Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Crash Boom Bang

Thursday, March 4, 2010

Aduhhh...macamana la aku nak mengajar ICTL bila komputer kat lab aku ni asyik crash boom bang je hari-hari? Ni la bahana apabila masih lagi menggunakan pc yang diterima pada tahun 2002. Dah masuk lapan tahun tu dan ram pun hanya 128mb, jadi macamana nak beroperasi dengan efektif? Kehadiran pelajar pun macam air laut, sekejap pasang sekejap surut. hehehe...pening jugak memikirkannya apabila menjadi penyelaras makmal ni.Hmmm....semoga permohonan pelupusan diluluskan dan akan menerima komputer yang baru secepat mungkin, Amin! Selasa lepas Kementerian baru sahaja menghantar perlatan untuk setup wifi untuk digunakan seluruh sekolah. Harap-harap kemudahan wifi ini akan membuka satu dimensi baru dalam budaya penggunan ICT di SMKBG.

0 comments to Crash Boom Bang:

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...