Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Sakit Hati...

Wednesday, April 22, 2009

Saat aku menaip ni hati aku masih lagi tengah meletup-letup dengan api kemarahan. Aku sebenarnya bukannya mudah nak marah-marah ni, tapi sikap tuan punya kedai komputer (area Sg.Buloh) tempat aku menghantar sebuah laptop menjadi puncanya. Aku sebenarnya telah menghantar sebuah laptop kepunyaan rakan sekerja yang meminta aku membaiki laptopnya yang tidak boleh dibuka Windows kerana OS tu dah corrupt. Aku bukannya tak boleh buat tapi bila kawan aku ni nak aku back up dulu thesis kakak dia...aku terus hantar ke kedai tu. Aku sebenarnya tak ada back up software jadi aku hantar ke kedai tu dengan harapan dia akan back up file yang kawan aku nak ni. Tapi bila aku ke sana semalam, dia tak buat apa-apa pun, bila aku nak ambil semula laptop tu, dia kata dia akan charge RM80 untuk troubleshooting! Sebelum tu dia nak charge RM400 sebab dia kata nak hantar ke kedai lain untuk buat recovery jadi aku putuskan aku tak nak buat. Hardisk baru pun tak sampai harga tu...Mentang-mentang la file yang nak di save tu thesis, nak ditibainya sampai beratus-ratus ringgit. Lintah darat betul.Aku bukannya berkira dari segi pembayaran tu, tapi RM80 for doing nothing even reformatting pun tak buat, aduhhh! Aku walaupun tak la terer sangat bab komputer ni, tapi aku tahu jugak la orang nak kencing aku atau tidak. Panas betul hati aku. S***!!! Kira selepas ni aku akan pangkah terus kedai tu. kalau aku ada power macam ultraman, aku akan fire je kedai tu, baru puas hati aku. Jadi nasihat aku la, sesiapa yang nak hantar laptop atau desktop untuk dibaiki, carilah kedai yang mudah untuk dibawa berunding dari segi harga dan kerjanya.


P.S: Tauke, lu bikin gua panass je !!!

6 comments to Sakit Hati...:

Dani said...

apa susah bro, call Ali je..settle prob hehehe..Moral value dia bro, mengikut kata Man Laksa " Walaupun aku nie AJK persembahan, tak semua masalah aku boleh selesaikan" so faham2 la bro..hehehe..don't let other people take advantage of your kindness and willingness k..

p.s: bila mau ajak aku round2 sungai buloh naik Wish baru?????????

5zal said...

Man laksa? Ali? hahahaha...Ko turun KL dulu..baru boleh bawak ronda2 dengan wish aku tu...plet PCV 5317. Hua hua hua

tadashi said...

wey..kalau ko ajak gue g kedai tu sekali lagi,gue akan berlari setempat kat muka dia sampai letih.bwahahaha

gurl666 said...

ahahahah..len kali sebelom nak antaq apa2 ..jgn dok eksyen...memalu!! tanya la dulu kalau wat camni,berapa caj..kalau wat camtuh lak berapa?? mangkuk sungguh!!! lagipon kalau pi ngan kapchai sure dier tak caj memahai!!! think bout it doll...

Y. Ibrahim said...

Apa le susah2 nak antar kedai, itu problem boleh bikin sendiri je. kau kan teror. bila lg nak tunjuk. He he he , cakap memang senang ye bro. Jom pakat p bom kedai tu, biar jadi abu.

5zal said...

Ada masalah yang memang boleh settle sendiri..tapi tak berani nak cuba buat laptop tu sebab dia kata ada thesis..hehe. takut bila nak retrieve balik dah hilang. Nanti..nak kena belajar buat bom dulu. heheheh

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...