Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Tsunami...kononnya!

Saturday, April 14, 2012
Rabu lepas bila berlakunya gempa bumi di Aceh ramai mula membayangkan satu lagi malapetaka akan berlaku di negara kita ataupun di negara-negara sekitarnya. Pada masa sama, amaran mengenai tsunami turut dikeluarkan dan masih ramai yang melekat di kaca tv masing-masing untuk mencari maklumat atau berita mengenainya. Yang lebih advance akan mula melayari internet mencari video-video bukti gempa bumi atau tsunami yang berlaku. Pada ketika inilah ramai yang tertipu bila ada seorang hamba yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan kononnya berlaku tsunami di Pulau Pinang. Aku yang menontonnya juga turut tertipu kerana melihatkan tarikh dimuat naik video itu dan tajuk video yang menyatakan kejadian berlaku pada 11 April 2012. Tapi sebenarnya, video itu merupakan footage yang diambil pada tahun 2004! Persoalannya, adakah individu ini tidak sensitif dengan kejadian yang berlaku dan perasaan orang ramai yang menontonnya? Ada satu komen dari warga Singapura yang berasa kesal dengan tindakan individu ini yang menyebabkannya berasa terlalu risau dengan keadaan keluarganya yang berada di Pulau Pinang. Bukankah kita sepatutnya bertanggungjawab dengan berita yang kita sampaikan? Sikap ini sesuatu yang memalukan dan boleh dikatakan sebagai satu tindakan kurang ajar!!! Ptuihh...

0 comments to Tsunami...kononnya!:

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...