Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Bukit Ramlee...XC

Tuesday, April 3, 2012
Setelah berminggu-minggu merancang dan dah beberapa kali tak jadi ikut, akhirnya Sabtu lepas aku berjaya mendaki Bukit Ramlee dengan tidak berapa jayanya. Hehe...mula-mula plan nak kayuh kat hutan sawit, tapi ada plak member cadang naik Bukit Ramlee, seperti pucuk dicita ulam mendatang la...hahaha. Tapi dalam hati berdebar-debar jugak sebab dah dekat sebulan tak kayuh, asyik sibuk je setiap hujung minggu. Boleh ke aku naik ni? Dengan pertolongan seorang rider otai ni, akhirnya aku sampai juga ke puncak dan pekena sebijik karipap dan segelas air nenas jumbo...perghhh tekanan gila. Orang lain aku tengok punya la happy, aku dah nak biru muka dok tahan nafas sebab tak larat nak kayuh naik bukit tu. Hehehe...tapi masa turun, bedesup aku pecut! hahaha...

Ni ha gambarnya...


geng-geng pristina ngan saujana utama...


otai yang bukak kelas tambahan kat aku....cara-cara mengayuh dengan betul...hahaha

Game 3D- motion sickness.

Ramai orang dok gila main game 3D tak kira pakai PS2 kaPS3 ka atau xBox, tapi aku tak boleh. Bila main saja, kepala aku mula dok berpusing dan mula nak muntah. Apasala ha?Dari bacaan aku hal ini berlaku kerana fungsi otak dan badan disconnect masa main game tu sebab mata kita asyik tumpu kat game tu, especially game tembak-tembak (medal of honor, etc). Keadaan ini dipanggil motion sickness. Bukan semua game akan memberi kesan macam tu. So, langkah terbaik sebelum mula pening dan muntah-muntah ialah dengan berhenti bermain, berbaring dan rehatkan minda anda....cubalah gamers semua yang dah mula pening2 tu...hehehe.

Planking?

Baru ni ada terbaca tentang satu hobi atau bagi orang-orang ni sebagai satu 'form of art' yang dikenali sebagai 'planking'. HOH? Mungkin yang first time dengar (macam aku) akan rasa betapa tak membinanya aktiviti planking ni. Tapi yang dah lama menceburi bidang ni, mungkin planking ni memberi mereka satu kepuasan ( masih tak tau kat mana datangnya kepuasan tu...). Ada komen kat ruangan forum di sebuah akhbar mengkritik aktiviti ni satu perbuatan sia-sia dan memudaratkan. Hehehe...sebab ada sorang mamat ni dok planking kat tengah-tengah pintu masuk sebuah pasaraya! Katanya ada sorang makcik ni dok minta tolong kat orang ramai suruh tengok mamat yang dok planking tu takut-takut dia pengsan atau kena heart attack! Punggahhhh...hahaha. Bila browse kat google, planking ni satu dunia ada buat...dari kecik sampai yang tua..hehehe.

Jom kita tengok gambar-gambar planking ni. Apa kata pembaca sekalian?


ni kat oversea...

ni kat Malaysia...hah?


Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...