Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Sakit Hati...

Wednesday, April 22, 2009

Saat aku menaip ni hati aku masih lagi tengah meletup-letup dengan api kemarahan. Aku sebenarnya bukannya mudah nak marah-marah ni, tapi sikap tuan punya kedai komputer (area Sg.Buloh) tempat aku menghantar sebuah laptop menjadi puncanya. Aku sebenarnya telah menghantar sebuah laptop kepunyaan rakan sekerja yang meminta aku membaiki laptopnya yang tidak boleh dibuka Windows kerana OS tu dah corrupt. Aku bukannya tak boleh buat tapi bila kawan aku ni nak aku back up dulu thesis kakak dia...aku terus hantar ke kedai tu. Aku sebenarnya tak ada back up software jadi aku hantar ke kedai tu dengan harapan dia akan back up file yang kawan aku nak ni. Tapi bila aku ke sana semalam, dia tak buat apa-apa pun, bila aku nak ambil semula laptop tu, dia kata dia akan charge RM80 untuk troubleshooting! Sebelum tu dia nak charge RM400 sebab dia kata nak hantar ke kedai lain untuk buat recovery jadi aku putuskan aku tak nak buat. Hardisk baru pun tak sampai harga tu...Mentang-mentang la file yang nak di save tu thesis, nak ditibainya sampai beratus-ratus ringgit. Lintah darat betul.Aku bukannya berkira dari segi pembayaran tu, tapi RM80 for doing nothing even reformatting pun tak buat, aduhhh! Aku walaupun tak la terer sangat bab komputer ni, tapi aku tahu jugak la orang nak kencing aku atau tidak. Panas betul hati aku. S***!!! Kira selepas ni aku akan pangkah terus kedai tu. kalau aku ada power macam ultraman, aku akan fire je kedai tu, baru puas hati aku. Jadi nasihat aku la, sesiapa yang nak hantar laptop atau desktop untuk dibaiki, carilah kedai yang mudah untuk dibawa berunding dari segi harga dan kerjanya.


P.S: Tauke, lu bikin gua panass je !!!

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...