Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Kempori Gombak 2009 - 17-20 Julai 2009

Thursday, July 23, 2009
Fuhhh...alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan jayanya. Perhimpunan yang dikenali sebagai kempori ini telah menghimpunkan lebih dari 720 orang peserta yang dari berpuluh-puluh buah sekolah dari Gombak dan juga beberapa buah sekolah dari Hulu selangor. Dengan tambahan petugas yang melebihi 100 orang, Kem Temasya Rimba Templer telah dipenuhi dengan lautan manusia berbaju kelabu dan putih. Meriah....


Istiadat menaikkan bendera

Sepanjang 4 hari 3 malam para peserta telah menjalani pelbagai aktiviti seperti Kembara, kebudayaan, bersampan, berakit, permainan tradisional dan sebagainya. Rata-rata peserta yang telah menjalani aktiviti di kempori ini menyatakan keseronokan dan perasaan gembira mereka kerana dapat mengikuti perkhemahan kali ini.

Kem Komandan memberikan taklimat kepada guru pengiring

Selain dari aktiviti yang telah disediakan, satu majlis perhimpunan pemimpin turut diadakan. Majlis yang dikenali sebagai Indaba telah disertai hampir 70 orang pemimpin dan diisi dengan pelbagi aktiviti seperti berkongsi pengalaman, poco-poco, dan juga persembahan dari kugiran KLGGS yang sungguh menghiburkan.

Persembahan dari kugiran KLGGS


Berkongsi pengalaman


Sepanjang perjalanan Kempori Gombak 2009, semua urusetia dan petugas telah menjalankan tugas dengan baik sekali terutamanya dari pengurusan sehinggalah kepada petugas aktiviti yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan semua peserta dapat menjalani semua aktiviti dengan jayanya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua petugas membuktikan semangat berpengakapan yang tinggi yang ada dalam diri mereka. Syabas diucapkan....


barisan petugas dari KLGGS



En. Izaq - tauke P.A sistem

En. Atan - tauke aktiviti

Petugas - aktiviti @ penyeri Kempori

Ah Long Bukit Beruntung (yang baju kuning tu...)
Kesimpulannya, Kempori Gombak dilaksanakan dengan jayanya dan memberikan satu pengalaman yang berharga kepada aku yang menjadi kem Komandan pada kali ini...Namun kejayaan yang dicapai ini merupakan satu usaha secara bersama dan kolektif dari semua petugas yang terdiri daripada ahli-ahli PLD, Kelana-Kelana, DC, ADC, Abang Ayub,PPM Gombak, Majlis Pengakap Gombak, Majlis Pengakap Negeri selangor, SC, dan semua individu yang telah menyumbangkan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kempori kali ini. terima kasih semua..
P.S: tapi malam penutup meninggalkan memori yang sangat manis..heheh...ada yang kerasukkan semasa persembahan band KLGGS...dahsyat tuh!...

2 comments to Kempori Gombak 2009 - 17-20 Julai 2009:

Dani said...

wei tahniah..title kem komander tu mmg layak diberi kat hg..sifat kepimpinan sejati he2..next time perluaskan penyertaan plak ke seluruh negeri..bleh aku join sambil2 mengurat penyeri2 kempori ari tu hahaha

Faizal said...

banyak la hang nak mengurat...hehehe! tapi belum cuba belum tauu kan? hehehe

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...