Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Sejukknyaaaa....

Saturday, March 31, 2012

Timeline Remover...cara mudah dan berkesan.

Mesti ramai yang kaki facebook hilang semangat dan minat bila FB masing-masing dah bertukar menggunakan Timeline. Ramai yang bencikan Timeline tapi tak tahu nak tukar ke profile yang lama. Jangan risau profile FB anda boleh diubah semula kepada yang lama.


meh baca cara-cara nak remove Timeline ni.

1. Mula-mula pergi ke http://timelineremove.com/

2. Kemudian pilih jenis browser yang digunakan.


3. Lepas tu...download la apalagi nak tunggu!

4. Akhirnya...Tadaaa!!!....yang ditunggu-tunggu...kembali kepada profile FB lama...


Tetapi Facebook akan mengeluarkan amaran mengatakan timelineremove.com sebagai spam! Tak akan dapat share url tu dalam FB dengan kawan. FB akan block.


Walau bagaimanapun, hanya kita akan mengalami perubahan ke profile asal kerana hanya kita yang memuat turun plugin tu...so, pakat-pakat la share info ni dan minta semua kawan kita download plugin dan remove timeline ni...selamat mencuba!

P.S: thank you timelineremove.com....

Your account has been blocked !

Monday, March 19, 2012

Home

Dear Customer

Malaysia's largest financial services group

Maybank is Malaysia's largest financial services group and has a strong regional presence

in South East Asia. We aim to maximize value for our shareholders by staying diversified

across geography and business units and capturing growth opportunities in high growth markets

therefore, subjecting your online banking to compulsory update to secure it from electronic fraud.

Please
Click Here to update your MayBank Online account .Note: Failure to confirm your account

within 48 hours will result to account suspension.

Warm Regards

Maybank Team



Note: I don't know whether this email is true or a fraud, but since this email is a spam...I think I just delete it...hmmmm....

Penunggang basikal dilanggar lari...


Memang menyayat hati bila tengok rakaman cctv ni. Aku sebagai penunggang basikal yang menjadikan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah turut berasa sedih di atas kemalangan yang berlaku kepada allahyaraham Rafizi ni. Aku harap semua pemandu kenderaan (kereta,bas,lori,dsb) tolonglah berhati-hati dengan penunggang basikal atau motosikal yang apabila berlakunya kemalangan, penunggang-penunggang inilah yang teruk menanggung akibatnya berbanding pemandu kereta, lori dan sebagainya. Allahuakbar...

P.S: Al-Fatihah untuk arwah Rafizi Hamdan....

Pesta Hot Air Balloon, Putrajaya

Sabtu lepas tanpa dirancang aku pergi tengok Pesta Belon Udara Panas kat Putrajaya. Perancangan asal nak pergi waktu siang sebab nak bawak anak-anak jalan-jalan sambil tengok belon ni tapi bila ada member sms ajak pergi, tiba-tiba aje tergerak hati nak pergi sebab member kata ada persembahan bunga api dan belon udara yang bercahaya pada waktu malam. Dalam kepala otak aku ni nak photoshoot je sebab banyak gambar yang aku tengok kat web lawa-lawa bila ambik gambar belon udara ni pada waktu malam. Lepas je Maghrib aku pun bertolak pergi sebab aku dah browse website dan acara bunga api ni akan bermula pada jam 8.30 malam. Laju je aku pecut dan aku janji dengan member nak jumpa kat sana.
Bila sampai saja di Putrajaya, aku tengok kawasan parking dah penuh dan aku pun masuk ke kawasan berhampiran Masjid Besi dan letak kereta kat situ. Dalam dok sibuk dengan anak-anak dan mengunci kereta aku perasan yang di Masjid Besi tu tengah berlangsung satu ceramah agama dan ceramah tu boleh kedengaran di luar kawasan masjid dengan jelas. Aku tengok jam baru pukul 8.20 dan aku pun berjalan ke arah Pesta Belon tu dan bila nak sampai kat kawasan pesta tu aku perasan banyak petak parking yang masih kosong dan aku pun beritahu kat wife yang aku nak ubah kereta kat situ. Masa berjalan balik ke kereta tu lah aku terdengar suara penceramah ni ," Bukan tak bagus pesta ini tuan-tuan dan puan-puan, tapi cubalah hormat sikit. Di masjid ni orang dok berceramah, azan tapi kat luar sana dok bising dengan muzik". Terkedu aku sekejap bila mendengar suara penceramah tu. Memang betul apa yang dikata oleh penceramah tu. Suasana kat tapak belon tu memang havoc dengan muziknya, orangnya, DJ dok boom!boom!....aish...Malam tu orang yang mendengar ceramah memang ramai tapi tak boleh lawan dengan bilangan orang yang datang ke pesta belon tu.
Apa pun, sebab dah sampai aku pun pergi jugak la tengok belon-belon tu...tapi belon-belon tu tak terbang pun, asyik dok tembak api je bagi belon tu kembang. Dalam dok tunggu member datang, tiba-tiba tanpa apa-apa makluman diorang dah mulakan persembahan bunga api. Tak sempat nak pasang tripod, adjust setting kamera dan cari port yang baik aku pun snap la gambar bunga api tu...dum dam dum dam, habis dah persembahan bunga api dan orang ramai pun balik...ceh, sekejap je. Hahahah...wife pun ajak balik sebab dah tak ada apa yang tengok lagi dan masih terasa dengan apa yang penceramah tu kata. Hehehe...
Gambar bunga api? Tak cantik pun sebab dok dekat sangat dengan terlindung oleh pokok dan tiang lampu...hampeh outing kali ni...hehehehe

P.S: lain kali minta penganjur buat program lepas pukul sembilan..lepas waktu Isyak! hehehe..


Al-Fatihah buat Adik Dirang

Tuesday, March 13, 2012
Setelah berhari-hari dan pelbagai usaha dijalankan akhirnya nasib Adik Dirang telah diketahui ramai apabila mayatnya telah dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya dalam keadaan terbakar dan rentung! MasyaAllah..syaitan manakah yang tak berhati perut melakukan perkara sebegini? Semoga Allah memberi pembalasan yang lebih berat terhadap pelaku ini...amin. Takziah kepada keluarga Adik Dirang...Al-Fatihah..

P.S: bagi mana-mana ibu bapa yang membaca post ini harap menjaga anak-anak dengan lebih ketat lagi sebab dunia ini dah semakin gila....**sebak....

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA

Kembali ke SSM...SBPA blues!

Thursday, March 8, 2012
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA

Tolong share: Meh pakat tolong cari....


P.S: mari semua panjatkan doa mohon kepada Allah SWT agar diselamatkan adik Nurul ni....amin.

Suka-suka..

Tuesday, March 6, 2012

Acara merentas desa SMKBG 2012..



Sunset @ Jeram, Kuala Selangor

Doa antara dua sujud...

Thursday, March 1, 2012

credit to: syahirul.com

Cameron Highland 2



Tajuk:Di tinggalkan...

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...