Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

ROCKRADIO.COM - rock music for life

Wednesday, August 29, 2012
ROCKRADIO.COM - rock music for life

Cerita raya aku...

Pejam celik, pejam celik hari raya dah pun lepas (10 syawal hari ni...) dan rasanya semua dah pun mulakan kehidupan sehari-hari seperti biasa seperti seblumnya berpuasa. Bulan puasa sempat jugak la turunkan berat badan dalam 4 kilogram tetapi selepas setakat 10 Sayawal ni rasanya macam dah bertambah dlam 6 kilo balik! hahaha....(macam gambar kucing kat bawah ni...heheh)



Tapi apa pun aku masih sihat dan bertenaga (alhamdulillah...) masih mampu bekerja dengan baik. Tetapi yang tak bestnya, kasut yang aku tinggalkan kat makmal aku ni dah kena kebas dek orang. Jahanam betul. Takpalah, bukan rezeki aku agaknya...Berbalik kepad cerita raya, tahun ni aku beraya di kampung aku di Pulau Pinang dan bila dah balik kampung, aku dengan best friend aku pun jalan-jalan cari nasi kandar la. Ada satu kedai kat Bagan yang malamnya bila aku pi sana nasi kandaq dia...perghhh terangkat! Dengan orang ramai semua cukup. Siap beratur nak nak beli nasi. Tetapi bila aku repeat pada raya kedua, kira pi bersarapan la dengan family aku, nasi dia macam hampeh! Ayam goreng dia failed! Berbau...bila aku tanya kat pekerja dia, dia bagitau ayam baru goreng, tapi macamana pulak ayam tu sejuk gedi? Aku makan sikit ja, ingatkan dia tak kira nasi aku, bila bayaq dah la dia kira siap dengan jeling tak puas hati semua cukup! Pirahhhh....nasib baik masih dok raya lagi...

Lagi satu, bila dah pakat-pakat semua balik kampung, semua adik beradik aku ajak layan movie The Expendables 2 kat Jusco Perda. Tiket midnight. Punya la bersemangat nak tengok wayang (sebab dah bertahun tak tengok wayang) tapi bila duduk ja kat seat aku, seat dia senget sebelah macam nak patah. Nak tukar tempat lain, takut orang lain marah jadi aku pun layan la movie tu sampai habis dengan seat senget tu. Bila habis cerita pinggang aku punya la sakit sebab nak maintain bagi tak tergolek ke bawah. Last-last aku mangkit dan test seat dengan kaki aku.Tiba-tiba, prakkk...seat tu patah! hahaha...aku pun apalagi, cargas dengan muka selamba ja la...(pssttt...yg baca post ni jangan habaq kat toke wayang tu tau...)

Tapi apapun, raya tahun tahun ni best sangat sebab dapat balik kampung dan tahun depan kena raya kat kampung yg lagi satu pulak....hmmm....tapi tu cerita tahun depan la....

Nota: balik penang 2 jam lebih dari KL...balik KL, 7 jam setengah...jalan jem! damn....

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...