Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Iklan Penipu...

Monday, September 10, 2012
Sejak akhir-akhir ni banyak betul iklan-iklan jualan pada harga yang tak munasabah dibuat di laman sesawang jualan online ni contohnya dalam Mudah.my. Kadang-kadang harga yang ditawarkan boleh membuatkan kita terliur sehingga menitik-nitik keluar dari mulut. Tadi aku baca satu post dalam FB ( member dok kat JB) pasal komputer riba Macbook Pro yang diiklankn pada harga RM3000...murah tuu..laptop ni masih baru dipasaran dan menurut laman web rasmi Apple, ia dijual pada harga yang lebih tinggi. Disebabkan kawan ni tak mau melepaskan peluang, dia terus menghubungi si penjual. Menurut penjual tersebut, barang tu mrupakan barangan rampasan Kastam dan sebab itulah ia dijual pada harga yang murah. Bila kawan ni nak tengok barang dulu ( kira COD la...) dia kata barang tu boleh nak tengok sebab dalam simpanan Kastam dan kalau mau barang, hendaklah dibuat secara bank in duit, dan barang akan dihantar setelah menerima pembayaran. Cehhh...sama ja taktik dia. Bulan lepas aku ada jugak telefon kat sorang mamat ni pasal body kamera...macam tu lah ayat dia....budak ni pun kat Johor jugak! Memang penipu..



Minggu lepas dalam dok berkira-kira nak pakai body kamera full frame, aku ada terbaca satu iklan pasal body D700 yang dijual pada harga RM2600 di Pulau Pinang. Aku pun apalagi terus telefon orang yang mengiklankan kamera tu. Bila aku telefon, ada sorang lelaki yang jawab...speaking pulak tu. Bila aku cakap Bahasa Melayu, dia tak faham. Bila aku speaking..dia pun tak berapa nak faham. Slang dia macam mamat Bangla mana ntah...Mula-mula dia kata kamera tu ada lagi. Bila aku kata nak tengok barang, dia tanya aku dok mana. Heran jugak aku...apa kena mengena dengan tempat aku dok pulak? Bila aku kata aku dok BM dekat nak pi tengok barang, dan-dan dia kata dia dah pi dok kat Sarawak. Kerja kat sana pula. Kamera tu pulak dia bawak sama pi sana...nak barang, kena bank in duit dulu....pergghhh...baru aku tau pasaipa dia tanya kat mana aku duduk. Supaya dia boleh pusing fuckta kata dia dok kat tempat lain supaya tak boleh COD. Binawe betullll....senang sungguh depa nak makan duit orang...Sebenarnya mamat Bangla ni orang kedua yang aku telefon. Ada satu malam tu aku sms sorang lelaki ni kononnya juai satu kamera murah. Dalam iklan dia kata dia dok Selangor. Bila telefon, macam tu jugaklah alasan dia..dah balik kerja kat Bukit Kayu Hitam pulak dah. Dia pun tanya aku dok mana...taktik sama la....

So kat kengkawan semua, berhati-hatilah dengan jual beli melalui internet ni....kalau boleh deal dengan cara COD bukan bank in duit...Selamat bershopping online semua....

0 comments to Iklan Penipu...:

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...