Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Sumpah Orang Minyak...

Monday, September 8, 2008

Semalam sambil-sambil menunggu waktu bersahur, sempat pulak aku melayan cerita lama lakonan allahyaraham Tan Sri P. Ramlee di ASTRO. Sedang aku melayan cerita tu, aku terbayang akan sumpahan orang minyak ke atas kita iaitu kenaikan harga minyak dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter pada pertengahan tahun ini. heheh..Tapi, sumpahan tu tak kekal kerana kita disumpah lagi, setelah ramai yang naik minyak dengan kenaikan harga yang menggila tu. Sumpahan kali ni menurunkan sedikt harga minyak kepada RM 2.55 seliter. Yang mana dah naik minyak tu dah turun sedikit minyaknya. Mungkin kita akan terkena sumpahan lagi sebelum Aidilfitri ni. Ada ura-ura akan diturunkan lagi harga minyak sekiranya harga minyak semakin stabil. Nampaknya kita memerlukan Pak Sheikh atau Tuan Guru Bunian sepertimana di dalam filem itu untuk menangkap orang minyak masuk ke dalam botol ajaibnya semula! Heheeh....


P.S: Jangan naik minyak dengan post aku ni! hehehehe

0 comments to Sumpah Orang Minyak...:

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...