Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Jambori Antarabangsa Johor 2008 (Pt.3)

Thursday, November 27, 2008
Hari kedua – Keadaan tandas dan bekalan air semakin daif dan menyesakkan kepala. Kebanyakkan pemimpin keluar ke masjid berdekatan untuk mandi dan menunaikan hajat besar di sana. Che Bad dan Murshid seawal pagi sudah ke sana. Tinggal aku sahaja yang masih berbungkus. Para peserta kebanyakkanya sudah siap beruniform untuk perhimpunan pagi. Ada peserta memaklumkan bahawa mereka terpaksa mandi ala-ala P.Ramlee kerana ketiadaan air di bilik air. Hal ini berlaku kerana pihak penganjur tidak menjangkakan kehadiran peserta melebihi 4000 orang kerana mengikut pendaftaran awal hanya 3000 orang peserta sahaja. Aku pun turut beruniform setelah keluar menyucikan diri di masjid berdekatan. Pada perhimpunan pagi pertama kami dimaklumkan bahawa aktiviti akan hanya bermula pada keesokkan harinya kerana para peserta akan bersiap sedia untuk majlis perasmian . Menariknya kawasan perkhemahan Gombak turut didiami oleh Pesuruhjaya Daerah Klang, Tuan Haji Bustamin, Raj (ADC Klang) dan Norhafizi (ADC Kapar); kehadiran insan-insan ini memeriahkan lagi jambori yang dihadiri kali ini. Pada sebelah tengahari, kami mula menjengah gerai Zonice yang menjual alat-alat berpengakapan.Che Bad dan Murshid pula sibuk mencari gerai yang menjual peralatan berpengakapan dari Melaka yang kononnya lebih murah dan pelbagai barangan jualannya. Tetapi apakan daya , pencarian kami gagal. Pada waktu yang sama, para peserta dari setiap kontijen sedang menjalani latihan bagi perasmian jambori di tapak perhimpunan. Sekembalinya kami dari rondaan rasmi kami (hehehe), aku telah dimaklumkan untuk mengambil kit jambori dari urusetia kontijen Selangor. Setiap peserta dapat sebuat beg, skaf,buku aktiviti dan lencana jambori yang berbentuk berlian sementara para pemimpin hanya dapat sebuah beg dan lencana sahaja ( hairannya para pemimpin turut membayar jumlah yang sama untuk menyertai jambori ini. Ehmm…) Pengagihan pas/tag jambori juga tidak sama. Ada para pemimpin yang memakai tag participant ( kami panggil parti cipan) dan ada juga yang mendapat tag scout leader dan ada juga yang mendapat secretariat (Kinto..hang la tu). Namun atas semangat berpengakapan tak kisah la apa tag yang dipakai sekalipun, janji ada tag. Pada hari yang sama, kami uga diinfokan bahawa ada beberapa aktiviti yang dipertandingkan di Jambori itu seperti Kawad Tongkat , pidato (cerita-cerita hutan) dan persembahan kebudayaan. Untuk kawad tongkat, peserta dari Gombak menggalas cabaran untuk negeri Selangor sementara untuk persembahan Kebudayaan, peserta dari Kuala Selangor terpilih untuk berentap dengan kontijen yang lain. Pada sebelah malamnya, seperti biasa kami mula menuju ke masjid untuk menyucikan diri. Kinto datang dan mengajak kami keluar untuk mencuba asam pedas yang dikatakan sangat mahsyur di Batu Pahat. Kami juga turut dibawa meronda sekitar kawasan Bandar Batu Pahat (Kinto memang anak jati Batu Pahat). Antara kawasan yang dibawanya kami adalah dataran Batu Pahat yang mempunyai tugunya sendir i (ada batu besar yang sedang dipahat dengan tangan terapung..huhu) dan dia juga menunjukkan kawasan remaja-remaja disitu melepakkan diri dan kawasan di mana insan dua alam sedang mencari ‘mangsa’. ( Hahaha..hairannya si Kinto ni kenal nama-nama insan dua alam ni…hahahah- Ed: Tapi tua la diorang tu Kinto! Badan punya la sasa. Boleh ajak gaduh tu…). Malangnya kedai asam pedas yang dituju sudah hendak ditutup (Penangan si Rambo…tapi, Che Bad bukan hang mintak pusing dua kali ka kat dataran tu?) Akhirnya kami lepak kat kedai mamak. Bila sampai di tapak kem,semua terus zzzzzzzzzzzzzzz…!

Hari Ketiga – Para peserta mula sibuk menyiapkan diri dengan uniform penuh untuk perhimpunan pagi. Kami juga turut sibuk berangkat ke masjid untuk mandi dan solat. Setelah tamat perhimpunan pagi para peserta mula menukar baju untuk memulakan aktivi jambori. Pada hari pertama, Kontijen Selangor hanya akan menjalankan aktiviti Warisan dan Global. Pada mulanya kami mengiringi patrol masing-masing. Tapi apabila ramai yang mahu melakukan aktiviti lain, kami terpisah dengan patrol masing-masing. Cuaca adalah sangat panas dan terik. Kemudiannya Kinto membawa kami ke tapak Lapangan terbang di situ. Sebelah petangnya kami meronda lagi tapak jambori sambil pekena air tebu (heheh! Che Bad..aku rasa kita dah kena guna-guna la dengan toke gerai tu)Malamnya kumpulan kebudayaan mula bertanding diperingkat sub-kem dahulu dan kontijen Selangor akan mewakili Sub-Kem Endau Rompin ke final. Dalam mesyuarat malamnya, Gombak telah diarahkan untuk bertugas di dapur dari jam 6 hingga 9 pagi keesokkan harinya.

Hari Keempat – Beberapa orang peserta yang bertugas malam turut sama lepak di kanopi kami. Kehadiran mereka sedikt sebanyak menyempitkan ruang tidur aku. Pada jam 5 pagi aku terjaga kerana terkena tempias hujan. Nak elak pun tak boleh sebab yang sepatutnya berjaga malam tidur sebelah aku ramai-ramai..aduhhh! Cara terbaik hanya zipkan sleeping beg sampai ke atas. Pukul 6.15 aku dikejutkan pula supaya bertugas di dapur. (bersambung...)

Jambori Antarabangsa Johor (Pt.2)

Setibanya kami di Kem Tanjung Labuh, kami mula menurunkan segala peralatan dan barang-barang peribadi dan menunggu arahan selanjutnya dari petugas yang berada di pintu pagar. Dengan keadaan badan yang agak letih setelah berada lama di atas bas, kami mengikut sahaja arahan yang diberikan dan kemudiannya mula mendaki anak bukit yang merupakan sub kem 1, subkem endau rompin adalah kawasan yang telah ditetapkan untuk kontijen Selangor. Beberapa kontijen telah berada di subkem 1, jadi kami diberitahu bahawa buat sementara waktu kami akan menumpang tapak Kota Tinggi kerana tapak yang sepatutnya kami masuk masih tidak mempunyai lampu (kira terpaksa pasang khemah secara haram dulu la…). Masing-masing dengan perasaan yang berkobar-kobar, mula memasang khemah, akan tetapi ada beberapa orang yang mengambil kesempatan dengan memasang ‘khemah’ di rumah Kinto (hehehe…). Keesokan harinya, kontijen Gombak mulai mencari tapak yang sesuai dan mula berpindah ke tapak yang ‘halal ’ untuk mengharungi perkhemahan selama 7 hari dan 6 malam.


Pada hari pertama, kami dimaklumkan (atau lebih popular dengan perkataan di’infokan’) bahawa hari pertama diperuntukkan kepada setiap kontijen untuk menyiapkan dan menyelesaikan penempatan masing-masing. Kami yang telah selesai dengan tugasan kami mula memasang angan-angan untuk pekena nasi beryani gam yang terkenal di Batu Pahat. Apabila semua peserta dari kontijen Selangor mula menjamah hidangan tengahari kami pun (ajakan Kinto sebenarnya…) memulakan perjalanan kami ke Benteng untuk ke gerai Mat Syah. Masing-masing dengan beryani ayam dan kambingnya terus membelasah sehingga habis sepinggan nasi, dan yang bestnya…kami makan free sebab Kinto sekali lagi membuat kejutan dengan membayar harga makanan kami! ( Kinto: “Bila kat Batu Pahat, ni kira Zon aku”). Terima kasih daun keladi….
Pada sebelah petangnya, kami hanya meneruskan akiiviti kesukaan kami iaitu aktiviti kuak lentang. Namun Tuan Murshid, Ketua kepada ketua troop, agak sibuk pada sebelah petangnya kerana terpaksa bertugas untuk bangsa,Negara dan kontijen! Aku dan Che bad pula mengambil kesempatan meronda-ronda sekitar kawasan jambori dan buat pertama kalinya singgah di gerai menjual air tebu yang mana telah menjadi gerai kesukaan kami sehinggalah berakhirnya jambori ( Geng-geng yang lain pun akan mencari kami di gerai tersebut sekiranya kami tiba-tiba menghilang..heheheh).Kami juga turut mengkagumi ketinggian menara yang didirikan oleh pihak urusetia yang diinfokan ingin mengatasi ketinggian yang telah dicatatkan pada jambori sebelumnya .Pada malamnya pula, kami berkesempatan menonton acara bunga api (semburan api sebenarnya…) dari pihak bomba yang datang untuk menghapuskan sarang penyengat. Terima kasih abang bomba…. Kemudian…zzzzzzzzz

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...