Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Kebebasan bersuara @ Free Speech?

Thursday, September 27, 2012
Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni pun tak tahulah. Ada saja pihak yang suka suki nak menghina agama dan mengguris perasaan muslim yang dianuti berbilion-bilion manusia ini. Belum pun habis dengan isu karikatur Rasulullah, kita dikejutkan dengan filem yang menghina Rasulullah pula. Itu diluar negara, di dalam negara juga tak kurang hebatnya. Ada pihak mempertikaikan semangat dan sikap cintakan Rasulullah dengan mengatakan demonstrasi dan tunjuk perasaan oleh orang Islam dinegara ini sebagai membuang masa dan remeh. Perghhh....menyirap darah apabila membaca kenyataan tu. Baru-baru ni ada lagi manusia yang cuba menaikkan darah orang Islam dinegara ini dengan mengeluarkan kenyataan yang betul-betul boleh menimbulkan ketegangan sehinggakan dah ada individu yang membuat satu page " Kami anti ...." lihat disini di laman sosial Facebook. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka ini tidak tahu sensitiviti masyarakat di Malaysia? Setakat ini rasanya tak pernah ada orang Islam mengeluarkan kenyataan menghina agama lain. Inilah hasil dari kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan itu. Tanpa pengawasan dan sekatan perkara sebegini akan berterusan dan akan menjadi bertambah parah. Hillary Clinton juga menegaskan Amerika tidak dapat berbuat apa-apa terhadap Sam Bacile yang dipercayai pengarah filem "Innocent of Muslims" itu kerana kebebasan bersuara yang diamalkan di sana. WTF? Alasan yang rasanya cuba memenangkan rakyatnya dan satu cara bagi menunjukkan sikap Amerika terhadap Islam.

Cara memadam akaun FB ...

Wednesday, September 26, 2012


Cara Repot Akaun Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia


Assalamualaikum, mungkin ada di antara kawan-kawan  yang telah kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau sahabat tetapi akaun Facebook nya masih aktif dan terus terbiar tanpa diuruskan lagi..




Ok, bagi memadam akaun facebook si gemulah, ini adalah satu cara melakukannya....


2. Taip nama arwah (seperti tertulis di facebook)
~Contoh nama fb akaun arwah “Hamba Allah”

3. Masukkan email dia :
~Contoh email fb arwah : “hamba_allah@yahoo.com

4. Masukkan Link dari akaun facebook arwah
~Contoh link fb arwah : http://www.facebook.com/hambaaaAllah
~Contoh kedua :

https://www.facebook.com/profile.php?id=10000324823758232525


5. Pilih salah satu
~Immediate family (spouse, parent, sibling, child)
~Extended family (grandparent, aunt, uncle, cousin)
~Non-family (friend, co-worker, classmate)
~Other

6. Bukti Kematian

7. Akhir sekali tick pada Memorialize account .. tekan send / hantar ..Selesai

–> Mohon kongsikan entri ini untuk pengetahuan dan kebaikan bersama :)



Nota: post ini  diambil dari :http://adf.ly/DB7J1

Free Adobe CS5 eBook

Saturday, September 22, 2012

Free Adobe CS5 eBook? Yes, it’s true.

Mr. Richard Harrington, I salute you.
Richard Harrington has done the world a Big Huge Good Thing with his recent release of a 100% FREE CS5 Creative Suite Tips & Tricks eBook (PDF) which will help us all Get More Done withAdobe’s Creative Suite CS5.
You CAN haz cheezeburger.
EBook in hand, you’ll be ready to explore the creative possibilities of DSLR video editing with Adobe’s Creative Suite 5 software bundle; it’s loaded with tips and tricks for helping you navigate the mind-bending plethora of creative calamity that awaits in the  Creative Suite CS5.
This wondrous gift, like happiness, is not something you can buy. Why?  Because it’s Free.
In that, might I mention legal, too?  Let’s check out what’s under the hood:
  • Working in the timeline of Adobe Premiere Pro
  • Get more done with Adobe Photoshop
  • Get organized with Adobe Bridge
  • Working with audio
  • Adobe After Effects Advanced techniques
  • Good shooting practices and Production Techniques
  • Sharing and publishing your video
Do yourself a favor and download a copy of Richard Harrington’s free CS5 eBook.
If you’re in the market for yet more info on the fusion of video and DSLR photography, immerse yourself in From Still to Motion, at Amazon.com.

Peringatan untuk Ibu dan Bapa...

Peringatan buat semua ibu atau bapa di Malaysia. Cuba tengok video ni....(peringatan untuk aku juga ...)

Pelik...Superman kot?

Friday, September 21, 2012


Ni adalah satu dari laporan berita yang menunjukkan satu kejadian yang agak pelik...seorang penjaja (mungkin) telah diselamatkan oleh satu kuasa dari dilanggar lori semasa melintas jalan. Tajuk beritanya iala
Guardian Angel?? Rescue, hard to believe in China" . Agak-agaknya apa benda tu eh?

Lagi Filem Menghina Nabi Muhammad...

Friday, September 14, 2012
Tak tahu apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Ada saja propaganda dan cara hendak menjatuhkan Islam dan umatnya. Terbaru ada pihak telah mengeluarkan sebuah filem ( Innocence of Muslims) yang menghina Nabi junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Aku apabila terdengar ja cerita ni aku rasa sebak dan amat marah. Kenapa yahudi laknat ini sentiasa saja mencari peluang untuk menaikkan kemarahan umat Islam? Memang b*b* sungguh la.... Mungkin apabila umat Islam mula mengamuk dan membuat demonstrasi besar-besaran dan mungkin akan menjadi satu keganasan, puak yahudi akan membuat kenyataan bahawa itulah Islam. Sentiasa ganas. Kurang ajar betul!!! Sebenarnya mereka yang ganas dan zalim.



Satu demonstrasi yang dibuat di Turki...ramai gila. Allahuakbar!

Nota: Mari kita boikot puak-puak yang menghasilkan filem tersebut dan negara yang menyokong penerbitannya. Bangunlah wahai umat Muhammad SAW..Allahuakbar!

A Tout Le Monde

Wednesday, September 12, 2012

Not for faint-hearted!

Monday, September 10, 2012

Perasan tak ada imej budak kat atas signboard hijau tu? Agak-agak orang adjust gambar ni ka atau betul?
Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.

Ball Pen drawing...

Ada juga orang dahsyat macam pelukis ni...Buat satu lukisan dengan hanya menggunakan pen mata bola sahaja (ball pen) sehingga kelihatan seperti gambar yang asli...dahsyat! 



Iklan Penipu...

Sejak akhir-akhir ni banyak betul iklan-iklan jualan pada harga yang tak munasabah dibuat di laman sesawang jualan online ni contohnya dalam Mudah.my. Kadang-kadang harga yang ditawarkan boleh membuatkan kita terliur sehingga menitik-nitik keluar dari mulut. Tadi aku baca satu post dalam FB ( member dok kat JB) pasal komputer riba Macbook Pro yang diiklankn pada harga RM3000...murah tuu..laptop ni masih baru dipasaran dan menurut laman web rasmi Apple, ia dijual pada harga yang lebih tinggi. Disebabkan kawan ni tak mau melepaskan peluang, dia terus menghubungi si penjual. Menurut penjual tersebut, barang tu mrupakan barangan rampasan Kastam dan sebab itulah ia dijual pada harga yang murah. Bila kawan ni nak tengok barang dulu ( kira COD la...) dia kata barang tu boleh nak tengok sebab dalam simpanan Kastam dan kalau mau barang, hendaklah dibuat secara bank in duit, dan barang akan dihantar setelah menerima pembayaran. Cehhh...sama ja taktik dia. Bulan lepas aku ada jugak telefon kat sorang mamat ni pasal body kamera...macam tu lah ayat dia....budak ni pun kat Johor jugak! Memang penipu..



Minggu lepas dalam dok berkira-kira nak pakai body kamera full frame, aku ada terbaca satu iklan pasal body D700 yang dijual pada harga RM2600 di Pulau Pinang. Aku pun apalagi terus telefon orang yang mengiklankan kamera tu. Bila aku telefon, ada sorang lelaki yang jawab...speaking pulak tu. Bila aku cakap Bahasa Melayu, dia tak faham. Bila aku speaking..dia pun tak berapa nak faham. Slang dia macam mamat Bangla mana ntah...Mula-mula dia kata kamera tu ada lagi. Bila aku kata nak tengok barang, dia tanya aku dok mana. Heran jugak aku...apa kena mengena dengan tempat aku dok pulak? Bila aku kata aku dok BM dekat nak pi tengok barang, dan-dan dia kata dia dah pi dok kat Sarawak. Kerja kat sana pula. Kamera tu pulak dia bawak sama pi sana...nak barang, kena bank in duit dulu....pergghhh...baru aku tau pasaipa dia tanya kat mana aku duduk. Supaya dia boleh pusing fuckta kata dia dok kat tempat lain supaya tak boleh COD. Binawe betullll....senang sungguh depa nak makan duit orang...Sebenarnya mamat Bangla ni orang kedua yang aku telefon. Ada satu malam tu aku sms sorang lelaki ni kononnya juai satu kamera murah. Dalam iklan dia kata dia dok Selangor. Bila telefon, macam tu jugaklah alasan dia..dah balik kerja kat Bukit Kayu Hitam pulak dah. Dia pun tanya aku dok mana...taktik sama la....

So kat kengkawan semua, berhati-hatilah dengan jual beli melalui internet ni....kalau boleh deal dengan cara COD bukan bank in duit...Selamat bershopping online semua....

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...