Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Polemik Politik di Perak

Wednesday, February 11, 2009

Polemik lompat melompat ini semakin menjadi barah kepada rakyat terutamanya yang berada di Perak. Rasanya cukuplah pertelingkahan ini kerana tiada seorang rakyat pun akan mendapat keuntungan darinya. Tahanan yang ditangkap pada hari demontrasi diadakan tidak akan mendapat apa-apa selain jaminan dipenjarakan untuk satu jamgka masa yang belum ditentukan. Apakah nasib mereka-mereka ini akan dibela oleh para pemimpin yang bertelingkah ini? Rakyat umpama sang kancil yang berada ditengah-tengah perjuangan sang gajah. Terhimpit dan lemas. Terhimpit kerana tidak tahu pihak yang mana satu betulnya dan lemas dengan permainan politiking yang cukup rumit dan jelak untuk dijelaskan. Anak-anak yang ayahnya ditahan akan menunggu dirumah dengan seribu harapan dan merenung masa hadapan yang tak pasti. Bukanya mahu bias di sini tapi cukuplah dipermainkan perkataan rakyat ini. Itu rakyat ini rakyat. Tapi apabila memandu Toyota Camry, hanya asap dapat dihidu rakyat. Bukan bermakna setiap rakyat perlu dihadiahkan dengan Toyota Camry tapi cukuplah dengan pesanan kepada rakyat agar menjaga adab dan sopan. Adab menjadi taruhan ketika ini apabila Institusi Raja disanggah dan diugut dengan saman. Sekiranya J.W.W Birch boleh bangun dan berkata-kata mungkin si penjajah ini akan meminta kita hidup aman damai dan jangan diganggu Institusi Raja lagi. Semoga tiada lagi warisan Datuk Maharajalela untuk mempertahankan kedaulatan Sultan supaya kekecohan tidak berpanjangan. Yang pastinya beberapa persatuan dan NGO-NGO sudah mula bersuara namun adakah suara-suara mereka ini akan berpanjangan? Hanya masa akan menentukan. Semoga tiada satu lagi peristiwa hitam berlaku di tanah air tercinta ini kerana kita akan mewariskannya kepada anak-anak dan cucu cicit kita nanti. Buka mata dan mendengar dengan bijak bukan buka mulut dan mengangkat tangan sambil melaungkan kata-kata nista! Wallahualam….
P.S: Berita serangan di GAZA pun dah tak dapat melawan berita di Perak!

8 comments to Polemik Politik di Perak:

Daulat Tuanku said...

apa kena mengena membawa bendera palestin semasa merusuh menentang Sultan di perak????
malu gue kerana yang menentang itu berserban berkopiah..dan memalukan lagi mereka bertakbir dan menyebut kalimah..tetapi melakukan keBODOHan!

so mereka ini melaungkan kononnya mereka lah lebih ISLAM..

F words

Faizal said...

Yup...itu yang memalukan sekali...Melaungkan kalimah suci dan melakukan sesuatu yang jelik untuk dilihat. Tiada kaum lain yang terlibat dalam demonstrasi itu. Kenapa perkara ini berlaku????

Dani said...

itu lah realiti org melayu sekarang, cukup berani, lantang bersuara apabila yang ditentang/dimusuhi adalah dari bangsa nye sendiri..tapi senyap sepi, dayus apabila berhadapan dengan sebaliknye..di mana mereka yang berserban dan berkopiah ini tatkala banyak hak2 melayu mula hilang dan dipertikai oleh bangsa yang lain..bukan bersifat racist tapi itulah kebenaranya..melayu hancurkan melayu..

Faizal said...

Dani...

Ada betulnya pendapat yang diberikan itu. Melayu sudah semakin berani menyanggah institusi raja yang mana tidak pernah dilakukan sebelum-sebelum ini. Kenapa? kerana kita sudah 'dicucuk' dengan janji-janji oleh pihak lain agar melakukan penderhakaan. Apa yang dipertikaikan disini ialah bukan mengenai parti apa dan siapa puncanya tetapi apa yang membuatkan melayu bercakaran sesama sendiri! Wallahualam....

entan_barok99 said...

"jika kamu menyaksikan seorang itu berulang-alik ke masjid maka saksikanlah dia seorang yg beriman"

..ingat!ada darah halal dan haram dibunuh!!!!

...yg hangpa berpenyakit hati nie bawak2lah berubat..sembang pandai ar...30 ke hangpa!!!!

belajar dlu.....

syariat zahir bathin pun takdak nak mujahadah nak ptikai ya....

jgn sampai puak mcm hangpa yg patut dicincang dlu nie!!!!

Anonymous said...

entan...

puak apa yang nak dicincang ni??? Apabila sesama bangsa sudah tidak sehaluan, apa lagi yang ada pada kita? Hal-hal parti tolak ke tepi. Apabila percaturan sesuatu bangsa itu diatur oleh bangsa lain apakah maknanya itu? Adakah adil apabila keuntungan kepada bangsa yang dominan tidak mendapat pada satu bangsa yang patut dapat? Nampaknya kamu yang patut fikir dahulu sebelum mengatakannya kepada orang lain. Jangan sampai kamu yang dicincang dshulu.

Faizal said...

Wah wah wah...jangan sampai bergaduhan pula...buka minda dan dengar. Entan Barok99, jangan sampai ada kebencian yang mendalam didalam diri...Anynomous, rilek la!

ilmu kurang baik senyap said...

entan barok99 penuh ilmu di dada..
tapi ilmu penderhaka dan ilmu kePARTIan sempit..haha

pandai berbicara pasal agama pulak tuu..wuuu

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...