Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, August 26, 2011

Hari Raya semakin hampir dan rasanya dah tak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kengkawan yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan blogger, geng mukabuku (FB), band members di Bukit Mertajam (SOLARIS-izan.net,Zam,Ali,etc), band KLGG (Kinto,Bad,xUbiex,Joe,Prebet Jambang,etc),KAPAK (apit,daoh,adam,faizal) rakan-rakan di PPM Gombak,PPM Selangor, rakan-rakan CALT 30&31, ex-classmates di USM, KBTC, HSBM, geng basikal, geng panjat gunung dan sukan ekstrem (Adie Awang, Caffein Guy, xUbiex, akif,miza,aisyah,aizat,etc), wishclubmalaysia.my, my precious students, Farhan474, Muis, Radhi, Demo, rakan-rakan ICT Kuang, rakan-rakan di SMKBG, metformin500, muzik bingit, etc. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

Al-Fatihah

Thursday, August 25, 2011
Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Tuan Hj Rahmat b. Jaa'far (Setiausaha Latihan Negara / Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Bahagian Sumber Dewasa dan Latihan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5 Petang tadi di Hospital Kajang... Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman...amin.

Berlarilah sampai kehujungnya....

Wednesday, August 24, 2011
Runtuhnya Ramadan dilanda tsunami Aidilfitri

HARI ini 21 Ramadan 1432 Hijrah. Sudah masuk 10 hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai dulu ke garisan penamat dan muncul juara.

Laju yang dimaksudkan ialah meningkatkan amal ibadat tambahan sama ada memperbanyakkan membaca dan menghafal al- Quran, bersedekah, solat sunat malam (tarawih, tahajud, tasbih). Rasulullah SAW beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadan dan menjauhkan diri daripada menggauli isteri-isteri baginda.

Di Malaysia, adakah kita umat Islam meningkatkan ibadat pada 10 akhir berpuasa sebagaimana Rasulullah? Atau sudah masuk ke gear rendah dan memperlahankan amal pengabdian kepada Allah SWT?

Semua orang tahu jawapannya. Inilah masanya persiapan untuk menyambut Aidilfitri bertambah ligat. Gedung membeli-belah semakin penuh sendat. Jalan-jalan raya di pusat bandar besar semakin sesak. Bunyi mercun dan bunga api semakin gempita. Kerap kali ledakan mercun bola berhampiran surau memusnahkan kekhusyukkan jemaah yang sedang bersolat tarawih.

Sesungguhnya keghairahan mengimarahkan Ramadan yang amat ketara pada dua minggu pertama mulai lesu apabila Syawal semakin hampir. Lagu-lagu Aidilfitri yang berkumandang di radio dan di pusat-pusat beli-belah turut melonjakkan nafsu untuk beraya dan mengendurkan semangat beribadat yang begitu kental pada awal Ramadan.

Tambahan pula gaji awal dan bonus baru diperoleh. Makin ligatlah otak dan nafsu mencongak jumlah barang yang hendak dibeli. Bukan sekadar kuih-muih, pakaian dan gajet baru, malah ramai juga yang mengintai iklan-iklan kereta untuk pulang ke kampung dengan mobil baru yang mempamerkan peningkatan karier dan kejayaan hidup di kota.

Masing-masing juga telah lama meneliti kalendar, menghitung hari cuti yang layak dipohon. Kerani-kerani yang menjaga rekod cuti juga semakin sibuk melayani permohonan yang bertambah. Bos-bos yang tidak mengatur jadual cuti raya kakitangan mengikut giliran akan pening berhadapan dengan kerenah orang-orang bawah berebut cuti. Yang rambut beruban pun boleh bertukar perangai bagaikan kanak-kanak, sanggup bergaduh kerana berebut cuti.

Berapa orangkah yang memohon cuti untuk memberikan lebih tumpuan kepada ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan?

Tahap kesabaran juga mulai menurun bersama kehampiran Syawal. Bukan sahaja di jalan raya dan gedung beli-belah, malah di masjid juga terserlah perangai sebenar kebanyakan anak Adam.

Barisan saf jemaah solat tarawih mulai menipis. Imam-imam yang memimpin solat juga semakin kerap terlupa ayat al-Quran yang dibaca. Ramai juga yang mempercepatkan bacaan dan pergerakan solat tanpa mengambil kira kecergasan orang-orang tua yang menjadi jemaah setia.

Bersahutan

Makcik-makcik yang bertadarus juga mulai menggesa rakan-rakan mempercepatkan bacaan al-Quran supaya lebih lekas khatam. Ada juga yang mengingatkan rakan-rakan tadarus tentang kumpulan-kumpulan lain yang telah jauh meninggalkan mereka dengan menghabiskan lebih banyak juz. Ketergesaan mengambil tempat kesabaran.

Suasana syahdu menjelang subuh dengan suara-suara merdu bacaan Quran dan tahmid saling bersahutan melalui pembesar suara juga turut lesu bersama tsunami menjelang Aidilfitri. Ada kalanya kita terpaksa menengok jam untuk mendapatkan kepastian tentang waktu subuh kerana mikrofon di masjid dan surau masih membisu walaupun waktu imsak semakin hampir.

Aneh sungguh perangai manusia. Hendak dikatakan pengaruh syaitan, Rasulullah telah menegaskan bahawa syaitan-syaitan dirantai pada bulan Ramadan.

Bukan sahaja syaitan-syaitan di rantai, malah Allah SWT telah menyediakan insentif paling istimewa pada 10 akhir Ramadan, iaitu Lailatul Qadar atau malam penuh kemuliaan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. - Al Qadr 97: 1,2 dan 3

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman bahawa Rasulullah SAW pada hari terakhir bulan Syaaban berkhutbah di hadapan para sahabat yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya kmu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardu di bulan Ramadan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardu di bulan yang lain.

Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah syurga. Ramadan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin. Sesiapa memberi makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa, tanpa sedikitpun berkurang (pahala yang berpuasa).

Betapa keghairahan persiapan untuk menyambut Aidilfitri telah mengenepikan 'bonus besar' yang sepatutnya diperoleh setiap jiwa yang beriman di bulan Ramadan.

Aidilfitri pertama yang berlangsung pada 1 Syawal tahun 2 Hijrah bergema dengan takbir di seluruh Madinah bagi merayakan kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah di Perang Badar. Pada hari-hari Aidilfitri seterusnya, takbir dilaungkan tanda kesyukuran atas kemenangan dalam jihad melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan.

Malangnya pada hari ini, ramai umat Islam terlebih tumpu kepada persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Anehnya peperangan melawan hawa nafsu belum habis, kita lebih sibuk dengan persiapan untuk kononnya merayakan hari kemenangan.

Kemenangan apa jika jihad perjuangan sudah kendur pada hari-hari terakhir Ramadan? Ibarat berlumba lari, kita memperlahankan langkah ketika hendak sampai ke garisan penamat setelah begitu pantas memecut pada awal perlumbaan.

Inilah fenomena umat Islam di Malaysia pada hari ini. Puasa sebulan, beraya pun sebulan. Hadiah kemenangan yang hakiki berupa rahmat dan keampunan daripada Allah belum tentu dapat, tetapi yang bertambah subur ialah nafsu yang dibajai untuk menyambut Aidilfitri.

Dan turut memeriahkan sambutan ialah budaya yang tidak kena mengena dengan syariat agama. Lagu-lagu raya berkumandang lebih lantang daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi mercun menjelang Aidilfitri lebih hebat daripada gema takbir. Pemberian 'angpau' seolah-olah jadi suatu perkara yang wajib.

Astaghfirullah! Marilah kita kembali kepada landasan yang betul. Berlari kencanglah dari awal hingga ke garisan penamat Ramadan. Pasti kita akan merasai betapa syahdunya takbir di ambang Aidilfitri. Hancur luluh jiwa dan perasaan melaungkan takbir mengagungkan nama Allah Yang Maha Agung. Itulah tanda kemenangan sejati.


P.S: ini merupakan rencana yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2011. Satu rencana menarik yang rasanya...macam satu pukulan tepat ke muka kita! hehehe...

HSBM Scorpion U-15 1988

Tuesday, August 23, 2011




















Pagi tadi masa dok belek-belek FB kawan, aku terjumpa gambar aku masa di tingkatan 1. Klasik sungguh gambar ni. Kedai gambar yang cuci gambar ni pun dah tak berapa nak ada dah rasanya..hehehe.

Jujur dan amanah...

Agak tertarik dengan satu berita yang aku baca baru-baru ini dalam sebuah akhbar yang menceritakan bagaimana rakyat Jepun mengembalikan wang yang dijumpai selepas tsunami yang melanda mereka tidak lama dulu. Berjuta-juta ringgit dipulangkan atau diserahkan kepada pihak berkuasa. Hebat! Bukan semua orang boleh ada sikap yang sejujur dan amanah seperti mereka ini. Kalaulah kita terjumpa sedikit wang semasa kita dalam kesusahan, adakah kita akan bersikap seperti orang Jepun ini? Tidak dinafikan masih ramai diluar sana yang masih jujur dan amanah tetapi persoalannya berapa keratkah yang masih tinggal? Hehehe...bila dalam situasi yang sukar dan kesempitan kita mungkin akan menggunakan wang dijumpai itu. Teringat masa kecil-kecil dulu mak aku selalu berpesan supaya jangan mengambil barang orang atau wang yang dijumpai kerana biasanya wang yang diambil tidak seberapa tapi wang sendiri yang hilang selepas itu lebih banyak dari yang dijumpai (mungkin kebetulan kot...).Ada juga yang berpesan supaya menanda tempat wang dijumpai itu supaya kita tidak hilang pula duit sendiri. Kepercayaan kanak-kanak...hahaha. Apa pun, raya pun semakin hampir jadi aku hendak mengucapkan kepada semua rakan-rakan agar sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dan tidak lupa untuk meningkatkan amal ibadat dibulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah....

Raya...yeayyyy!!!!

Sunday, August 21, 2011
Syawal bakal menjelma. Maknanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan puasa pada tahun ni rasanya begitu cepat berlalu. Pejam celik - pejam celik dah nak masuk 21 hari berpuasa(kalau pejam tak celik-celik...heheeheh). Mungkin ramai dah habis shopping untuk persediaan raya. Kedai eksesori kereta pun penuh dengan pelanggan yang mahukan ride masing-masing cantik dan bergaya. Aku pun teringin jugak nak mod kereta aku tapi lain kali kot sebab baru ja repair bumper kereta yang rebeh sebelah dek disebabkan oleh rempitan durjana. Walaupun baru dapat bonus (TQ kepada yang memberi...)banyak benda lain yang nak dibeli untuk hari raya ni. Speaking of raya...macam-macam dugaan yang melanda di bulan puasa ni. Baru-baru ni kereta kena langgar lepas tu kelmarin pulak henfon jatuh dalam longkang yang penuh dengan air! woahhh...naya ooo. Aku cepat-cepat angkat dan matikan henfon tu. Dengan sepantas kilat aku keluarkan bateri dan lap air yang bersisa kat dalam henfon tu. Kemudian aku teringat satu petua bila mengalami keadaan seperti ni. Ada aku terbaca satu cara terbaik bila henfon dimasuki air ialah dengan menyimpan henfon tu dalam tong beras. Apalagi, dengan harapan semoga henfon aku tak rosak ( baru beli der..)aku terus masukkan dalam tong beras dan biarkan selama satu hari satu malam. Hasilnya...tadaaa...setakat ni bila aku on tak ada apa-apa masalah lagi. Harap-harap keadaan tu akan berkekalan la. Kalau tak...kena beli henfon baru la jawabnya...huhuhu. Kopak la poket aku lagi.....ok lah...adiosss!

Kad Raya

Friday, August 19, 2011

Tiba-tiba aku teringat pasal kad raya ni bila aku ada menerima e-kad raya dalam inbox email aku tadi. Sekarang ni dah ramai yang lupakan jasa kad raya ni apabila masukknya bulan Ramadhan kerana kecanggihan teknologi sedia ada semacam menafikan khidmat dan jasa yang telah dicurahkan oleh kad raya yang bersifat 'old-school' ni. Mungkin disebabkan kad raya ni agak membebankan dari segi kosnya kot? Teringat suatu ketika aku membeli sekeping kad raya besar (siap dengan lagu raya bila buka kad tu...)untuk bakal isteri aku 9 tahun yang lalu...huhuhu...dah agak lama tu..harga kad tu ialah...RM20! Mahalkan?...tapi, ada sentimental value ooo...sekarang ni...e-kad raya ni macam tak ada feelingnya...kaku...sebab yang penting dalam kad raya dulu-dulu ialah ucapan tulisan tangan pengirim tu...seronok oo bila dapat kad raya ni...sanggup tunggu posmen tiap-tiap hari...hehehe (yang sebenarnya aku jarang sangat dapat kad raya ni...heheh). Ciri-ciri unik kad raya 'old-school' ini ialah apabila dah habis baca, sesetengah orang akan tampal kad raya tu di ruang tamu. Ada juga yang gantung di pokok-pokok yang dalam rumah. Berseni oo...sekarang cuba la gantung i-pad ka, handphone ka kat pokok-pokok tu...mesti tumbang punya. hahahahaa... Apa pun, aku rasa dah sampai masanya kita hidupkan semula budaya mengirim kad raya ini kembali...meriah ooo! Teringat satu pantun yang biasa kita jumpa dalam kada raya dulu-dulu:

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas!

....hahahahaa.....best ooo...

P.S: untuk makluman, aku bukan ejen Pos Malaysia! Entry aku di atas bukan satu bentuk iklan atau promosi untuk Pos Malaysia ye...heheheheh.

Boleh ka macam ni????

Thursday, August 18, 2011

Jamil: Pak Haji!

Pak Haji: Ada apa Jamil?

Jamil: Anak Pak haji main judi...

Pak Haji: Astaghfirullah!

Jamil: Tapi dia menang...

Pak Haji: Alhamdulillah...

Jamil: ??????


Dugaan Ramadhan....

Wednesday, August 17, 2011

Apa la nasib aku hari ni, dalam dok berkira-kira nak upgrade basikal atau eksesori kamera aku tiba-tiba ada sebijik motor hentam belakang kereta aku. Sudah la tengah hujan lebat, kereta yang dok mai pun banyak dan tak sempat aku nak keluar tengok, budak yang langgar tu dah cabut! Sempat jugak aku jerkah kat budak tu suruh tunggu. Tapi budak tu terus pecut motor dia macam nampak hantu pocong.

Celaka betul....punah bumper kereta aku. Nak kejar tak boleh, kereta kat depan aku dok berhenti nak masuk simpang. Melepas la aku nak kejar budak tu. Budak yang langgar aku budak sekolah rendah ja...ada dua orang. Yang bawak motor tu pun kecik je. Pakai baju sekolah agama. Motor kaler biru. Haishh...kalau dapat tadi mau aku cekak kolar baju dia lepas tu angkat dia tingi-tinggi. Geram sungguh. Bila kereta dah boleh bergerak semula budak tu dah hilang. Ada jugak aku cari sekitar kawasan tu. Tapi...batang hidung pun aku tak nampak. Nampak gayanya, terbang la RM aku bulan ni dengan sia-sia. Ya Allah, kuatkanlah imanku dan tetapkanlah kesabaranku...amin.

Tak takut punnn!

Monday, August 15, 2011
Apa agaknya yang dirasakan oleh pelajar Malaysia yang belajar di luar negara ni ha? Sejak peristiwa rusuhan di London dan ada insiden pelajar kita dibelasah dan di 'pau', kemungkinan ada yang berasa gerun dan takut untuk keluar berjalan-jalan di sana ye tak? Tapi aku juga ada perasaan yang sama ketika berjalan-jalan mencari Maxis Center di Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini. Apa yang pasti, suasana di sana umpama aku pergi bercuti di Myanmar atau Bangladesh! Di mana-mana akan kelihatan warga Myanmar dan Bangla ini, bukan setakat bapak budak, mak-mak budak juga turut kelihatan di sana. Anak-anak mereka pula bermain dengan riang dan bergelak ketawa sesama mereka tanpa ada rasa takut atau gusar berada di negara orang. Haihhh...memang multinasional negara kita ini.....

Why some boys need their parents?

Friday, August 12, 2011









































































Kuih oh kuih!

Friday, August 5, 2011


















picture taken from: http://ptjkk.kelantan.gov.my

kuih yang digemari di bulan ramadhan...slurrppp!

Ramadhan Al-Mubarak

pejam celik pejam celik dah lima hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berjalan meninggalkan kita. Cuaca pun okay sehari dua ni. Boleh tahan la Ramadan kali ni. Tapi yang paling mengejutkan aku pada puasa kali ini bila melihat betapa ramainya orang yang mengunjungi pasar ramadan berbanding tahun sebelum-sebelumnya. Pada hari puasa yang pertama, jalan besar depan rumah jem teruk. Satu kilometer dari pasar ramadan dan jem. Fuhhh...gila! Rasanya trend zaman sekarang kot? Ramai yang dah kurang memasak kat rumah dan hanya membeli juadah yang terdapat di pasar ramadan untuk berbuka. Teringat kata seorang sahabat mengenai pengalaman membeli di pasar ramadan pada hari pertama, katanya nak berjalan pun payah, padat dengan manusia. Lauk yang dibeli pula, cantik dilihat tapi rasanya...kurenggg! Mungkin si tukang masak terlupa nak masukkan garam kot? hehehe...Aku macam biasa, dibulan puasa ni aku kena entertain anak-anak yang berpuasa ni. Masuk jam 6.30 diorang dah mula merungut dan buat macam-macam alasan nak berbuka awal. Setakat ni cara yang paling berkesan apabila anak-anak mula merungut, aku akan bawa diorang pusing-pusing dalam kampung naik motor sampai hampir waktu berbuka. Berkesan beb...anak-anak aku seronok, puasa diorang pun selamat! hahaha...aku pun tumpang seronok. Macamana dengan puasa korang pulak ek?

Nota: selamat berpuasa buat rakan-rakan di Bukit Mertajam, geng TESOLIAN, SMKBG, geng basikal dan sependakian, geng jamming dan buat semua pelajarku....

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...