihadiahkan dengan Toyota Camry tapi cukuplah dengan pesanan kepada rakyat agar menjaga adab dan sopan. Adab menjadi taruhan ketika ini apabila Institusi Raja disanggah dan diugut dengan saman. Sekiranya J.W.W Birch boleh bangun dan berkata-kata mungkin si penjajah ini akan meminta kita hidup aman damai dan jangan diganggu Institusi Raja lagi. Semoga tiada lagi warisan Datuk Maharajalela untuk mempertahankan kedaulatan Sultan supaya kekecohan tidak berpanjangan. Yang pastinya beberapa persatuan dan NGO-NGO sudah mula bersuara namun adakah suara-suara mereka ini akan berpanjangan? Hanya masa akan menentukan. Semoga tiada satu lagi peristiwa hitam berlaku di tanah air tercinta ini kerana kita akan mewariskannya kepada anak-anak dan cucu cicit kita nanti. Buka mata dan mendengar dengan bijak bukan buka mulut dan mengangkat tangan sambil melaungkan kata-kata nista! Wallahualam….
P.S: Berita serangan di GAZA pun dah tak dapat melawan berita di Perak!

Lompat-Melompat

Thursday, February 5, 2009
Aduhh...pening-pening! Banyak sungguh aktiviti lompat-melompat ni. Lompat ke kirilah, lompat kekananlah. Apa yang nak jadi ni? Yang dah lompat keluar, lompat masuk balik pun ada! Pening-pening. Yang penting (bukan kerjasama ha...) semua yang melihat aktiviti lompat-melompat ni tak berpusing kepala dan naik minyak sudah....

Zaman sekarang yang gila....

Wednesday, February 4, 2009
Banyak perkara yang bermain di dalam kepala aku ketika ini. 26 Januari lepas ada aku terbaca satu artikel dimana editor sebuah surat khabar menulis mengenai remaja melayu yang ramai terlibat dalam pemujaan syaitan melalui muzik. Tulisannya yang bersandarkan kepada kajian yang dibuat oleh sekumpulan cendakiawan dari UIA mendapati remaja melayu sekarang terlalu obses dengan perkara-perkara yang hitam dan gelap ini. Muzik yang dikaitkan adalah jenis yang hitam juga. Black Metal. Apa yang ada di dalam kepala anak muda kita ini? Muzik adalah muzik, jangan terikut-ikut dengan kehidupan si pemuzik ini. Aku pernah terbaca satu komen yang di buat oleh seorang penyanyi black metal yang berasal dari Norway (dari kumpulan Gorgoroth) mengatakan bahawa segala jenis fahaman atau apa-apa yang berkaitan dengan satanisme adalah gimik semata-mata kerana baginya untuk bermain muzik yang keras, isinya perlu keras juga! Fikirlah wahai remaja sekalian. Keduanya apabila aku terbaca satu luahan yang dibuat oleh seorang perempuan yang beragama Islam yang mengatakan beliau telah diberhentikan hanya kerana beliau bertudung semasa kerja. Yang menjadi masalahnya disini ialah hal berkaitan tudung ini diungkit dan dipersoalkan oleh seseorang yang beragama Islam juga! Apa nak jadi ni? Haru biru betul....Semalam pula aku ada masuk satu blog yang betul-betul menyakitkan hati apabila profile penulisnya menggunakan nama Nabi Muhammad SAW! Astaghafirullah...semua penulisanya menghina Rasulullah dan Islam. Yang menjadi kemusykilan ialah penulis ini menggunakan Bahasa Melayu untuk penulisannya dan mengaku dirinya adalah murtad! Nauzubillah.....Dah gila gamaknya dunia sekarang ni?

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...