Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Demo...

Sunday, July 10, 2011
Semua dah sedia maklum akan perhimpunan semalam kan? Aku bukan nak buat ulasan tapi aku simpati pada mangsa yang meninggal disebabkan perhimpunan semalam (Al-Fatihah...). Apa yang ada di dalam kepala di kedua-dua belah pihak pun aku tak tau. Yang pasti dah ada kerenggangan dalam hubungan kaum di negara tercinta ini (tidak kira sesama kaum atau dengan kaum yang lain). Bagi yang pro kerajaan, pasti perhimpunan semalam menjadi duri dalam daging dan yang pro kepada perhimpunan tu akan memperjuangkan matlamat mereka sehabis-habisnya.
Tapi yang pastinya, ramai yang teraniaya. Bukan mereka yang berada di tengah ibu kota yang sedang berdemo, tetapi mereka yang tidak ada langsung hubungan dengan perhimpunan tersebut. Ada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan ditengah ibu kota yang anggaran awalnya akan dihadiri 1800 orang, tapi sehingga petang yang hadir hanyalah 200 orang! Satu majlis yang akan akan menjadi pembaziran dan kerugian. Ada juga yang katanya biasa memandu 2 jam dari Ipoh ke Kuala Lumpur menjadi 6 jam semalam. 4 jam tersangkut dalam kesesakan trafik.
Yang untung ialah pasaraya-pasaraya yang menjual makanan runcit kerana sehari sebelum perhimpunan dijadualkan berlangsung pasaraya-pasaraya ini telah diserbu oleh mereka-mereka yang panik jika perhimpunan ini akan bertukar menjadi peristiwa seumpama 13 Mei. Menakutkan, tetapi kata mereka persediaan perlu dibuat. Ada benarnya kan? Kakitangan kerajaan juga telah diberi peringatan supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.
Dari berita yang dibaca dan ditonton di kaca televisyen, 1401 orang telah ditangkap dan ditahan di PULAPOL sebelum diambil keterangan dan dibebaskan pada sebelah malamnya (ada yang belum dibebaskan ke?). Apa akan jadi kepada mereka-mereka ini? Adakah rekod mereka akan tercalar? Ada seorang sahabat berkata, perhimpunan ini memudahkan mereka ketempat kerja kerana jalan lenggang dan lancar perjalanan trafiknya pada sebelah malam selepas perhimpunan berjaya disuraikan.
Apa pun, semoga perhimpunan ini akan menjadi satu catatan sejarah yang tidak perlu dikenang kerana pada dasarnya ia telah memburukan nama negara dipersada dunia. Kalau boleh, segala permasalahan perlulah dibawa ke meja persidangan dan merujuk kepada yang lebih pakar atau kepada yang lebih tinggi kuasanya agar sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

P.S: kepada mereka-mereka yang emo dengan hal ini, kalau boleh janganlah melabel mana-mana pihak dengan kata-kata yang terbeliak mata dan kembang telinga apabila membaca dan mendengarnya! (mohon maaf kalau ada yang terasa dengan post aku kali ni)

1 comments to Demo...:

Anonymous said...

belajar dr sejarah...jgn nak jd bhn sejarah...

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...