Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Pandemik 2009

Thursday, August 13, 2009

Tak lama lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 52, hari yang menandakan kita, rakyat Malaysia, telah merdeka dari ancaman penjajah yang mengancam kesejahteraan kita. Namun apabila difikirkan balik, kita masih belum bebas sepenuhnya. Kenapa? Kerana kita masih lagi dihantui dan diancam oleh satu lagi bentuk ancaman terbaru iaitu pandemik H1N1. Pandemik ini boleh juga dikatakan sebagai satu ancaman dari pihak luar kerana pada mulanya penyakit ini dibawa oleh 'mereka-mereka' yang pulang dari luar negara namun sekarang ini ia telah menular menjadi satu wabak bersifat lokal pula. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini? Jika anda tinggal sekitar Sg. Buloh, cuba-cubalah singgah sebentar di Hospital Sg. Buloh, keadaan di sana seperti di medan perang kerana akan kelihatan kesibukkan orang ramai memakai topeng muka,mundar madir untuk menjalani ujian saringan H1N1. Pemandangan yang sungguh menakutkan! Sehingga hari ini sudah 44 orang maut disebabkan oleh H1N1 ini. Menakutkan bukan? Jadi persoalannya sekarang adalah, bilakah kita akan bebas sepenuhnya dari pandemik ini? Sudah adakah penawarnya? Apa yang pasti hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya. Wallahualam...

0 comments to Pandemik 2009:

Flying with a dream...

Flying with a dream...
lovely...