Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Polemik Politik di Perak

Wednesday, February 11, 2009

Polemik lompat melompat ini semakin menjadi barah kepada rakyat terutamanya yang berada di Perak. Rasanya cukuplah pertelingkahan ini kerana tiada seorang rakyat pun akan mendapat keuntungan darinya. Tahanan yang ditangkap pada hari demontrasi diadakan tidak akan mendapat apa-apa selain jaminan dipenjarakan untuk satu jamgka masa yang belum ditentukan. Apakah nasib mereka-mereka ini akan dibela oleh para pemimpin yang bertelingkah ini? Rakyat umpama sang kancil yang berada ditengah-tengah perjuangan sang gajah. Terhimpit dan lemas. Terhimpit kerana tidak tahu pihak yang mana satu betulnya dan lemas dengan permainan politiking yang cukup rumit dan jelak untuk dijelaskan. Anak-anak yang ayahnya ditahan akan menunggu dirumah dengan seribu harapan dan merenung masa hadapan yang tak pasti. Bukanya mahu bias di sini tapi cukuplah dipermainkan perkataan rakyat ini. Itu rakyat ini rakyat. Tapi apabila memandu Toyota Camry, hanya asap dapat dihidu rakyat. Bukan bermakna setiap rakyat perlu dihadiahkan dengan Toyota Camry tapi cukuplah dengan pesanan kepada rakyat agar menjaga adab dan sopan. Adab menjadi taruhan ketika ini apabila Institusi Raja disanggah dan diugut dengan saman. Sekiranya J.W.W Birch boleh bangun dan berkata-kata mungkin si penjajah ini akan meminta kita hidup aman damai dan jangan diganggu Institusi Raja lagi. Semoga tiada lagi warisan Datuk Maharajalela untuk mempertahankan kedaulatan Sultan supaya kekecohan tidak berpanjangan. Yang pastinya beberapa persatuan dan NGO-NGO sudah mula bersuara namun adakah suara-suara mereka ini akan berpanjangan? Hanya masa akan menentukan. Semoga tiada satu lagi peristiwa hitam berlaku di tanah air tercinta ini kerana kita akan mewariskannya kepada anak-anak dan cucu cicit kita nanti. Buka mata dan mendengar dengan bijak bukan buka mulut dan mengangkat tangan sambil melaungkan kata-kata nista! Wallahualam….
P.S: Berita serangan di GAZA pun dah tak dapat melawan berita di Perak!

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...