Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

RON95...selamat ke tak?

Saturday, April 14, 2012
Sejak kenaikkan harga petrol dunia, ramai pemandu yang sangat berkira dengan belanja minyak kereta mereka. Masa mula-mula naik harga minyak, ramai yang mula memikirkan mengenai performance kereta masing-masing jika menggunakan minyak RON95 dan apakah kesannya kepada enjin kereta yang dipandu. tetapi sejak kebelakangan ini, pemandu yang mengisi minyak RON95 mula memikirkan mengenai keselamatan diri pula kerana banyak kes kebakaran kereta berlaku sejak akhir-akhir ini. Ramai bijak pandai mula membuat spekulasi mengenai minyak yang digunakan kerana menurut mereka minyak RON95 ini mudah terbakar dan berbahaya apabila berlakunya kemalangan. Betulkah pandangan ini?



Aku sebagai pemandu kereta turut tertanya-tanya mengenai permasalahan ini. Hingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak yang berkaitan mengenai keselamatan menggunakan minyak RON95 ini. Tapi dari bacaan aku, kebanyakkan kereta di Malaysia boleh menggunakan minyak RON95 walaupun kereta import. Hanya Honda Civic Type-R dan Suzuki Swift perlu menggunakan minyak RON97 kerana dikatakan sebagai sebuah jentera yang memerlukan minyak premium bagi meningkatan kekuatan enjin (sumber: http://www.fastmotoring.com/index.php/2009/09/ron-compatible-list-for-your-gasoline-engine/#more-185). Di Jepun, minyak premium mereka adalah RON100! Perghhh...mana nak cari minyak macam ni kat Malaysia. Hehehe...Di Eropah, kebanyakkan kereta mereka menggunakan miyak RON95 ataupun yang gred premiumnya adalah RON98. Ada juga yang mempersoalkan gred 95 kita adakah sama dengan gred 95 di negara luar? Jawapan yang tak dapat dicari sehingga kini.

Berbalik kepada persoalan awal tadi mengenai selamat atau tidak, ramai mengatakan tidak. Baru-baru ini semasa aku meninjau disebuah bengkel kereta, tauke kedai ini telah menerangkan mengenai fenomena kebakaran kereta ini tadi. Katanya, RON95 bukanlah penyebab utama kebakaran kereta sehingga meragut nyawa penumpang dan pemandu kereta. Menurut tauke ini, antara punca-punca kebakaran adalah disebabkan oleh pendawaian oleh mereka-mereka yang tidak bertauliah dikedai-kedai eksesori dan bengkel-bengkel kereta. Pendawaian secara membabi buta boleh menyebabkan litar pintas dan akhirnya menyebabkan kebakaran. Selain itu, kualiti wayar yang digunakan turut menjadi punca kepada permasalahan ini. Wayar yang tidak berkualiti akan menyebabkan ia cepat panas dan terbakar. Pernah tak kita tengok pekerja kedai eksesori ini membuat penyambungan wayar? Selalunya diorang menggunakan tape hitam untuk membalut wayar-wayar yang dipotong. Kadang-kadang pekerja-pekerja ni membuat kerja dalam keadaan yang sangat pantas supaya kerja yang dilakukan itu cepat siap. Lagi satu, pemandu kat Malaysia ni suka sangat pasang lampu tambahan kat kenderaan masing-masing. hehee...


Tauke kedai tu juga mengatakan bahawa sekarang ini ramai pemandu yang terbeli bateri kereta tiruan untuk kereta mereka. Antara ciri-ciri bateri tiruan adalah, ia lebih ringan dari bateri yang ori kerana besi (ye ke?) di dalamnya bila kita lihat adalah separuh dari bateri original. Tak kira jenama bateri tu Yokohama ka, Century ka, banyak bateri tiruan dijual dikedai-kedai di luar sana. Kita bila tengok harga murah saja, terus tersenyum simpul. Bateri tiruan ini lagi bodynya lebih lembut dari bateri ori. Hal ini akan menyebabkan bateri tiruan ini akan mudah pecah dan bocor apabila ada hentaman berlaku pada kereta kita. Apabila bateri ini pecah atau rosak, pintu-pintu kereta yang menggunakan autolock akan tidak dapat dibuka kerana jammed kuncinya. Kata tauke itulah...tapi apabila difikirkan semula, ada betulnya juga. Ye tak? Ada juga bateri kalau kita perhatikan betul-betul dibadannya di tulis made in Japan, tapi diatas penutupnya pula made in Indonesia. Hehehe...dunia-dunia....


So, selamat atau tidak RON95 ini, tepuk poket tanya orang sebelah, minyak mana yang hendak dipilih..hehehehehe. Selamat memandu...

P.S: my two cents only...hehehe...

Tsunami...kononnya!

Rabu lepas bila berlakunya gempa bumi di Aceh ramai mula membayangkan satu lagi malapetaka akan berlaku di negara kita ataupun di negara-negara sekitarnya. Pada masa sama, amaran mengenai tsunami turut dikeluarkan dan masih ramai yang melekat di kaca tv masing-masing untuk mencari maklumat atau berita mengenainya. Yang lebih advance akan mula melayari internet mencari video-video bukti gempa bumi atau tsunami yang berlaku. Pada ketika inilah ramai yang tertipu bila ada seorang hamba yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan kononnya berlaku tsunami di Pulau Pinang. Aku yang menontonnya juga turut tertipu kerana melihatkan tarikh dimuat naik video itu dan tajuk video yang menyatakan kejadian berlaku pada 11 April 2012. Tapi sebenarnya, video itu merupakan footage yang diambil pada tahun 2004! Persoalannya, adakah individu ini tidak sensitif dengan kejadian yang berlaku dan perasaan orang ramai yang menontonnya? Ada satu komen dari warga Singapura yang berasa kesal dengan tindakan individu ini yang menyebabkannya berasa terlalu risau dengan keadaan keluarganya yang berada di Pulau Pinang. Bukankah kita sepatutnya bertanggungjawab dengan berita yang kita sampaikan? Sikap ini sesuatu yang memalukan dan boleh dikatakan sebagai satu tindakan kurang ajar!!! Ptuihh...

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...