Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Hari Guru 2009

Wednesday, May 20, 2009
Setiap 16 Mei para guru di Malaysia akan menyambut Hari Guru, yang selalunya akan disambut meriah disetiap sekolah dan juga diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan. Tahun ini, sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan disambut di negeri Terengganu Darul Iman dan salah seorang kawan aku turut terlibat dalam satu persembahan di situ. Dengar cerita sambutan yang diadakan meriah (dengar aje la sebab aku tak tengok!) dan disiarkan secara langsung di TV1. Bagi aku menjadi seorang guru ini adalah satu tugas yang mencabar dan memerlukan satu kekuatan dalaman yang tinggi, secara fizikal dan mental. Teachers in 60s and 70s might have have adequate time to educate and play their role to the fullest. Tapi sekarang guru-guru terpaksa mengejar masa untuk kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang-borang dan juga menghadiri kursus yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan. Bukan merungut tapi aku merasakan hal-hal sebegini menjadi satu cabaran yang besar bagi para guru pada masa ini. Tapi guru akan sentiasa membakar dirinya untuk menerangi pelajarnya. Sikap para pelajar masa kini juga turut menjadi sebahagian dari cabaran seorang guru. Apa yang anda akan lakukan sekiranya pelajar anda akan sentiasa menggunakan buku latihan yang baru setiap kali diberikan latihan? Apabila ditanya mereka akan mengatakan buku mereka hilang. Pening juga ye? Hahaha. Menurut satu kajian yang dijalankan bahagian sumber manusia, ramai guru yang mengalami tekanan jiwa dan stress yang amat sangat. Bahaya juga ye? Hehehe. Ada yang terpaksa mengambil ubat penenang jiwa bagi mengatasi masalah tekanan jiwa dan stress. Semoga aku tidak termasuk di dalam kumpulan tersebut (aminnn...). Namun begitu, cabaran dan tanggungjawab ini akan terus dipikul oleh semua guru. InsyaAllah....Selamat Hari Guru untuk semua.

P.S: lambat gila buat post ni....dah lewat 4 hari! hehehe....

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...