Istiadat menaikkan bendera
Sepanjang 4 hari 3 malam para peserta telah menjalani pelbagai aktiviti seperti Kembara, kebudayaan, bersampan, berakit, permainan tradisional dan sebagainya. Rata-rata peserta yang telah menjalani aktiviti di kempori ini menyatakan keseronokan dan perasaan gembira mereka kerana dapat mengikuti perkhemahan kali ini.
Kem Komandan memberikan taklimat kepada guru pengiring
Selain dari aktiviti yang telah disediakan, satu majlis perhimpunan pemimpin turut diadakan. Majlis yang dikenali sebagai Indaba telah disertai hampir 70 orang pemimpin dan diisi dengan pelbagi aktiviti seperti berkongsi pengalaman, poco-poco, dan juga persembahan dari kugiran KLGGS yang sungguh menghiburkan.
Persembahan dari kugiran KLGGS
Sepanjang perjalanan Kempori Gombak 2009, semua urusetia dan petugas telah menjalankan tugas dengan baik sekali terutamanya dari pengurusan sehinggalah kepada petugas aktiviti yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan semua peserta dapat menjalani semua aktiviti dengan jayanya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua petugas membuktikan semangat berpengakapan yang tinggi yang ada dalam diri mereka. Syabas diucapkan....
Kesimpulannya, Kempori Gombak dilaksanakan dengan jayanya dan memberikan satu pengalaman yang berharga kepada aku yang menjadi kem Komandan pada kali ini...Namun kejayaan yang dicapai ini merupakan satu usaha secara bersama dan kolektif dari semua petugas yang terdiri daripada ahli-ahli PLD, Kelana-Kelana, DC, ADC, Abang Ayub,PPM Gombak, Majlis Pengakap Gombak, Majlis Pengakap Negeri selangor, SC, dan semua individu yang telah menyumbangkan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kempori kali ini. terima kasih semua..
P.S: tapi malam penutup meninggalkan memori yang sangat manis..heheh...ada yang kerasukkan semasa persembahan band KLGGS...dahsyat tuh!...
2 comments to Kempori Gombak 2009 - 17-20 Julai 2009:
wei tahniah..title kem komander tu mmg layak diberi kat hg..sifat kepimpinan sejati he2..next time perluaskan penyertaan plak ke seluruh negeri..bleh aku join sambil2 mengurat penyeri2 kempori ari tu hahaha
banyak la hang nak mengurat...hehehe! tapi belum cuba belum tauu kan? hehehe
Post a Comment