Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Cuti Sekolah

Thursday, November 13, 2008
Pejam celik-pejam celik dah masuk minggu terakhir sesi persekolahan tahun ni. Walaupun baru posting 3 bulan, banyak kerja dan bebanan telah diletakkan di atas bahu ini. Tapi, sudah menjadi tanggungjawab untuk melaksanakan semuanya tanpa rungutan. Diakhir-akhir penggal ni semua nak kena disiapkan, dari dokumentasi program-program yang dijalankan sehinggalah kepada penyelenggaraan makmal komputer. Bila menyentuh bab makmal ni, kedudukan sekolah yang terletak di atas bukit ni, kadangkala memeningkan kepala juga sebab setiap kali hujan lebat dan kilat sabung menyabung, makmal akan mengalami kerosakan pendawaian elektrik. hahaha... Agak-agaknya, operator di pejabat JKR elektrik dah boring mendengar suara yang sama membuat aduan perkara yang sama. Selain penyelenggaran makmal dan segala yang ada di dalamnya, baru-baru ini bertanggungjawab pula menyiapkan laporan dan pendaftaran gur-guru dan pelajar-pelajar untuk penarafan sekolah bestari. Berapa bintanglah agaknya akan diberikan kepada sekolah tahun hadapan. Jadi, pada kesempatan ini ingin mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan seperjuangan yang sekarang ini tinggal di merata-rata tempat di Malaysia dan kepada yang yang akan menjalani pembedahan, kuatkan semangat dan semoga cepat sembuh! Tidak lupa kepada yang akan melangsungkan perkahwinan, selamat menempuh alam bahagia ( Bimbala, kemana agaknya ya untuk honeymoon? hahaha...). Untuk bekas rakan serumah (geng jahat) cuti-cuti ni turun la ke kuala Lumpur dan lepak kat rumah aku! Dani, jangan lupa datang rumah aku dan jangan lupa bawak duit banyak sikit sebelum kita shopping kat Low Yat. Apit, jangan lupa burn kan kat aku cerita Gokusen dengan Bleach. Nanti aku bayarkan ongkosnya.

1 comments to Cuti Sekolah:

Dani said...

lepak umah hg ye, bleh no problem..as long mkn minum free la hahaha..nk rasa menu org yg dah DG 32 la katakan..ttg duit tu beres, kalau tunggakan dapat tak jadi hal..selamat berjembori bt hg..dan juga selamat bercuti..bila hg dah balik dari Johor msg aku bleh aku plan nak turun ke kl..

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...