Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Awan....

Monday, December 26, 2011

Hitam Putih Kehidupan....hehehehe.



wallpaper XP! hehehe...


Depan rumah member di Kuala Terengganu.

PMR 2011

Saturday, December 24, 2011
Tahniah buat semua pelajar seluruh Malaysia yang berjaya mendapat keputusan cemerlang terutamanya para pelajar yang tidak memliki keadaan fizikal yang baik - ada terbaca dalam surat khabar melaporkan pelajar yang berstatus OKU turut cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Ada palajar yang rabun, tidak bertangan dan ada juga yang hanya berbaring semasa mengambil peperiksaan. Kejayaan mereka ini membuktikan keadaan fizikal mereka tidak menjadi penghalang kepada kejayaan yang dicapai dan bagaimana pula dengan mereka yang normal tetapi gagal mendapat kecemerlangan pula ye? Apa pun, bagi yang kurang berjaya, masih ada dua tahun lagi untuk menebus kegagalan dalam peperiksaan SPM nanti.....

P.S: Kejayaan mereka membuktikan kekuasaan Allah swt...subhanallah!

Krismas....

Pertamanya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakan-rakan yang akan menyambutnya pada 25 haribulan ni.

Tapi hairanlah, kenapa ada juga orang Islam yang turut memakai topi merah tu ye? Kalau pergi ke mana-mana pasar raya tak kiralah yang besar ke atau yang kecil, pemandangan ini akan kelihatan dimana-mana....hmmmm....apa nak jadi eh?


P.S: Teringat zaman bebudak dulu ke Ipoh tengok konsert pada tarikh sebegini....heheheh...

Jambori Malaysia...2011

Sunday, December 11, 2011
Dah lama aku tak update blog aku ni...sebab sibuk sangat dan mungkin juga masa tak permit aku untuk update blog ni. Apapun, awal cuti baru ni aku ada menghadiri Jambori Malaysia kali ke 12 di Telaga Batin, Kuala Terengganu. Apa yang aku boleh kata tentang Jambori ni ialah....hujan! Hahaha...Hari-hari hujan. Hujan Monsun pulak tu. Perghhh...first time aku merasa cuaca sebegini. Tapi aku memang suka musim hujan. Cuma aku kesian kat bebudak yang terpaksa berkehmah dalam hujan dan tidur dalam air...ye, dalam air! Mana taknya, apabila hari-hari hujan, dalam khemah pun...jadi macam kolah la...tak sempat nak keringkan dah hujan semula. Ada satu hari tu bila kami buat spotcheck...bau dalam khemah macam dah...malas nak cakap la. hehehehe...Apa pun aku tengok semua budak macam enjoy kat Jambori ni. Ada sorang budak tu yang sakit tak mau balik walaupun bapa dia dah minta kami hantar anak dia pulang. Mungkin semangat budak tu tinggi nak berpengakap ni.

Satu lagi yang biasa aku tengok yang akan berlaku kat Jambori ni ialah bebudak sibuk nak tukar barang atau lencana dengan peserta dari lain negeri atau negara. Tapi yang tak bestnya....malam terakhir kat situ kami dapat tahu ada peserta dari Indonesia yang disyaki mengalami cacar air la, hepatitis la dan penyakit kuku dan mulut. Mana-mana yang dah trade barang tu terkedu jugak la sebab ada petugas yang meminta barang2 dari peserta dari Indonesia tu diasingkan dan jangan dicampur dengan barang peribadi. Sebagai langkah berjaga-jaga. hehehe...Aku dapat tahu ada peserta yang dah siap bertukar uniform lagi...Huhuhu...nasib baik aku tak berinat sangat dengan bertukar-tukar barang ni. Bukan apa...aku bukan ada barang nak ditukar pun...hehehe.

Peristiwa paling best dalam Jambori ni ialah apabila aku ngan geng aku nak ikut rombongan Jambori ke Kuala Terengganu. Kembara la kononnya. Dengan selamba kami ikut peserta yang dah mula bergerak ke bas. Aku ada kata kat member aku ,"Dari dok menganga kat kem baik ikut bebudak tu"...heheheh. Member aku semua setuju. Tapi yang bestnya berjalan tak sampai 10 minit hujan dah mula turun dan jarak ke tempat bas menunggu bukannya dekat. Hampir dua kila jugak menapak dalam hujan. heheheh...Sampai kat bas, kami tak dapat nak naik bas sebab tak ambil badge kembara yang menentukan bas yang hendak dinaiki. Malu jugak beb...dah la basah lencun dah masa tu. Nasib baik ada bas yang kosong, dapat jugak la kami ikut kembara tu. Tapi apa yang tak dapat dilupakan ialah dari mula kembara hingga la balik semula ke kem hujan tak berhenti-henti. Basah lencun luar dalam..huhuhu...

Dalam dok berjambori tu aku ada jugak berjumpa dengan kawan lama masa belajar dulu. member aku ni dari Kontijen Setiu dan dia ada mengatakan yang tapak subkem Selangor sebenarnya terletak kat kawasan paling 'keras' kat kem tu. Ohhh...patutla ada dua tiga peserta dari Terengganu dok kata yang kami ni hebat...hahahaha. Tapi apa pun, alhamdulillah kontijen Selangor tak mengalami apa-apa masalah. Malam akhir tu kamir terdengar jugak ada beberapa peserta dari subkem lain yang meracau dan histeria sehinggakan pihak urusetia minta semua kontijen mengadakan bacaan Yassin malam tu.

Sepanjang aku berada di Terengganu, aku dapat rasakan betapa bestnya kalau dapat bercuti kat Terengganu ni. Makan sedap, tempat best dan angin kat tepi laut tu...perghhh best gila!

Kuala Kubu Bharu

Monday, November 14, 2011

Nirvana.....

Friday, November 11, 2011

Kampungku...


Gambar ni aku ambik masa aku balik kampung pada raya haji baru ni. Orang lain mungkin dok sibuk tidur lagi, aku dah start motor pi shoot kat area rumah aku...ni dah aku edit sikit.


Sabah...

Tuesday, November 1, 2011

Hujan....

Monday, October 17, 2011


memang suka sangat dengan suasana hujan macam ni....tenang dan nyaman!

Grace...

Friday, October 14, 2011

http://youtu.be/OFGjQj44HfA

Hobi makin menggila...hahahaha!

Baru balik dari kursus...3 hari 2 malam. Orang lain mungkin ke kursus dengan iltizam yang tinggi...sama jugak la dengan aku...tapi aku ada plan lain. Photoshoot! Cuba cari masa terluang nak pi jalan-jalan, tetapi...tak boleh. Jadual penuh. Last-last aku photoshoot dari dalam bilik aku ja. Ni lah hasilnya dari tingkat 15.... (tak edit pun..straight dari kamera...)

Streaming...

Tuesday, October 11, 2011
Baru-baru ni ada member suruh download satu accelerator atau satu software kecil dan ringan yang membantu melancarkan video yang kita tengok secara online kat youtube dan beberapa lagi laman kat internet. Sebenarnya aku tak pernah terlintas yang benda macam ni ada pulak orang menciptanya sebab bagi aku lambat atau laju video tu bergantung kepada pakej yang kita bayar bulan-bulan dan kawasan kita dok streaming tu . Rupanya benda ni ada membantu jugak. Bila aku donwload dan install aku ada rasa perubahan pada kelajuan streaming tu. Walaupun tak la selaju kat US yang kawan aku kata download satu movie hanya 10 minit tapi... boleh la dari tak laju dan kadang-kadang tak jalan langsung tu. Hehehe....so kengkawan, cari speedbit video accelerator kat google dan install okay! enjoy....

Kursus DSLR (asas)

Friday, October 7, 2011

talent: Liza Pak Lie...

Selama ni bila mana aku dok shoot sana shoot sini banyak yang aku main redah ja...ISO lah, Speed lah dan Apperture tak pernah aku ambik berat sangat. Memang la aku tau serba sedikit (hasil ajaran adie awang dan rakan2) tapi adakalanya banyak gambar yang aku ambik atau shoot hasilnya tak memuaskan. Baru-baru ni bila aku ikut satu kursus asas fotografi kat APBM Batu Gajah, baru la aku tau sikit ilmu fotografi ni. Ada sorang mamat ni yang aku tengok pada mulanya biasa-biasa saja tapi bila dia start shoot...perghh, marbeles! Bila sesi suaikenal semua perkenalkan diri dan mengatakan masih baru dalam fotografi tapi semua tu taktik sahaja. Bila masing-masing keluarkan kamera...ada yang pakai D300s lah, D7000 la...kalau yang Canon, 40D ada, 50D ada dan 60D pun ada!
Lens pulak...malas nak cakap...aku yang tau pasal kamera sebesar zarah...rasa macam salah masuk kursus pun ada. APBM patut namakan kursus tu Kursus Advance DSLR...bukan asas lagi..hehehehe. Tapi apapun, semua peserta dan tenaga pengajar memang sporting abiss... Ada dua tiga tips yang aku nak kongsi dengan kengkawan kat sini yang meminati bidang fotografi ni...kata si Mike Dukemane, jangan bazirkan shutter count...mahal tu....$$$$$...sebelum mula photoshoot dah ada idea atau konsep yang nak dibuat bila editing nanti. Baru la jimat...betul jugak kata si Mike tu. Selama ni tak pernah terfikir benda macam tu. Dah hobi dan suka tengok alam yang cantik..snap ja sini sana. Lepas ni kena kontrol....satu lagi mengikut Shahril Simpleclicks (tenaga pengajar) setiap photoshoot perlu diberi penekanan mengenai hasilnya...$$$....beli kamera mahal-mahal, mesti mau tengok hasilnya jugak...hehehe. Jangan sampai masuk angin keluar asap dah la....Sebab, nak buat kerja photoshoot ni banyak benda nak kena buat dan akan bersangkut paut dengan tenaga, masa, dan modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan satu karya yang baik. Bila difikirkan...ada betulnya. Kadang-kadang pernah berlaku, disuruhnya kita ambil gambar...kita edit lepas tu diorang ambil dan jual tanpa pengetahuan si fotografer...sakit hati oo...tapi kalau masih suka snap dan tak kisah dengan $$$....buat je...hehehehe. Sekarang ni ramai yang beli DSLR kemudian terus nak tangkap job ambil gambar orang kahwin...ISO tak tau, white balance tak tau terus cari job...yang dah otai ni kata, semua tu akan menyebabkan bidang fotografi akan menanggung akibatnya bila hasil yang dapat tak sebaik mana ( Ada yang ambik job sampai RM7k untuk satu majlis...). Apapun...aku seronok join kursus tu dan banyak ilmu yang aku dapat yang rasanya akan menajamkan skill aku lagi ke tahap yang lebih baik....insyaAllah....

Aurat....

Friday, September 30, 2011
Ada member post ni kat FB, satu kempen yang aku rasa perlu untuk dikongsi bersama...renung-renungkanlah ye...

Apa pun tak boleh!!!

Pelik bin Ajaib! Guru lain mendidik anak murid atau pelajarnya bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan tetapi beberapa buah sekolah di sini menghalang pelajar mereka dari mengambilnya. Walau apa pun alasan atau sebab yang membuatkan mereka mengambil keputusan begitu ( dalam suratkhabar melaporkan guru sekolah tersebut mengatakan murid itu bodoh! MasyaAllah...) peluang untuk murid itu mengambil peperiksaan perlu diutamakan. Kesian kat budak tu..Apa pula perasaan ibu bapa murid tersebut agaknya apabila ada orang mengatakan anak mereka bodoh? Kena siasat ni...semoga perkara sebegini tidak berulang lagi tahu depan.

Saman Parking!!!

Tuesday, September 27, 2011

Baru-baru ini masa aku ke Sri Damansara untuk ke sebuah kedai basikal aku telah di saman oleh MBPJ kerana kesalahan tidak mempamerkan tiket meletak kenderaan. Kalau cara di saman itu mengikut peraturannya, aku taklah rasa nak marah sangat tetapi kereta aku dikompaun ketika aku sedang beratur membeli tiket parking tu. Adoiii...bayangkan la mesin tu agak jauh dari kereta dan pada masa yang sama ada dua orang sedang beratur membeli tiket tu jadi masa yang diambil untuk turun kereta, berjalan ke mesin dan beratur membelinya akan mengambil sedikit masa . Itu tak masuk lagi masa berjalan ke arah kereta semula. Aku tanpa memandang ke arah cermin kereta , aku terus membuka pintu dan meletakkan tiket itu di atas dashboard . Kemudiannya aku pun dok melangut kat kedai basikal tu menunggu tauke kedai tu menukar rim basikal . Aku hanya perasan bila anak sulung aku beritahu aku yang ada sehelai kertas diselitkan di wiper kereta. Bila aku tengok...kompaun! Masa kompaun tu ialah 4.10 petang. Tiket aku pulak...4.11 petang. Apa punya nasib la....sekarang ni tengah tunggu permohonan membatalkan kompaun tu dari MBPJ. harap-harap permohonan aku diterima la...

FB photo zoom!

Monday, September 26, 2011

Rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi laman sosial yang digilai ramai iaitu Facebook ni. Mesti ramai yang ada akaun FB kan? Apa yang aku nak share di sini adalah mengenai aplikasi atau extension menarik iaitu FB photo zoom. Mungkin ramai dah install tapi bagi yang belum apa kata anda google 'FB photo zoom' dan install kat dalam pc atau laptop anda. Hasilnya...memang menarik. Sebelum ni kalau kita nak tengok photo atau prfile kawan biasanya kita akan buka atau klik gambar tu tetapi dengan FB photo zoom hanya d
engan menunjukkan cursor di atas gambar , ia akan membesarkan gambar tersebut dengan sendirinya. Cuba lah...

Technology,technology,technology!

Thursday, September 22, 2011

hey teachers...watch this video...the endless possibilities technology has in the classroom.

Trial

Monday, September 19, 2011
Setiap kali aku masuk kelas aku akan mengingatkan agar semua pelajar menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh tetapi ada juga suara sumbang akan menyampuk yang peperiksaan ini adalah 'cobaan' sahaja (Percubaan SPM) dan kemudiannya akan tersengih-sengih sambil menggaru kepala (tak dapat jawab la tu...hehe) dan ada satu jawapan yang aku membuat aku tersengih sendiri apabila aku menegur seorang pelajar ini yang aku tengok asyik memandang ke kiri dan kanan. "Ridz, kenapa asyik pandang ke kiri dan ke kanan tu?". Dia pun menjawab, " Cikgu cuba tengok kat kertas soalan ni, kan ditulis suruh lihat sebelah? Jadi saya pun tengok sebelah la." Satu jawapan yang rasanya perlu dibalas dengan satu libasan ke pankreas pelajar tu....huhuhuhu....sabar je lah...

Malaysia yang ku sayangi!!!

Wednesday, September 14, 2011


Sekarang ni macam-macam boleh berlaku.Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang membabitkan pokok tumbang menimpa pemandu dan penumpang sebuah van dan juga seorang guru maut dihempap pokok kelapa (Al-Fatihah untuk mangsa kemalangan..). Perlis pula ditimpa musibah banjir dan rasanya dua tiga hari ni pun hujan turun dengan lebatnya dibeberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Kesian buat pelajar yang menduduki UPSR kerana terpaksa meredah banjir untuk ke sekolah. Ramai juga penduduk yang terperangkap dirumah masing-masing menunggu bantuan untuk dipindahkan.
Selain itu, ada juga terbaca berita mengenai laporan seorang mangsa along yang meminjam wang kerana kesempitan dihimpit masalah kerana bunga yang dikenakan melambung tinggi. Pinjam seribu dapat RM300 ja. RM700 duit proses! Huuuu...gila punya bisnes. Mungkin ada yang kata 'padan muka' kepada si peminjam. Tapi kalau kita berada ditempat mangsa bagaimanakah rasanya ya? Mesti berserabut perut memikirkan macamana nak melunaskan hutang tu. Pinjam 1000 dapat 300 tapi kena bayar 1800. Seminggu interest rm450 kalau tak dapat melangsaikan hutang. Memang patut pun along ni dipanggil lintah darat, menyedut kesengsaraan orang dengan perlahan-lahan.
Satu lagi berita yang menarik perhatian ialah seorang pelajar Afrika yang ditangkap orang ramai kerana cuba mencabul seorang jurujual di Selangor. Memang kurang ajar pelajar Afrika ni. Memang bukan semua yang berperangai macam tu tetapi kerana nila setitik, habis semua baju bertukar biru! Itu belum dikira dengan kes 'black money' dan sebagainya. Kita orang Malaysia ni terlalu berlembut sangat kot? Mungkin ramai yang teruja bila tengok pelajar Afrika ni sebab terbayang-bayangkan Drogba, Welbeck dan ramai lagi pemain bola sepak yang terkenal ni. Hehehe...rasanya kita perlu memikirkan semula sikap kita yang terlalu berlembut ni supaya bangsa Malaysia tidak lagi dipijak dan ditipu bulat-bulat oleh mereka ini. Haishh...
Apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita merdeka dari jajahan unsur asing di hati, minda dan perbuatan kita. Ayuh.....

Life is Not a dream!

Monday, September 12, 2011
Life is not a dream where you can't wake up from the dream you want!

Shoot!

Saturday, September 10, 2011
1/160s F9.0 ISO 200 18.00mm
Edit: PS CS5

1/25s F3.5 ISO 3200 50.00mm
Edit: PS CS5

6 peratus!!!!

Friday, September 9, 2011
petang kelmarin sedang aku dok relaks baca surat khabar tiba-tiba aku ada menerima satu mesej dari Maxis Hotlink memaklumkan bahawa bermula 15 September 2011, setiap penambahan nilai atau top-up akan dikenakan caj sebanyak 6% untuk perkhidmatan. Perkhidmatan? Dah sememangnya Maxis menjalankan perniagaan nak dikenakan apa lagi ni? Bukan sepatutnya syarikat yang menanggung kos perkhidmatan tu ka? Aku pun bila top-up akan buat melalui online banking ja. Perkhidmatan apa pulak aku nak kena bayar ni? Pelik betul la...semua syarikat nak charge. Sama ja perangai dengan ASTRO. Mula-mula 60 lebih sebulan kemudian naik sikit, last-last.. bil terbaru dah melambung ke 120 lebih sebulan! Tu pun sebab charge perkhidmatan 6% jugak tu. Kalau tak silap, kabinet kata ASTRO tak boleh naikkan charge tanpa persetujuan kabinet. Apa punya carca marba punya cerita la bisnes kat Malaysia la ni. Aku pun nak berniaga la macam ni, semua kos perniagaan pakat-pakat share dengan pelanggan....baru la untung. Takan rugi punya lah....


Buah hati...

Peringatan!!!!

Thursday, September 8, 2011

Nak share satu video yang diambil dari youtube. Peringatan kepada semua kengkawan, saudara-mara, adik, kakak, abang dan semua la...berhati-hati apabila melepak dikedai-kedai yang ada wifi sebab kemungkinan perkara seperti yang berlaku di atas boleh berlaku pada diri kita, tak kira di mana, masa dan tempat. Yang ada laptop, smartphone dok buka dan main internet ni berjaga-jaga la ye. Dalam video ni ada dua laptop kena samun oleh penyangak samdol ( kerja tak mau...nak menyamun je kerja dia...lahanat!) Nasib baik penyamun ni tak cantas kepala pelanggan kedai mamak ni...kalau tak, tak beraya la jawabnya. Dari tarikh yang tertera kat video tu...diorang ni tengah bersahur ni. Adoiii...apa la nak jadi dengan negara kita ni????

P.S: Ya Allah jauhkanlah perkara sebegini dari terjadi kepada diriku, keluargaku dan semua hambaMu yang masih hidup dimuka bumi ini. Amin....

Kerja oi kerja!

Tuesday, September 6, 2011
Puasa sudah, raya pun sudah. Sekarang dah mula kerja. Bila pi kerja kelmarin macam-macam perasaan ada..heheehe. Biasa la first day kerja selepas seminggu punya dok pulun raya jadi urat malas pun timbul la. Tapi semua tu tak boleh nak layan sangat. Masuk kerja ja kelmarin, bertimbun-timbun kerja dok menunggu. SAPS la, nak pasang komputer la, format la...macam-macam 'la' punya dok ada. Hidung pulak asyik dok sok-sek,sok-sek dok bersin. Haishh..dah dekat lima hari dah dok selsema ngan batuk-batuk ni. Actifast dah dua papan aku telan, dok macam tu jugak. Apa pun, aku dok menunggu budak-budak aku menjawab soalan paper aku esok dan bersiap sedia untuk menanda kertas seberapa pantas yang boleh (selalunya aku yang last...)hehehe...Buat para pelajarku..Selamat menduduki Trial SPM 2011..ganbatte!

P.S: jom kengkawan kita layan trek FRIM Sabtu ni...dah lama tak ride off-road ni...best,best!

D-Beat

Sunday, September 4, 2011

Balik Kampung...hoohoho...balik kampung!

Friday, September 2, 2011


Adoyaii...penat betul hari ni. Perjalanan pulang dari BM ke KL memenatkan...tak boleh nak speed langsung. Jem gila highway hari ni. Ingatkan pulang pada hari raya ketiga dapat drive dengan setenang-tenangnya tapi harammm...ha
hahaha. Ramai yang fikir macam aku juga nampaknya. Kereta dari arah utara ke selatan banyak dan padat, kereta dari selatan ke utara pun sama padatnya. R&R jangan cerita la, parking penuh. Nak guna tandas pun kena beratur panjang. Masa berhenti kat Simpang Pulai tadi alhamdulillah aku dapat parking kereta dekat dengan gerai makan. Tapi yang tak bestnya, makanan pun macam tinggal saki baki ja. Nasi lemak sold out! Yang tinggal pun nasi ayam yang macam hidup segan mati tak mau ja. Ayam sejemput, nasi pun sejemput. hehehe...jalan terbaik layan keropok lekor je la tadi.
Sepanjang perjalanan pulang tadi banyak betul kereta yang tersadai kat tepi highway (ye la..kalau kat tengah higway, jahanam!)yang aku rasa mungkin disebabkan enjin over-heating. Suhu pula mencecah 38 darjah selsius, dengan kereta yang bergerak perlahan, memang jahanam la enjin kereta kalau asyik dok layan aircond je dalam kereta. Aku ada jugak mencilok ikut lorong kecemasan tadi, tapi sekejap je la dan masa tengah mencilok tu aku rasa macam tak syok ja. Aku pun terus masuk balik ke lorong kiri dan tak berapa lama lepas tu, aku tengok kereta Estima kat depan aku dah kena tahan dengan tok anjang (Polis trafik) yang pakai Evo X tu...hehehe. Selamat poket aku. Kalau tak...mau jahanam rm300! Jadi, idea aku yang kononnya balik pada raya ketiga jalan tak jem, musnah sama sekali sebab kebiasaannya perjalanan yang mengambil masa 3 jam bertukar menjadi hampir 7 jam hari ni...huhuu. Apa pun, aku tetap bersyukur kepada Allah swt kerana aku selamat sampai ke rumah dengan selamatnya.....amin!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, August 26, 2011

Hari Raya semakin hampir dan rasanya dah tak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kengkawan yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan blogger, geng mukabuku (FB), band members di Bukit Mertajam (SOLARIS-izan.net,Zam,Ali,etc), band KLGG (Kinto,Bad,xUbiex,Joe,Prebet Jambang,etc),KAPAK (apit,daoh,adam,faizal) rakan-rakan di PPM Gombak,PPM Selangor, rakan-rakan CALT 30&31, ex-classmates di USM, KBTC, HSBM, geng basikal, geng panjat gunung dan sukan ekstrem (Adie Awang, Caffein Guy, xUbiex, akif,miza,aisyah,aizat,etc), wishclubmalaysia.my, my precious students, Farhan474, Muis, Radhi, Demo, rakan-rakan ICT Kuang, rakan-rakan di SMKBG, metformin500, muzik bingit, etc. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

Al-Fatihah

Thursday, August 25, 2011
Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Tuan Hj Rahmat b. Jaa'far (Setiausaha Latihan Negara / Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Bahagian Sumber Dewasa dan Latihan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5 Petang tadi di Hospital Kajang... Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman...amin.

Berlarilah sampai kehujungnya....

Wednesday, August 24, 2011
Runtuhnya Ramadan dilanda tsunami Aidilfitri

HARI ini 21 Ramadan 1432 Hijrah. Sudah masuk 10 hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai dulu ke garisan penamat dan muncul juara.

Laju yang dimaksudkan ialah meningkatkan amal ibadat tambahan sama ada memperbanyakkan membaca dan menghafal al- Quran, bersedekah, solat sunat malam (tarawih, tahajud, tasbih). Rasulullah SAW beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadan dan menjauhkan diri daripada menggauli isteri-isteri baginda.

Di Malaysia, adakah kita umat Islam meningkatkan ibadat pada 10 akhir berpuasa sebagaimana Rasulullah? Atau sudah masuk ke gear rendah dan memperlahankan amal pengabdian kepada Allah SWT?

Semua orang tahu jawapannya. Inilah masanya persiapan untuk menyambut Aidilfitri bertambah ligat. Gedung membeli-belah semakin penuh sendat. Jalan-jalan raya di pusat bandar besar semakin sesak. Bunyi mercun dan bunga api semakin gempita. Kerap kali ledakan mercun bola berhampiran surau memusnahkan kekhusyukkan jemaah yang sedang bersolat tarawih.

Sesungguhnya keghairahan mengimarahkan Ramadan yang amat ketara pada dua minggu pertama mulai lesu apabila Syawal semakin hampir. Lagu-lagu Aidilfitri yang berkumandang di radio dan di pusat-pusat beli-belah turut melonjakkan nafsu untuk beraya dan mengendurkan semangat beribadat yang begitu kental pada awal Ramadan.

Tambahan pula gaji awal dan bonus baru diperoleh. Makin ligatlah otak dan nafsu mencongak jumlah barang yang hendak dibeli. Bukan sekadar kuih-muih, pakaian dan gajet baru, malah ramai juga yang mengintai iklan-iklan kereta untuk pulang ke kampung dengan mobil baru yang mempamerkan peningkatan karier dan kejayaan hidup di kota.

Masing-masing juga telah lama meneliti kalendar, menghitung hari cuti yang layak dipohon. Kerani-kerani yang menjaga rekod cuti juga semakin sibuk melayani permohonan yang bertambah. Bos-bos yang tidak mengatur jadual cuti raya kakitangan mengikut giliran akan pening berhadapan dengan kerenah orang-orang bawah berebut cuti. Yang rambut beruban pun boleh bertukar perangai bagaikan kanak-kanak, sanggup bergaduh kerana berebut cuti.

Berapa orangkah yang memohon cuti untuk memberikan lebih tumpuan kepada ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan?

Tahap kesabaran juga mulai menurun bersama kehampiran Syawal. Bukan sahaja di jalan raya dan gedung beli-belah, malah di masjid juga terserlah perangai sebenar kebanyakan anak Adam.

Barisan saf jemaah solat tarawih mulai menipis. Imam-imam yang memimpin solat juga semakin kerap terlupa ayat al-Quran yang dibaca. Ramai juga yang mempercepatkan bacaan dan pergerakan solat tanpa mengambil kira kecergasan orang-orang tua yang menjadi jemaah setia.

Bersahutan

Makcik-makcik yang bertadarus juga mulai menggesa rakan-rakan mempercepatkan bacaan al-Quran supaya lebih lekas khatam. Ada juga yang mengingatkan rakan-rakan tadarus tentang kumpulan-kumpulan lain yang telah jauh meninggalkan mereka dengan menghabiskan lebih banyak juz. Ketergesaan mengambil tempat kesabaran.

Suasana syahdu menjelang subuh dengan suara-suara merdu bacaan Quran dan tahmid saling bersahutan melalui pembesar suara juga turut lesu bersama tsunami menjelang Aidilfitri. Ada kalanya kita terpaksa menengok jam untuk mendapatkan kepastian tentang waktu subuh kerana mikrofon di masjid dan surau masih membisu walaupun waktu imsak semakin hampir.

Aneh sungguh perangai manusia. Hendak dikatakan pengaruh syaitan, Rasulullah telah menegaskan bahawa syaitan-syaitan dirantai pada bulan Ramadan.

Bukan sahaja syaitan-syaitan di rantai, malah Allah SWT telah menyediakan insentif paling istimewa pada 10 akhir Ramadan, iaitu Lailatul Qadar atau malam penuh kemuliaan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. - Al Qadr 97: 1,2 dan 3

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman bahawa Rasulullah SAW pada hari terakhir bulan Syaaban berkhutbah di hadapan para sahabat yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya kmu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardu di bulan Ramadan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardu di bulan yang lain.

Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah syurga. Ramadan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin. Sesiapa memberi makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa, tanpa sedikitpun berkurang (pahala yang berpuasa).

Betapa keghairahan persiapan untuk menyambut Aidilfitri telah mengenepikan 'bonus besar' yang sepatutnya diperoleh setiap jiwa yang beriman di bulan Ramadan.

Aidilfitri pertama yang berlangsung pada 1 Syawal tahun 2 Hijrah bergema dengan takbir di seluruh Madinah bagi merayakan kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah di Perang Badar. Pada hari-hari Aidilfitri seterusnya, takbir dilaungkan tanda kesyukuran atas kemenangan dalam jihad melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan.

Malangnya pada hari ini, ramai umat Islam terlebih tumpu kepada persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Anehnya peperangan melawan hawa nafsu belum habis, kita lebih sibuk dengan persiapan untuk kononnya merayakan hari kemenangan.

Kemenangan apa jika jihad perjuangan sudah kendur pada hari-hari terakhir Ramadan? Ibarat berlumba lari, kita memperlahankan langkah ketika hendak sampai ke garisan penamat setelah begitu pantas memecut pada awal perlumbaan.

Inilah fenomena umat Islam di Malaysia pada hari ini. Puasa sebulan, beraya pun sebulan. Hadiah kemenangan yang hakiki berupa rahmat dan keampunan daripada Allah belum tentu dapat, tetapi yang bertambah subur ialah nafsu yang dibajai untuk menyambut Aidilfitri.

Dan turut memeriahkan sambutan ialah budaya yang tidak kena mengena dengan syariat agama. Lagu-lagu raya berkumandang lebih lantang daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi mercun menjelang Aidilfitri lebih hebat daripada gema takbir. Pemberian 'angpau' seolah-olah jadi suatu perkara yang wajib.

Astaghfirullah! Marilah kita kembali kepada landasan yang betul. Berlari kencanglah dari awal hingga ke garisan penamat Ramadan. Pasti kita akan merasai betapa syahdunya takbir di ambang Aidilfitri. Hancur luluh jiwa dan perasaan melaungkan takbir mengagungkan nama Allah Yang Maha Agung. Itulah tanda kemenangan sejati.


P.S: ini merupakan rencana yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2011. Satu rencana menarik yang rasanya...macam satu pukulan tepat ke muka kita! hehehe...

HSBM Scorpion U-15 1988

Tuesday, August 23, 2011




















Pagi tadi masa dok belek-belek FB kawan, aku terjumpa gambar aku masa di tingkatan 1. Klasik sungguh gambar ni. Kedai gambar yang cuci gambar ni pun dah tak berapa nak ada dah rasanya..hehehe.

Jujur dan amanah...

Agak tertarik dengan satu berita yang aku baca baru-baru ini dalam sebuah akhbar yang menceritakan bagaimana rakyat Jepun mengembalikan wang yang dijumpai selepas tsunami yang melanda mereka tidak lama dulu. Berjuta-juta ringgit dipulangkan atau diserahkan kepada pihak berkuasa. Hebat! Bukan semua orang boleh ada sikap yang sejujur dan amanah seperti mereka ini. Kalaulah kita terjumpa sedikit wang semasa kita dalam kesusahan, adakah kita akan bersikap seperti orang Jepun ini? Tidak dinafikan masih ramai diluar sana yang masih jujur dan amanah tetapi persoalannya berapa keratkah yang masih tinggal? Hehehe...bila dalam situasi yang sukar dan kesempitan kita mungkin akan menggunakan wang dijumpai itu. Teringat masa kecil-kecil dulu mak aku selalu berpesan supaya jangan mengambil barang orang atau wang yang dijumpai kerana biasanya wang yang diambil tidak seberapa tapi wang sendiri yang hilang selepas itu lebih banyak dari yang dijumpai (mungkin kebetulan kot...).Ada juga yang berpesan supaya menanda tempat wang dijumpai itu supaya kita tidak hilang pula duit sendiri. Kepercayaan kanak-kanak...hahaha. Apa pun, raya pun semakin hampir jadi aku hendak mengucapkan kepada semua rakan-rakan agar sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dan tidak lupa untuk meningkatkan amal ibadat dibulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah....

Raya...yeayyyy!!!!

Sunday, August 21, 2011
Syawal bakal menjelma. Maknanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan puasa pada tahun ni rasanya begitu cepat berlalu. Pejam celik - pejam celik dah nak masuk 21 hari berpuasa(kalau pejam tak celik-celik...heheeheh). Mungkin ramai dah habis shopping untuk persediaan raya. Kedai eksesori kereta pun penuh dengan pelanggan yang mahukan ride masing-masing cantik dan bergaya. Aku pun teringin jugak nak mod kereta aku tapi lain kali kot sebab baru ja repair bumper kereta yang rebeh sebelah dek disebabkan oleh rempitan durjana. Walaupun baru dapat bonus (TQ kepada yang memberi...)banyak benda lain yang nak dibeli untuk hari raya ni. Speaking of raya...macam-macam dugaan yang melanda di bulan puasa ni. Baru-baru ni kereta kena langgar lepas tu kelmarin pulak henfon jatuh dalam longkang yang penuh dengan air! woahhh...naya ooo. Aku cepat-cepat angkat dan matikan henfon tu. Dengan sepantas kilat aku keluarkan bateri dan lap air yang bersisa kat dalam henfon tu. Kemudian aku teringat satu petua bila mengalami keadaan seperti ni. Ada aku terbaca satu cara terbaik bila henfon dimasuki air ialah dengan menyimpan henfon tu dalam tong beras. Apalagi, dengan harapan semoga henfon aku tak rosak ( baru beli der..)aku terus masukkan dalam tong beras dan biarkan selama satu hari satu malam. Hasilnya...tadaaa...setakat ni bila aku on tak ada apa-apa masalah lagi. Harap-harap keadaan tu akan berkekalan la. Kalau tak...kena beli henfon baru la jawabnya...huhuhu. Kopak la poket aku lagi.....ok lah...adiosss!

Kad Raya

Friday, August 19, 2011

Tiba-tiba aku teringat pasal kad raya ni bila aku ada menerima e-kad raya dalam inbox email aku tadi. Sekarang ni dah ramai yang lupakan jasa kad raya ni apabila masukknya bulan Ramadhan kerana kecanggihan teknologi sedia ada semacam menafikan khidmat dan jasa yang telah dicurahkan oleh kad raya yang bersifat 'old-school' ni. Mungkin disebabkan kad raya ni agak membebankan dari segi kosnya kot? Teringat suatu ketika aku membeli sekeping kad raya besar (siap dengan lagu raya bila buka kad tu...)untuk bakal isteri aku 9 tahun yang lalu...huhuhu...dah agak lama tu..harga kad tu ialah...RM20! Mahalkan?...tapi, ada sentimental value ooo...sekarang ni...e-kad raya ni macam tak ada feelingnya...kaku...sebab yang penting dalam kad raya dulu-dulu ialah ucapan tulisan tangan pengirim tu...seronok oo bila dapat kad raya ni...sanggup tunggu posmen tiap-tiap hari...hehehe (yang sebenarnya aku jarang sangat dapat kad raya ni...heheh). Ciri-ciri unik kad raya 'old-school' ini ialah apabila dah habis baca, sesetengah orang akan tampal kad raya tu di ruang tamu. Ada juga yang gantung di pokok-pokok yang dalam rumah. Berseni oo...sekarang cuba la gantung i-pad ka, handphone ka kat pokok-pokok tu...mesti tumbang punya. hahahahaa... Apa pun, aku rasa dah sampai masanya kita hidupkan semula budaya mengirim kad raya ini kembali...meriah ooo! Teringat satu pantun yang biasa kita jumpa dalam kada raya dulu-dulu:

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas!

....hahahahaa.....best ooo...

P.S: untuk makluman, aku bukan ejen Pos Malaysia! Entry aku di atas bukan satu bentuk iklan atau promosi untuk Pos Malaysia ye...heheheheh.

Boleh ka macam ni????

Thursday, August 18, 2011

Jamil: Pak Haji!

Pak Haji: Ada apa Jamil?

Jamil: Anak Pak haji main judi...

Pak Haji: Astaghfirullah!

Jamil: Tapi dia menang...

Pak Haji: Alhamdulillah...

Jamil: ??????


Dugaan Ramadhan....

Wednesday, August 17, 2011

Apa la nasib aku hari ni, dalam dok berkira-kira nak upgrade basikal atau eksesori kamera aku tiba-tiba ada sebijik motor hentam belakang kereta aku. Sudah la tengah hujan lebat, kereta yang dok mai pun banyak dan tak sempat aku nak keluar tengok, budak yang langgar tu dah cabut! Sempat jugak aku jerkah kat budak tu suruh tunggu. Tapi budak tu terus pecut motor dia macam nampak hantu pocong.

Celaka betul....punah bumper kereta aku. Nak kejar tak boleh, kereta kat depan aku dok berhenti nak masuk simpang. Melepas la aku nak kejar budak tu. Budak yang langgar aku budak sekolah rendah ja...ada dua orang. Yang bawak motor tu pun kecik je. Pakai baju sekolah agama. Motor kaler biru. Haishh...kalau dapat tadi mau aku cekak kolar baju dia lepas tu angkat dia tingi-tinggi. Geram sungguh. Bila kereta dah boleh bergerak semula budak tu dah hilang. Ada jugak aku cari sekitar kawasan tu. Tapi...batang hidung pun aku tak nampak. Nampak gayanya, terbang la RM aku bulan ni dengan sia-sia. Ya Allah, kuatkanlah imanku dan tetapkanlah kesabaranku...amin.

Tak takut punnn!

Monday, August 15, 2011
Apa agaknya yang dirasakan oleh pelajar Malaysia yang belajar di luar negara ni ha? Sejak peristiwa rusuhan di London dan ada insiden pelajar kita dibelasah dan di 'pau', kemungkinan ada yang berasa gerun dan takut untuk keluar berjalan-jalan di sana ye tak? Tapi aku juga ada perasaan yang sama ketika berjalan-jalan mencari Maxis Center di Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini. Apa yang pasti, suasana di sana umpama aku pergi bercuti di Myanmar atau Bangladesh! Di mana-mana akan kelihatan warga Myanmar dan Bangla ini, bukan setakat bapak budak, mak-mak budak juga turut kelihatan di sana. Anak-anak mereka pula bermain dengan riang dan bergelak ketawa sesama mereka tanpa ada rasa takut atau gusar berada di negara orang. Haihhh...memang multinasional negara kita ini.....

Why some boys need their parents?

Friday, August 12, 2011









































































Kuih oh kuih!

Friday, August 5, 2011


















picture taken from: http://ptjkk.kelantan.gov.my

kuih yang digemari di bulan ramadhan...slurrppp!

Ramadhan Al-Mubarak

pejam celik pejam celik dah lima hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berjalan meninggalkan kita. Cuaca pun okay sehari dua ni. Boleh tahan la Ramadan kali ni. Tapi yang paling mengejutkan aku pada puasa kali ini bila melihat betapa ramainya orang yang mengunjungi pasar ramadan berbanding tahun sebelum-sebelumnya. Pada hari puasa yang pertama, jalan besar depan rumah jem teruk. Satu kilometer dari pasar ramadan dan jem. Fuhhh...gila! Rasanya trend zaman sekarang kot? Ramai yang dah kurang memasak kat rumah dan hanya membeli juadah yang terdapat di pasar ramadan untuk berbuka. Teringat kata seorang sahabat mengenai pengalaman membeli di pasar ramadan pada hari pertama, katanya nak berjalan pun payah, padat dengan manusia. Lauk yang dibeli pula, cantik dilihat tapi rasanya...kurenggg! Mungkin si tukang masak terlupa nak masukkan garam kot? hehehe...Aku macam biasa, dibulan puasa ni aku kena entertain anak-anak yang berpuasa ni. Masuk jam 6.30 diorang dah mula merungut dan buat macam-macam alasan nak berbuka awal. Setakat ni cara yang paling berkesan apabila anak-anak mula merungut, aku akan bawa diorang pusing-pusing dalam kampung naik motor sampai hampir waktu berbuka. Berkesan beb...anak-anak aku seronok, puasa diorang pun selamat! hahaha...aku pun tumpang seronok. Macamana dengan puasa korang pulak ek?

Nota: selamat berpuasa buat rakan-rakan di Bukit Mertajam, geng TESOLIAN, SMKBG, geng basikal dan sependakian, geng jamming dan buat semua pelajarku....

Peace sells....

Saturday, July 23, 2011

one of my favourite songs in 1988....

Punk Rock

Friday, July 22, 2011

Kem Temasya Rimba Templer

Monday, July 18, 2011
























Iron Man & Metallica!

Friday, July 15, 2011


woarghhh...nice cover from Metallica playing one of Sabbath's song.

Yeah...Yuna again...




nice song and very soothing voice...

Iklan terbaik abad ini.

Thursday, July 14, 2011


















Dapat gambar dalam FB dan rasa nak share dengan semua orang....moga insan yang post gambar ni dan juga AJK masjid yang buat banner ni akan dirahmati ALLAH swt hendaknya...amin!

p.s: insaf ooo....

Friendster account deleted!

Tuesday, July 12, 2011
Frust betul pagi tadi bila access akaun Friendster je semua dah hilang...aduhhh. Ingat nak copy foto lama tapi...dah tak ada! Sedih oooo....Blog yang aku mula dari March 2006 pun dah di padam jugak. Banyak betul entry yang aku buat... semua hilang jugak....Blog aku - Karmageddon : The Promise Future Aeons akan jadi kenangan.....

Grunge Re-Visited - Nirvana....yeaaayy!


Agak pelik bila mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Yuna ni. Sound grunge Nirvana hilang terus. Apapun bila dah dengar dua tiga kali, best jugak lagu ni. Hehehe.....Layan jer lah....

P.S: bukan Nirvana yang dekat Semenyih tu ye...hehehe!

Demo...

Sunday, July 10, 2011
Semua dah sedia maklum akan perhimpunan semalam kan? Aku bukan nak buat ulasan tapi aku simpati pada mangsa yang meninggal disebabkan perhimpunan semalam (Al-Fatihah...). Apa yang ada di dalam kepala di kedua-dua belah pihak pun aku tak tau. Yang pasti dah ada kerenggangan dalam hubungan kaum di negara tercinta ini (tidak kira sesama kaum atau dengan kaum yang lain). Bagi yang pro kerajaan, pasti perhimpunan semalam menjadi duri dalam daging dan yang pro kepada perhimpunan tu akan memperjuangkan matlamat mereka sehabis-habisnya.
Tapi yang pastinya, ramai yang teraniaya. Bukan mereka yang berada di tengah ibu kota yang sedang berdemo, tetapi mereka yang tidak ada langsung hubungan dengan perhimpunan tersebut. Ada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan ditengah ibu kota yang anggaran awalnya akan dihadiri 1800 orang, tapi sehingga petang yang hadir hanyalah 200 orang! Satu majlis yang akan akan menjadi pembaziran dan kerugian. Ada juga yang katanya biasa memandu 2 jam dari Ipoh ke Kuala Lumpur menjadi 6 jam semalam. 4 jam tersangkut dalam kesesakan trafik.
Yang untung ialah pasaraya-pasaraya yang menjual makanan runcit kerana sehari sebelum perhimpunan dijadualkan berlangsung pasaraya-pasaraya ini telah diserbu oleh mereka-mereka yang panik jika perhimpunan ini akan bertukar menjadi peristiwa seumpama 13 Mei. Menakutkan, tetapi kata mereka persediaan perlu dibuat. Ada benarnya kan? Kakitangan kerajaan juga telah diberi peringatan supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.
Dari berita yang dibaca dan ditonton di kaca televisyen, 1401 orang telah ditangkap dan ditahan di PULAPOL sebelum diambil keterangan dan dibebaskan pada sebelah malamnya (ada yang belum dibebaskan ke?). Apa akan jadi kepada mereka-mereka ini? Adakah rekod mereka akan tercalar? Ada seorang sahabat berkata, perhimpunan ini memudahkan mereka ketempat kerja kerana jalan lenggang dan lancar perjalanan trafiknya pada sebelah malam selepas perhimpunan berjaya disuraikan.
Apa pun, semoga perhimpunan ini akan menjadi satu catatan sejarah yang tidak perlu dikenang kerana pada dasarnya ia telah memburukan nama negara dipersada dunia. Kalau boleh, segala permasalahan perlulah dibawa ke meja persidangan dan merujuk kepada yang lebih pakar atau kepada yang lebih tinggi kuasanya agar sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

P.S: kepada mereka-mereka yang emo dengan hal ini, kalau boleh janganlah melabel mana-mana pihak dengan kata-kata yang terbeliak mata dan kembang telinga apabila membaca dan mendengarnya! (mohon maaf kalau ada yang terasa dengan post aku kali ni)

KFC

Friday, July 8, 2011
Mungkin ramai yang sudah maklum akan video mengenai pekerja KFC yang mendajalkan ayam semasa penyediaan di dapur dan satu video dari pihak KFC sendiri pun telah di muat naik bagi menjelaskan tindakan yang telah diambil oleh pihak mereka namun yang menjadi persoalan sekarang, adakah pengguna yang suka makan ayam goreng ini akan dapat melupakan insiden tersebut? Hahaha...itu baru satu kes yang kita tahu. Mungkin (sekali lagi) ada lagi kes-kes yang sama kan? F....tindakan yang amat bodoh dari pekerja yang bangang ni. Sudah la mendajalkan makanan , lepas tu pi upload kat youtube. Hahahaha...tak ke bangang namanya tu? Kepada individu yang merakam dan melakukan perbuatan tu bawa bertaubat la....apa rasa anda kalau orang lain pula letak kaki dalam makanan anda? Best kot agaknya...walahuallam.

P.S: kalau jumpa mamat yang buat benda tu meh kita pakat-pakat boh penendang sorang sebijik!

1Murid 1Sukan

Saturday, July 2, 2011
Hari ini boleh dikatakan Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak kerajaan sendiri telah memecah rekod dunia kerana belum ada lagi mana-mana negara yang menganjurkan larian secara beramai-ramai seluruh negara. Walaupun tak semua pelajar yang hadir, tetapi kalau di darabkan dengan jumlah sekolah yang ada di Malaysia ini mahu mencapai jutaan pelajar berlari serentak. Cuaca pun baik hari ni. Alhamdulillah kerana program ini berjalan dengan jayanya dan berakhir tanpa ada apa-apa kemalangan yang berlaku. Ada juga pelajar yang termuntah kerana kepenatan, cikgunya pun ada menunjukkan simptom-simpton nak pitam dan termuntah juga. Hehehe...dah veteran la katakan. Aku, macam biasalah, menjadi jurugambar jadi tak adalah peluang untuk berlari bersama-sama (kalau tak jadi jurugambar pun, aku rasa tak berlari pun...) hehehe. Tetapi yang paling best, hari ni dikira sebagai sekolah ganti. So, terlepaslah satu hari untuk mengganti mana-mana cuti yang akan diambil nanti. hehehe...Apapun, tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian dan tidak lupa kepada guru-guru yang turut sama menjayakan larian ini. Peace...

Tazkirah Jumaat

Friday, July 1, 2011
Tazkirah Jumaat- selembar bulu mataFri Apr 4, 2008
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

Wallahualam. .

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan. "
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."




Nota: jumpa kisah ini di
http://www.mymesra.com.my/.
banyak teladan dan panduan yang boleh kita dapat dari cerita ni....Insyaallah...

Hobi

Monday, June 27, 2011























Lokasi: Gunug Gap & Gunung Ulu Semangkok

Antara hobi aku yang tak dapat dijalankan ketika ini: mendaki gunung. Huhuhu.....

Sibuk 24-7

Saturday, June 25, 2011
Dah lama kau tak update blog ni..mana taknya, asyik sibuk memanjang! hahaha...ada member cakap, kalau setakat masuk kerja pukul 7.30 pagi balik pukul 2.30 petang apa sibuknya? Whoaa..dia ingat kerja yang rasmi tu saja ka? Habis, yang kat rumah ni pulak, yang kat luar tu pulak? Kerja tu bro...ni tak plan lagi nak buat Pengembaraan untu PR peringkat negeri pulak ni. Masa rasanya dah makin suntuk. Tadi PK-Ko dah hint suruh hantar paperwork untuk perkhemahan perdana pulak. Mana satu nak fokus ni? Lab pun semakin teruk. Banyak PC nak di servisnya ni. Aduhhh...mana la nak pi cari duit ni. Kalu ada duit lebih boleh pi bercuti kat mana sambil tenangkan otak. Hahaha....

Tahun 2011

Tuesday, January 18, 2011

Dah lama aku tak update blog ni. Dah masuk tahun 2011 pun. Hehehe....Umur pun semakin meningkat. Tanggung jawab pun dah bertambah sebab tahun ni mengajar form 5...huhuhu. Nak cerita sikit ni...haha, Ahad lepas aku mula mengayuh basikal buruk aku kembali. Setelah hampir 6 bulan berhenti mengayuh, Ahad lepas memang memeritkan bila aku kembali ke trek FRIM. Kengkawan yang sememangnya tak pernah berhenti dari aktiviti berbasikal ni, laju sahaja mendaki bukit. Aku, macam biasa la..tertinggal di belakang..hehehe. Ada ketika aku berhenti agak lama untuk mengembalikan semangat dan tenaga untuk aku mengejar kengkawan yang telah berada di hadapan. Berdesup diorang tinggalkan aku. Sehinggalah aku bertemu rakan-rakan semula di bukit Steroid (untuk yg minat downhill dan kakinya bertulangkan besi). Aku macam biasa la, menjadi pemerhati. Kemudian perjalanan diteruskan lagi sehinggalah berhenti berehat sebentar di kawasan kolah FRIM (aku yang berhenti sebab mata dah berpinar-pinar..heheh) dan yang paling memeritkan aku ialah bila aku jatuh terjunam ke dalam curam @ gaung semasa aku melalui aromatica trail (single track). Nasib baik aku memakai helmet, glove dan menyandang beg air kat belakang. Kalau tak mau masuk hospital aku hari tu. Alhamdulillah...Allah masih menyanyangi aku! Apa pun, aku dah mula kembali mengayuh...itu yang penting. Semoga semangat aku ni akan berpanjangan sepanjang tahun 2011...InsyaAllah.

P.S: Rosdi, Firdaus dan Akiep..terima kasih kerana bersabar dan menunggu aku yang lambat ini...hehehe

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...